Syarat ketat yang dikenakan untuk menyertai Program Penggajian dan Penempatan Semula Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) atau Program Rehiring adalah bagi memastikan tiada pihak cuba mengaut keuntungan daripada pihak berkenaan.
Ketua Pengarah Imigresen Datuk Seri Sakib Kusmi berkata pelaksanaan program itu, yang dijadualkan berakhir pada 30 Jun ini, perlu dilakukan dengan berhati-hati dan terkawal supaya tidak berlaku kes penipuan oleh individu yang tidak bertanggungjawab terhadap PATI.
Antara syarat utama untuk menyertai program itu ialah PATI perlu mempunyai rekod kemasukan asal secara teratur ke Malaysia, mempunyai majikan yang menggajikan lebih enam bulan dan bebas daripada rekod jenayah.
"Bagi PATI yang tidak layak, kita akan pastikan mereka dihantar pulang ke negara asal mengikut prosedur sedia ada iaitu melalui Program 3+1 bagi memastikan pengurangan lambakan golongan itu di dalam negara," katanya dalam kenyataan di sini, pada Isnin.
Permit sah
Program Rehiring adalah inisiatif kerajaan kepada PATI dari 15 negara sumber yang bekerja secara haram di negara ini dengan memberikan mereka permit kerja yang sah bagi memenuhi sektor pekerjaan yang dibenarkan, selain untuk tujuan pemantauan dan keperluan keselamatan semasa.
Sakib berkata kerajaan melalui Kementerian Dalam Negeri (KDN) melantik tiga syarikat iaitu Syarikat International Marketing and Net Resources Sdn Bhd (IMAN), Syarikat Bukti Megah Sdn Bhd dan Konsurtium PMF bagi membantu Jabatan Imigresen mengendalikan program berkenaan.
Beliau berkata IMAN berperanan menguruskan PATI warga Indonesia, Bukti Megah mengendalikan PATI warga Myanmar, manakala Konsurtium PMF menguruskan PATI lain-lain warganegara selain dua negara berkenaan.
"Peranan syarikat itu adalah terhad kepada skop kerja yang ditetapkan oleh kerajaan," katanya sambil menjelaskan bahawa pelaksanaan secara keseluruhan Program Rehiring itu diterajui oleh KDN dan Jabatan Imigresen yang juga pembuat keputusan terhadap setiap permohonan itu.
Menurutnya Program Rehiring berbeza dengan Program Penyelesaian Menyeluruh Pendatang Asing Tanpa Izin (Program 6P) yang dilaksanakan sebelum ini, dengan Program Rehiring hanya melibatkan PATI yang mempunyai majikan.
Pertimbangan
Bagaimanapun, katanya, PATI yang pernah berdaftar dengan Program 6P yang membabitkan fasa Pendaftaran, Pemutihan, Pengampunan, Pemantauan, Penguatkuasaan dan Pengusiran masih boleh dipertimbangkan untuk Program Rehiring.
Mengenai siapa yang perlu mendaftar bagi program itu, Sakib berkata ia dikhususkan kepada majikan yang mempunyai pekerja asing tidak memiliki Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS) yang sah.
Beliau berkata tanggungan PATI dan pemegang kad Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa Bersatu Mengenai Pelarian (UNHCR) tidak boleh didaftarkan berdasarkan pekerja asing sedia ada.
"Namun, tanggungan PATI perlu hadir di mana-mana Bahagian Penguatkuasa, Pejabat Imigresen terdekat untuk proses penghantaran pulang ke negara asal melalui Program 3+1," katanya.
Majikan dan PATI boleh memohon menyertai program itu secara dalam talian melalui portal rehiring.imi.gov.my sebelum disambungkan ke laman web rasmi pemilik syarikat pengurusan yang dilantik untuk pendaftaran dan pemprosesan.
Jika permohonan memenuhi syarat, bayaran sejumlah RM800 perlu dibuat kepada syarikat pengendali berkenaan.
Pemeriksaan kesihatan
Syarikat pengendali akan memaklumkan dari semasa ke semasa status permohonan kepada majikan dan PATI termasuk mengaturkan proses berkaitan seperti pembayaran kompaun di Jabatan Imigresen, pemeriksaan kesihatan di FOMEMA, permohonan kuota di Pusat Sehenti Pengurusan Pekerja Asing KDN serta pengeluaran permit kerja (Pas Lawatan Kerja Sementara).
Sakib berkata mana-mana majikan yang masih menggaji PATI secara haram walaupun mereka layak menyertai Program Rehiring, akan berdepan hukuman undang-undang mengikut Seksyen 55(B) Akta Imigresen 1959/63 yang membawa hukuman denda tidak kurang RM10,000 tetapi tidak lebih RM50,000 atau penjara tidak lebih 12 bulan atau kedua-duanya sekali bagi setiap pekerja yang diambil.
KDN dalam kenyataannya sebelum ini menyatakan sejak dimulakan pada 15 Feb sehingga 10 Mac lepas, sejumlah 15,822 PATI telah didaftarkan di bawah Program Rehiring yang merangkumi 9,738 PATI warga Indonesia, 3,808 (Bangladesh), 425 (Myanmar) dan 1,851 PATI warga lain.
Bernama
Tue Mar 22 2016
Antara syarat utama untuk menyertai program itu ialah PATI perlu mempunyai rekod kemasukan asal secara teratur ke Malaysia. - Gambar fail
Banduan Islam di penjara Narathiwat dihidang makanan halal - Jurucakap
Enam tahanan Malaysia yang berada di penjara berkenaan berkeadaan baik dan mereka tidak membuat apa-apa aduan setakat ini.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [9 November 2024]
Antara fokus Awani Pagi bersama Nursyazwani Saiful Sham & Amirul Aiman
1. MTL dijangka kemuncak pada penghujung November
2. PM Anwar ketuai delegasi Malaysia ke Sidang Kemuncak APEC
3. SPRM: Siasatan menjurus ke arah kenal pasti aset diperoleh FashionValet
1. MTL dijangka kemuncak pada penghujung November
2. PM Anwar ketuai delegasi Malaysia ke Sidang Kemuncak APEC
3. SPRM: Siasatan menjurus ke arah kenal pasti aset diperoleh FashionValet
ARRC: Hafizh Syahrin manfaat fasiliti berkelas dunia JDT di Padang Seri Gelam
Hafizh sedang melakukan persediaan menjelang pusingan terakhir ARRC 2024 di Litar Antarabangsa Buriram, Thailand bermula 6 hingga 8 Disember depan.
Buy Now Pay Later ibarat hutang buku '555', tiada duit tapi mahu melaram - Penganalisis
Zaman dulu konsep berhutang satu aib, malu kalau kita berhutang tapi sekarang konsep itu tidak wujud lagi kerana yang penting kita ada sesuatu untuk menunjuk-nunjuk.
Lawatan PM Anwar ke Mesir tingkatkan hubungan dua hala - Duta
PM Anwar mengadakan lawatan rasmi ke Mesir bermula hari ini hingga 12 November atas jemputan jemputan Presiden Abdel Fattah El-Sisi.
Trump peroleh AS$500 juta hanya dengan satu hantaran di media sosial
Selepas menulis beliau tidak berhasrat menjual kepentingannya, dengan serta-merta, nilai saham berkenaan melonjak sehingga hampir 15 peratus.
Mourinho didenda, digantung kerana kritik pegawai perlawanan di Turkiye
Tindakan Mourinho dianggap "bercanggah dengan semangat kesukanan, etika sukan atau konsep permainan adil" dan "mengurangkan nilai" bola sepak di Turkiye.
SPRM ambil keterangan bekas pegawai khas Najib
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kedah hari ini, selesai mengambil keterangan bekas pegawai khas mantan perdana menteri berhubung kes meminta dan menerima rasuah daripada seorang pendakwah selebriti.
PM Anwar ketuai delegasi Malaysia ke Sidang Kemuncak APEC
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengetuai delegasi Malaysia ke Mesyuarat Pemimpin Ekonomi APEC (AELM) ke-31, di Lima, Peru, dari 14 hingga 16 November.
Musk sertai perbualan telefon Trump dengan Zelenskyy - Laporan
Trump dan Musk berada di Mar-a-Lago, kediaman dan kelab Trump di Palm Beach, ketika panggilan itu dibuat.
Cuba lolos pemeriksaan Imigresen, warga asing maut jatuh jejantas
Seorang lelaki warga Sri Lanka maut ketika cuba meloloskan diri daripada pemeriksaan pegawai Jabatan Imigresen (JIM) selepas terjatuh dari jejantas pada Khamis.
650 pendatang tanpa izin warga Filipina diusir ke negara asal
Kesemua PATI bitu dihantar melalui Pelabuhan Sandakan ke Pelabuhan Zamboanga City, Filipina menggunakan kapal MV Antonia 1.
Imigresen serbu kilang kitar semula barang elektronik, 49 warga asing ditahan
Jabatan Imigresen (JIM) menahan 49 warga asing dan seorang wanita tempatan dalam serbuan di sebuah kilang barangan kitar semula peralatan elektronik di Kawasan Perindustrian Selat Klang Utara.
Imigresen tahan 54 pendatang tanpa izin dalam Op Belanja, Sapu dan Selera
Kesemua yang ditahan melakukan kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/63 serta Peraturan-Peraturan Imigresen 1963.
Imigresen Sabah hantar pulang 1,773 pendatang warga Filipina tahun ini
Datuk SH Sitti Saleha Habib Yussof berkata tiga siri menerusi Program Pemindahan Tahanan Pendatang Asing Tanpa Izin telah dilaksanakan tahun ini.
Tujuh lagi pendatang tanpa izin lolos ditahan, 98 berjaya diberkas setakat ini
Kesemua tangkapan itu dibuat oleh Pasukan Khas dari Ibu Pejabat Polis Daerah bersama Pasukan Gerakan Am Briged Utara pada kira-kira 3 petang.
Pendatang asing lolos: 91 berjaya diberkas, 38 masih diburu - KP Perak
Polis menyeru orang ramai terus bekerjasama bagi mengesan baki tahanan yang masih bebas.
Penempatan haram: Pemilik tanah perlu bertanggungjawab - MB
Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Aminuddin Harun menegaskan pemilik tanah persendirian perlu bertanggungjawab dan mengambil perhatian dengan perkara yang berlaku di kawasan masing-masing.
Polis Thailand tahan 50 PATI dalam perjalanan ke Malaysia
Pasukan keselamatan Thailand hari ini menahan 50 pendatang tanpa izin warga Myanmar dalam satu operasi di Songkhla.
Polis cadang PATI ulang kesalahan ceroboh Malaysia disebat
Pendekatan itu merupakan salah satu bentuk pengajaran kepada PATI supaya tidak lagi berbuat demikian pada masa akan datang.