Menurut Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat, dalam kejadian 4.48 petang, mangsa yang bekerja sebagai operator kilang itu tergelincir dari jejantas menghubungkan JB Sentral dan Bangunan Sultan Iskandar (BSI) di sini.
“Hasil siasatan mendapati punca lelaki berusia 30 tahun itu terjatuh kerana cuba melepasi pemeriksaan pihak Jabatan Imigresen Malaysia di BSI.
“Mangsa dipercayai terjatuh atas sebuah kereta jenis Perodua Myvi yang melalui kawasan jejantas tersebut.
“Mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi dan mayat dibawa ke Hospital Sultanah Aminah (HAS) di sini, bagi tujuan bedah siasat," katanya.
Menurutnya, pihaknya mendapati tiada sebarang unsur-unsur jenayah dan kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut.
Ujarnya, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan kejadian boleh menghubungi terus talian hotline Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Johor Bahru Selatan di talian 07-2182323.
Sebanyak 11 motosikal musnah dalam kebakaran sebuah garaj di Lengkok Kampung Jawa 2, Bayan Lepas dekat sini pada Jumaat. Lori yang terbakar sebanyak 10 peratus berjaya diselamatkan oleh anggota bomba yang bertugas. - Sinar Harian