HANOI: Pengorbanan yang dilakukan jaguh karate negara R. Sharmendran berbaloi apabila berjaya mencipta hatrik meraih pingat emas acara kumite lelaki bawah 75 kilogram (kg) pada Sukan SEA ke-31 hari ini.
Ketika ramai atlet mungkin bersara selepas mengalami kecederaan serius, semangat yang ditampilkan atlet berusia 30 tahun itu untuk beraksi di kejohanan kompetitif, harus dipuji kerana menyumbangkan pingat emas ketiga buat skuad karate negara selepas meraih dua emas semalam.
Pengalaman dimiliki Sharmendran jelas membantunya menumpaskan lawan dari Indonesia Ignatius Joshua Kandou 3-1 dalam pertarungan akhir yang berlangsung di Gimnasium Sukan Wilayah Ninh Binh, kira-kira 100 kilometer dari sini.
Peserta tuan rumah Duc Thinh Chu terpaksa berpuas hati meraih gangsa selepas menewaskan atlet Filipina Prince Izmen Louis Alejo Escover 9-1.
Terdahulu, Sharmendran cemerlang menumpaskan peserta Vietnam Chu Duc Thinh 3-1 dan mengetepikan cabaran Alejo Prince Izmen Louis Escover dari Filipina 10-3 untuk mara ke saingan akhir.
Semalam, dua emas Malaysia dalam acara karate disumbangkan pendatang baharu H. Sureeya Sankar dan C. Shahmalarani, masing-masing dalam acara kumite 67kg lelaki dan kumite 50kg wanita.
Kali terakhir atlet karate negara meraih emas hatrik pada temasya Sukan SEA ialah R. Puvaneswaran, yang memenanginya pada edisi 2005, 2007 dan 2009.
Kejayaan Sharmendran sekali gus menyaksikan pasukan karate Malaysia mencapai sasaran di Hanoi dengan tiga emas, dengan berbaki satu hari lagi pertandingan.
Sharmendran berkata Sukan SEA kali ini adalah pertandingan pertamanya selepas menjalani pembedahan pada lutut kanan dan terpaksa berehat kira-kira lapan bulan.
"Saya hanya mempunyai tempoh enam minggu sebagai persediaan menghadapi Sukan SEA bagi mempertahan pingat emas.
"Keyakinan saya semakin tinggi untuk meraih emas selepas menewaskan peserta tuan rumah pada pertarungan pembukaan," katanya yang menjalani pembedahan pada pertengahan 2021 selepas kembali menyertai aksi kelayakan Sukan Olimpik di Paris.
Sementara itu, pada saingan hari ini, dua pingat gangsa disumbangkan Amirah Syahirah Azlan dalam acara kumite bawah 68kg wanita dan pasukan kata wanita menerusi Lim Hui Ling, Chang Sin Yi dan Khaw Yee Voon.
-- BERNAMA
Bernama
Thu May 19 2022
Pengalaman dimiliki Sharmendran jelas membantunya menumpaskan lawan dari Indonesia Ignatius Joshua Kandou 3-1 dalam pertarungan akhir yang berlangsung di Gimnasium Sukan Wilayah Ninh Binh. - Gambar fail/ Stadium Astro
Bilionair India, Gautam Adani diheret ke mahkamah AS, negara lain turut timbang dakwaan
Pengasas konglomerat Kumpulan Adani dan tujuh eksekutif kanannya didakw beri rasuah RM1.15 bilion untuk dapat kontrak tenaga solar.
Tiada bukti kaitkan Modi dengan aktiviti jenayah di Kanada - Pegawai
Kerajaan Kanada tidak menemui sebarang bukti untuk mencadangkan Perdana Menteri India mengetahui tentang jenayah yang dilakukan oleh ejen India di Kanada.
Padah curi kabel, dua lelaki melecur anggota badan
Lelaki berumur 49 dan 31 tahun dikejarkan ke Hospital Shah Alam kerana melecur di bahagian muka, tangan dan kaki.
Shah Rukh Khan teruja kembali ke Malaysia
"Saya bukanlah orang yang penting untuk dianggap sebagai rakan tetapi saya adalah rakan bagi Malaysia dan UAE."
Moscow lancar peluru berpandu hipersonik Oreshnik, Zelensky gusar
Zelenskyy "secara langsung menuduh sekutunya di barat meninggalkannya tanpa perlindungan ketika menghadapi tindakan Rusia."
China bakal laksana dasar visa percuma untuk sembilan negara lagi
Pengecualian visa akan diberikan kepada pemegang pasport biasa dari Bulgaria, Romania, Croatia, Montenegro, Macedonia Utara, Malta, Estonia, Latvia dan Jepun secara percubaan.
Piala Malaysia: Perak mula bergaya, KDA belum selamat
Perak FC merobek gawang KDN FC menerusi Clayton Da Silva yang menanduk masuk hantaran Adilet Kanybekov pada minit ke-22.
Masyarakat pelbagai linguistik jadi pemangkin keharmonian Malaysia
Masyarakat itu bukan sahaja tahu untuk berkomunikasi, tetapi juga menghargai kepelbagaian budaya dan bahasa yang ada di sekeliling mereka.
Misi Jelajah Dunia Akhir BWF Aaron-Wooi Yik terima tamparan
Aaron-Wooi Yik terpaksa akur dengan kehebatan pasangan tuan rumah He Ji Ting-Ren Xiang Yu dalam aksi yang berlanjutan ke set penentuan.
Kerajaan Pahang tingkatkan Bantuan Prihatin Pahang Siswa kepada RM14.18 juta
Peningkatan RM6.18 juta itu bagi membolehkan peruntukan BPP Siswa diagihkan kepada 19,525 mahasiswa daripada pelbagai IPT.
ISTAF cadang kurangkan pengadil menerusi teknologi baharu
ISTAF bakal membawa cadangan untuk mengurangkan jumlah pengadil dalam perlawanan serta memberikan pengadil kuasa untuk memanggil challenge (cabaran) sebagai langkah penambahbaikan.
PSM setia dengan Ahmad Jais
Persatuan Sepaktakraw Malaysia (PSM) memutuskan untuk mengekalkan khidmat Ahmad Jais Baharun sebagai ketua jurulatih skuad sepak takraw lelaki kebangsaan.
Papan Selaju: Momo mula persiapan hadapi Sukan SEA 2025
Program pembangunan yang diusahakan pasukan the Razkals sudah bermula sejak 2020 untuk cuba melayakkan atlet Malaysia ke Olimpik pada 2028.
Keputusan Sabah tidak jejas persiapan Sukan SEA 2027 - Hannah
Persiapan penganjuran Sukan SEA 2027 tidak terjejas meskipun Sabah memutuskan mahu mempertimbangkan semula cadangan menjadi penganjur bersama.
KOM 'pantau' pemenang emas SUKMA 2024
Acara olahraga yang berlangsung selama lima hari pada temasya Sukan Malaysia (SUKMA) 2024 menyaksikan satu rekod kebangsaan dan 11 rekod temasya baharu dirakamkan.
PM Anwar setuju Sarawak jadi penganjur bersama Sukan SEA 2027
Perdana Menteri berkata, perkara itu akan dibentang dan disahkan dalam mesyuarat jemaah menteri pada Rabu depan.
Sarawak tunggu kelulusan KBS berhubung penganjuran bersama Sukan SEA 2027
Sarawak sedang menunggu keputusan serta kelulusan daripada Kementerian Belia dan Sukan (KBS) berhubung kesediaannya menjadi penganjur bersama Sukan SEA 2027.
Kerajaan perlu belanja RM235 juta anjur Sukan SEA, Para ASEAN 2027 - Hannah
Kerajaan Persekutuan perlu membelanjakan kira-kira RM235 juta bagi menganjurkan temasya Sukan SEA dan Para ASEAN 2027.
SUKMA 2024: Bukan hanya kejuaraan, Sarawak juga mahu lahirkan atlet bertaraf antarabangsa
Edisi ke-21 SUKMA dapat menjadi kayu pengukur bagi menilai keupayaan Sarawak untuk menjadi tuan rumah acara di peringkat lebih tinggi khususnya selepas menawarkan diri menjadi hos bersama Sukan SEA.
Selepas Sarawak, Pulau Pinang minat anjur bersama Sukan SEA 2027 - Hannah
Pulau Pinang menjadi negeri terbaharu selepas Sarawak untuk menjadi hos bersama penganjuran temasya Sukan SEA 2027, menurut Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh.