SEPANG: Kehadiran empat pemain Liga Super dalam senarai utama skuad bola sepak Bawah 22 Tahun (B-22) negara memberi keyakinan kepada ketua jurulatih E. Elavarasan untuk pasukan beraksi cemerlang pada Sukan SEA 2023, di Phnom Penh, Kemboja.
Elavarasan juga yakin meskipun diundi dalam kumpulan 'maut' bersama juara bertahan, Vietnam dan naib juara edisi lepas, Thailand, peluang skuad negara memiliki 'ibu segala emas' pada temasya dwitahunan itu tetap terbuka memandangkan semua pasukan menampilkan pemain daripada umur yang sama.
"Saya rasa kumpulan kali ini walaupun bersama team bekas juara, saya rasa peluang untuk menang tetap terbuka sebab kali ini pertandingan (melibatkan pemain) sama umur. Saya rasa dalam pasukan yang penting adalah pemain.
"Dilihat daripada tiga hari latihan, saya rasa dari segi pasukan sudah bagus dan mereka ada pengalaman dalam Liga Super, jadi ia akan memberi semangat yang lain," katanya kepada pemberita di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) sebelum berlepas ke Kemboja bersama skuad Harimau Muda dan Ketua Kontinjen (CDM) Datuk Mohd Nasir Ali.
Elavarasan berkata empat pemain Liga Super yang bakal menjadi tonggak utama skuad Harimau Muda adalah Sikh Izhan Nazrel Sikh Azman, Muhammad Mukhairi Ajmal Mahadi, Muhammad Ubaidullah Shamsul Fazili dan Muhammad Azam Azmi Murad.
Beliau berkata skuad Harimau Muda perlu menanam misi 'wajib menang' apabila bertandang ke Stadium Prince, Phnom Penh pada perlawanan pertama menentang Laos bagi saingan Kumpulan B, esok untuk mengutip tiga mata pertama.
Dalam pada itu, penjaga gol skuad B-22 negara, Sikh Izhan berkata persefahaman yang kukuh bakal memberi kelebihan kepada pasukan untuk menumpaskan Laos esok.
"Saya rasa dalam pasukan, kami mempunyai ikatan dan semangat yang kuat sangat memahami 100 peratus, saya rasa untuk menentang Thailand dan Vietnam juga kami sudah bersedia," katanya.
Sementara itu, Mohd Nasir optimis kesemua atlet negara telah bersedia sepenuhnya untuk memenuhi sasaran 40 pingat emas, 37 perak dan 64 gangsa di Kemboja.
Beliau turut memaklumkan terdapat beberapa atlet dan pegawai yang telah tiba di Kemboja menghadapi masalah kekurangan tempat penginapan, namun jawatankuasa CDM membuat tempahan hotel di kawasan berdekatan.
"Kita telahpun bangkitkan isu ini dalam mesyuarat SEA CDM semalam dan hari ini (kami) akan dapatkan penyelesaian secepat mungkin," katanya.
Skuad Harimau Muda akan membuka tirai saingan Kumpulan B bertemu Laos B-22 esok, diikuti dengan perlawanan menentang Thailand B-22 (6 Mei), Vietnam B-22 (8 Mei) sebelum menutup saingan peringkat kumpulan bertemu Singapura B-22 (11 Mei).
Jika pasukan negara berjaya melepasi peringkat kumpulan, mereka akan beraksi di pusingan separuh akhir pada 13 Mei, sebelum aksi final atau penentuan tempat ketiga dan keempat pada 16 Mei.
Kali terakhir Malaysia merangkul emas pada edisi 2011 di Jakarta, apabila menundukkan pasukan tuan rumah, namun gagal mengulangi pencapaian sama pada edisi 2017 di Kuala Lumpur selepas tewas kepada Thailand di final.
-- BERNAMA
Bernama
Tue May 02 2023
![Sukan SEA: Empat pemain Liga Super tonggak Harimau Muda beraksi cemerlang di Kemboja Sukan SEA: Empat pemain Liga Super tonggak Harimau Muda beraksi cemerlang di Kemboja](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-05/51683000989_HarimauMuda.jpg)
Skuad bola sepak bawah 22 tahun (B-22) negara berlepas ke Kemboja bagi menghadapi Sukan SEA Kemboja di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1 hari ini. - Foto BERNAMA
![Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739356184_tbrubbleofbuilding.jpg)
Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.
![Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/51702459753_TBGOOGLE.jpg)
Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.
![Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41740002799_TBPutin.jpg)
Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.
![WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/51728085724_Suspectedmpoxpatie.jpg)
WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.
![ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16 ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61740001410_TBAFC.jpg)
ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.
![Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51740000807_TBAFC.jpg)
Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.
![Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/71736157021_wabakdenggisandak.jpg)
Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.
![WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/51726067904_tbpoliovaccine.jpg)
WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.
![Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026 Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/61735290530_TBrusia.jpg)
Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.
![Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739976606_Maldives.jpg)
Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.
![Sukan SEA 2025: KBS sasar pingat keseluruhan, tidak ikut warna pingat - Hannah Sukan SEA 2025: KBS sasar pingat keseluruhan, tidak ikut warna pingat - Hannah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71738733020_HannahYeoh.jpg)
Sukan SEA 2025: KBS sasar pingat keseluruhan, tidak ikut warna pingat - Hannah
Katanya, penetapan itu turut mengambil kira saranan daripada barisan pakar di Nippon Sports Science University (NSSU).
![Khairul Hafiz pertimbang bersara jika tidak layak ke Sukan SEA 2025 Khairul Hafiz pertimbang bersara jika tidak layak ke Sukan SEA 2025](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-05/81684792596_KhairulHafizJantan.jpg)
Khairul Hafiz pertimbang bersara jika tidak layak ke Sukan SEA 2025
Raja Pecut Asia Tenggara 2017 Khairul Hafiz Jantan memberi bayangan untuk bersara sekiranya tidak layak ke Sukan SEA di Thailand, pada 7 hingga 19 Dis tahun ini.
![Pemain hoki ais negara jalani fasa saringan Sukan SEA 2025 Pemain hoki ais negara jalani fasa saringan Sukan SEA 2025](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/71736730509_DrHishammuddinZaiz.jpg)
Pemain hoki ais negara jalani fasa saringan Sukan SEA 2025
Pemain hoki ais negara yang tersenarai menjalani latihan bakal melalui empat fasa saringan sebelum dipilih menyarung jersi Malaysia.
![PMM sasar atlet panjat dinding ke LA28 PMM sasar atlet panjat dinding ke LA28](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/81735466647_nationalwallclimbi.jpg)
PMM sasar atlet panjat dinding ke LA28
Persekutuan Mendaki Malaysia (PMM) menyasarkan untuk sekurang-kurangnya seorang atlet panjat dinding negara menjejakkan kaki di pentas Sukan Olimpik Los Angeles 2028.
![Nurul Izzah Izzati sedia 'tawan' Eropah pada 2025 Nurul Izzah Izzati sedia 'tawan' Eropah pada 2025](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51721029880_TBNurulIzzahIzzati.jpg)
Nurul Izzah Izzati sedia 'tawan' Eropah pada 2025
Tiada sambutan Ambang Tahun Baharu 2025 yang khusus buat bintang muda berbasikal trek wanita negara Nurul Izzah Izzati Mohd Asri yang kini terus sibuk menjalani latihan di Velodrom Nasional Nilai.
![Pesaka sasar tujuh pingat emas di Kejuaraan Pencak Silat Dunia 2024 Pesaka sasar tujuh pingat emas di Kejuaraan Pencak Silat Dunia 2024](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/41734088286_TBMegatZulkarnain.jpg)
Pesaka sasar tujuh pingat emas di Kejuaraan Pencak Silat Dunia 2024
Pesaka meletakkan sasaran tujuh emas sama seperti edisi lepas bagi kontinjen pesilat negara yang akan membawa cabaran ke Kejuaraan Pencak Silat Dunia 2024 di Abu Dhabi.
![Aaron tetap waspada hadapi WTF 2024 Aaron tetap waspada hadapi WTF 2024](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/81732885771_AaronChia.jpg)
Aaron tetap waspada hadapi WTF 2024
Walaupun tanpa kehadiran beberapa pesaing utama, pemain beregu lelaki badminton negara Aaron Chia enggan memandang enteng cabaran Kejohanan Badminton Jelajah Dunia Akhir (WTF) 2024 di Hangzhou, China.
![ISTAF cadang kurangkan pengadil menerusi teknologi baharu ISTAF cadang kurangkan pengadil menerusi teknologi baharu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/51726672677_AbdulHalimKader.jpg)
ISTAF cadang kurangkan pengadil menerusi teknologi baharu
ISTAF bakal membawa cadangan untuk mengurangkan jumlah pengadil dalam perlawanan serta memberikan pengadil kuasa untuk memanggil challenge (cabaran) sebagai langkah penambahbaikan.
![PSM setia dengan Ahmad Jais PSM setia dengan Ahmad Jais](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/61707194286_MohdSumaliReduan.jpg)
PSM setia dengan Ahmad Jais
Persatuan Sepaktakraw Malaysia (PSM) memutuskan untuk mengekalkan khidmat Ahmad Jais Baharun sebagai ketua jurulatih skuad sepak takraw lelaki kebangsaan.
![Papan Selaju: Momo mula persiapan hadapi Sukan SEA 2025 Papan Selaju: Momo mula persiapan hadapi Sukan SEA 2025](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/61731054095_razkalspadang.jpg)
Papan Selaju: Momo mula persiapan hadapi Sukan SEA 2025
Program pembangunan yang diusahakan pasukan the Razkals sudah bermula sejak 2020 untuk cuba melayakkan atlet Malaysia ke Olimpik pada 2028.