JOHOR BAHRU: Pasangan suami isteri antara 17 individu ditahan kerana dipercayai terbabit dalam sindiket pengedaran dadah dalam lima serbuan berasingan di sekitar bandar raya ini pada Jumaat dan semalam.
Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat, berkata kesemua 12 lelaki dan tiga wanita tempatan serta dua wanita asing, berusia 17 hingga 55 tahun itu, ditahan sepasukan pegawai dan anggota Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Johor antara jam 3 petang, Jumaat lalu hingga 9 pagi semalam.
Beliau berkata sindiket tersebut yang dipercayai aktif sejak Julai lalu menggunakan rumah sewa sebagai stor penyimpanan, sekali gus membawa kepada rampasan pelbagai jenis dadah bernilai RM1.64 juta.
"Sindiket ini menggunakan beberapa rumah yang disewa di kawasan berpagar dan berpengawal sebagai stor simpanan dadah sebelum diedarkan ke pasaran tempatan," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor, di sini, hari ini.
Beliau berkata sebanyak 21.66 kilogram serbuk ekstasi, 377 biji pil erimin 5, 45 botol cecair ekstasi, 24 peket ketamin dan 10 biji pil ekstasi dirampas dalam serbuan itu.
Menurutnya,polis turut menyita tujuh buah kereta, barang kemas bernilai RM69,200, wang tunai RM26,450 dan SGD12,250 (RM44,568.52).
Sementara itu, beliau berkata daripada 17 individu yang ditahan, 10 daripada mereka positif dadah jenis methamphetamine, benzodiazepines dan ketamin dan sembilan individu mempunyai rekod lampau berkaitan jenayah dan dadah.
Beliau berkata kesemuanya direman selama lima hari bermula semalam dan kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Sep 24 2023

Ketua Polis Johor Datuk Kamarul Zaman Mamat menunjukkan gambar suspek yang ditahan dalam lima serbuan berasingan di sekitar Johor Bahru dan Iskandar Puteri semasa mengadakan sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor hari ini. - Foto BERNAMA
UMNO tidak tergugat, kes bersifat individu – Ahmad Zahid
Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menjelaskan tidak timbul isu UMNO akan tergugat susulan siasatan kes rasuah yang sedang dihadapi bekas perdana menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Pengarah syarikat terbabit pengubahan wang haram jual beli kapal ditahan
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan reman seorang pengarah syarikat bergelar datuk kerana disyaki terlibat kegiatan pengubahan wang haram hasil daripada urusan jual beli sebuah kapal tangki.
Tujuh lelaki ditahan berkaitan dadah di bazar Ramadan
Polis menahan tujuh lelaki tempatan yang disyaki terbabit dalam aktiviti penyalahgunaan dadah menerusi dua serbuan berasingan di bazar Ramadan Bayan Baru di George Town, pada Selasa.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 12 Mac 2025.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Lebih 26,000 syarikat guna sistem e-Invois, 207.4 juta e-Invois dikeluarkan setakat ini - Lim
Sebanyak 26,665 syarikat telah menggunakan sistem e-Invois sejak ia dilaksanakan pada Ogos 2024 dengan 207.4 juta e-Invois dikeluarkan setakat 10 Mac lepas.

Spotify catat rekod pembayaran tahunan terbesar cecah US$10 bilion
Spotify telah mencatatkan rekod pembayaran tahunan tertinggi kepada industri muzik daripada mana-mana peruncit tunggal dengan pembayaran sebanyak US$10 bilion.
Tumpuan Khamis – 13 Mac 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Tujuh lelaki ditahan jadikan gerai bazar Ramadan 'port' hisap dadah
Polis menahan tujuh lelaki yang dipercayai menjadikan gerai bazar Ramadan sebagai 'port' untuk menghisap dadah dalam dua serbuan di Bayan Baru, semalam.

Kes bunuh pelajar kolej vokasional: Tertuduh kedua mengaku tendang, pijak mangsa
Tertuduh kedua dalam kes bunuh pelajar Kolej Vokasional Lahad Datu Mohamad Nazmie Aizzat Mohd Narul Azwan, atau Ijat, hari ini memberitahu Mahkamah Tinggi di sini bahawa dia menampar muka, memukul bah

Suami isteri, remaja 14 tahun maut motosikal bertembung
Tiga maut termasuk suami isteri selepas terbabit dalam kemalangan membabitkan dua motosikal dan sebuah kereta di Jalan Alor Pudak, Titi Haji Idris, malam tadi.

Pasangan Singapura diburu selama 19 tahun ditahan SPRM
Sepasang suami isteri dari Singapura yang dikehendaki berkaitan kes rasuah di negara itu dan menjadi pelarian selama 19 tahun ditahan SPRM.

Suami isteri ditahan, dipercayai dera anak berusia 3 tahun
Pasangan suami isteri itu ditahan reman selama tujuh hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 31(1) (a) Akta Kanak-kanak 2001.

Lima termasuk pasangan suami isteri ditahan samun, pukul pekerja bengkel
Lima individu termasuk pasangan suami isteri ditahan kerana disyaki terlibat dalam kejadian samun dan pukul di sebuah bengkel di Teluk Kumbar.

Pasangan kelahiran Rusia ditahan di Australia disyaki mengintip
Sepasang suami isteri warga Australia kelahiran Rusia telah ditahan di Australia atas tuduhan mengintip untuk Rusia, kata Polis Persekutuan Australia (AFP) pada Jumaat, lapor Sputnik.

Pasangan warga emas maut kereta dinaiki bertembung bas ekspres
Sepasang suami isteri warga emas maut selepas kereta dinaiki mereka bertembung dengan sebuah bas ekspres di Kilometer 3.7 Jalan Machang-Tanah Merah.

Pasangan suami isteri, dua lelaki didakwa perdagang wanita Malaysia di Peru
Sepasang suami isteri dan dua lelaki yang dihadapkan ke Mahkamah Sesyen mengaku tidak bersalah atas pertuduhan memperdagang dua wanita Malaysia di Peru.

Penipuan pakej umrah: Polis terima lebih 300 laporan, kerugian RM14 juta
Sebanyak 399 laporan polis diterima berhubung dakwaan penipuan pakej umrah oleh sebuah syarikat pelancongan bermula 1 Jan hingga semalam melibatkan 1,614 jemaah di seluruh negara.

Pasangan suami isteri teruja jadi pengundi pertama
Pasangan suami isteri teruja jadi pengundi pertama

Suami isteri antara 17 ditahan disyaki terbabit sindiket edar dadah
Pasangan suami isteri antara 17 individu ditahan kerana dipercayai terbabit dalam sindiket pengedaran dadah dalam lima serbuan berasingan di sekitar bandar raya ini pada Jumaat dan semalam.