Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Bahrin Mohd Noh berkata, pasangan berusia 20-an itu ditahan di Hospital Enche Besar Hajjah Khalsom (HEBHK) dekat sini pada jam 1.50 pagi Rabu.
“Sebelum itu, pihak polis menerima panggilan telefon daripada seorang doktor yang bertugas di wad kecemasan di hospital itu pada jam 9.50 malam.
“Melalui maklumat itu, pihak hospital menerima seorang pesakit iaitu kanak-kanak lelaki yang mempunyai kecederaan di beberapa bahagian badan dipercayai didera," katanya dalam kenyataan.
Menurut Bahrin, pasangan suami isteri itu ditahan reman selama tujuh hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 31(1) (a) Akta Kanak-kanak 2001.
“Semakan mendapati pasangan itu tidak mempunyai rekod jenayah lampau dan ujian saringan air kencing negatif daripada pengaruh sebarang jenis dadah.
“Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan kejadian ini boleh menghubungi mana-mana balai polis berdekatan atau terus ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kluang,” katanya. - Sinar Harian