Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) Pulau Pinang hari ini menahan seorang pegawai kanan Unit Penyelarasan dan Pelaksanaan (ICU) Jabatan Perdana Menteri (JPM) Pulau Pinang bagi siasatan kes salah guna kuasa.
Sumber berkata pegawai kanan itu ditahan di pejabatnya kira-kira pukul 12 tengah hari sebelum dibawa ke pejabat SPRM Pulau Pinang, di sini untuk diambil keterangan.
Lelaki itu ditahan bagi membantu siasatan berhubung kes salah guna kuasa membabitkan satu projek membekalkan pakaian seragam bernilai kira-kira RM25,000 pada tahun 2013 ketika pegawai kanan berkenaan bertugas di sebuah lagi jabatan kerajaan, katanya kepada Bernama di sini hari ini.
Beliau berkata pihak SPRM telah menjalankan siasatan berhubung kes itu sejak tahun lepas sebelum menahan pegawai kanan berkenaan hari ini.
Sumber itu berkata kes pegawai kanan berkenaan disiasat mengikut Seksyen 23 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009.
Sementara itu, Pengarah SPRM Pulau Pinang Datuk M.Samarajoo ketika dihubungi Bernama mengesahkan tangkapan pegawai kanan itu.
Bernama
Mon Jul 18 2016

Pihak SPRM telah menjalankan siasatan berhubung kes itu sejak tahun lepas sebelum menahan pegawai kanan berkenaan hari ini. - Gambar fail

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Amalan Ramadan ada kaitan dengan negara MADANI - PM
Amalan di bulan Ramadan memberikan satu penegasan tentang disiplin, kekuatan rohani, keyakinan dan sifat yang lebih sederhana.

Impian Jani sekeluarga miliki rumah lebih selesa bakal jadi kenyataan
Mohd Hasbie telah berbincang dengan Pengarah ICU negeri untuk menyegerakan proses pembinaan rumah baharu di tapak rumah kayu yang didiami mereka.

Pasukan petugas dibentuk perinci pelaksanaan Pusat Mediasi MADANI - BHEUU
Sebuah pasukan petugas ditubuhkan bagi memperincikan keperluan serta skop cadangan pelaksanaan Pusat Mediasi MADANI.

Pelan Tindakan Nasional Mengenai Perniagaan dan Hak Asasi Manusia akan dilancarkan menjelang 2025 - Azalina
NAP-BHR akan dilancarkan Januari tahun depan, menandakan kemajuan signifikan ke arah integrasi pertimbangan hak asasi manusia dalam amalan perniagaan negara.

MITRA tangguh permohonan geran PPSMI 2025
MITRA memutuskan untuk menangguh permohonan geran Pembangunan Sosioekonomi Masyarakat India (PPSMI) 2025 ke satu tarikh yang akan dimaklumkan kelak.

Kerajaan pertimbang pelarasan elaun Kor Sispa - Ahmad Zahid
Jabatan Perdana Menteri diminta memperhalusi cadangan tersebut bagi meringankan beban kewangan pelatih serta sebagai usaha menarik minat pelajar menyertai pasukan sukarelawan itu.

PM Anwar iktiraf peranan penjawat awam tingkat kejayaan negara
Perdana Menteri mengiktiraf peranan penting yang dimainkan penjawat awam dalam usaha membantu meningkatkan prestasi dan menjamin kejayaan negara.

Dewan Negara lulus tiga RUU di bawah Jabatan Perdana Menteri
RUU bagi meminda akta yang berkuat kuasa sejak 1957 itu diluluskan dengan lebih suara bersetuju selepas dibahas 21 Senator.

PM Anwar rai 1,019 warga JPM cemerlang, pesara di Majlis Apresiasi
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini meraikan seramai 1,019 warga Jabatan Perdana Menteri (JPM) yang cemerlang dan bersara sempena Majlis Apresiasi Tahun 2024 Jabatan Perdana Menteri.

Kerajaan mulakan usaha penggubalan Akta Keupayaan Mental
Kerajaan menerusi Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang Jabatan Perdana Menteri (JPM) telah memulakan langkah ke arah penggubalan Akta Keupayaan Mental.