KUALA LUMPUR: Persidangan Dewan Negara hari ini meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) Audit (Pindaan) 2024, RUU Timbang Tara (Pindaan) 2024 dan RUU Pembayaran dan Adjudikasi Industri Pembinaan (Pindaan) 2024 di bawah kelolaan Jabatan Perdana Menteri.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) M. Kulasegaran ketika menggulung perbahasan RUU Audit (Pindaan) 2024 berkata ia bertujuan mengukuhkan akta melalui peruntukan baharu selaras dengan keperluan kehendak semasa dan peluasan bidang tugas Ketua Audit Negara.
"Selaras dengan perkembangan semua yang melibatkan aspek tatakelola dan pengurusan wang awam supaya sentiasa teratur dan berakauntabiliti, maka pindaan Akta Audit 1957 atau Akta 62 ini amat bertepatan selepas 33 tahun tidak dipinda.
"Pindaan RUU ini penting bagi memperkasakan peranan institusi Ketua Audit Negara untuk memelihara integriti pengurusan kewangan, meningkatkan kecekapan dan memperkukuh kepercayaan rakyat kepada kerajaan," katanya.
RUU bagi meminda akta yang berkuat kuasa sejak 1957 itu diluluskan dengan lebih suara bersetuju selepas dibahas 21 Senator.
Untuk rekod, Akta 62 telah dipinda sebanyak dua kali iaitu pada 1978 dan 1991. Pindaan pada 1978 berhubung keperluan pengauditan prestasi yang menekankan aspek ekonomi, kecekapan dan keberkesanan di bawah perenggan 6(d) Akta 62, manakala pindaan pada 1991 bertujuan memperuntukkan kuasa untuk meminda Jadual di bawah Seksyen 11 Akta 62.
Bagi RUU Timbang Tara (Pindaan) 2024, Kulasegaran berkata pindaan Akta Timbang Tara 2005 (Akta 646) antara lain bagi meningkatkan kedudukan Malaysia dalam komuniti timbang tara antarabangsa dengan menambah baik struktur organisasi Pusat Timbang Tara Antarabangsa Asia.
Sementara itu, Kulasegaran berkata RUU Pembayaran dan Adjudikasi Industri Pembinaan (Pindaan) 2024 berbangkit daripada Akta Timbang Tara yang memperuntukkan perubahan nama Pusat Timbang Tara Serantau Kuala Lumpur (PTSKL) kepada Pusat Timbang Tara Antarabangsa Asia (AIAC).
Perkara ini supaya ia selaras dengan pelaksanaan Perjanjian Tambahan antara kerajaan Malaysia dengan Pertubuhan Perundingan Undang-Undang Asia-Afrika yang berhubungan dengan AIAC di Kuala Lumpur.
Persidangan Dewan Negara bersambung esok.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jul 24 2024

M. Kulasegaran ketika menggulung perbahasan RUU Audit (Pindaan) 2024 berkata ia bertujuan mengukuhkan akta melalui peruntukan baharu selaras dengan keperluan kehendak semasa dan peluasan bidang tugas Ketua Audit Negara. - Gambar fail/BERNAMA

Bertrand yakin pelantikan Ken Nee bantu skuad terjun negara
Katanya, Ken Nee tahu apa diperlukan untuk kembali meraih kejayaan dan sentiasa peka dengan perkembangan teknik dan peraturan terjun terkini.

Lelaki maut, kereta rempuh belakang lori treler
Sebuah kereta Perodua Myvi telah melanggar belakang sebuah lori treler, mengakibatkan seorang lelaki tersepit di dalam kenderaan.

Phuket catat pendapatan pelancongan tertinggi di Thailand pada 2024 melebihi 490 bilion baht
Phuket, destinasi pelancongan utama Thailand mencatatkan pendapatan pelancongan tertinggi pada 2024 dengan menjana lebih 490 bilion baht (100 baht = RM13.08).

Hannah yakin kepimpinan Ahmad Shapawi untuk teraju YAKEB
Katanya, pengalaman luas Ahmad Shapawi dapat membantu membela kebajikan bekas atlet negara dan memastikan mereka dapat sokongan sewajarnya.

Program berteraskan teknologi bakal perkasa sektor pertanian di Bentong
Pihaknya telah kenal pasti produk yang kini di peringkat PoC bagi membantu pemain industri menggunakan teknologi dalam sektor pertanian.

21 lokasi dikenal pasti untuk pembangunan tapak perpaduan
Pembangunan tapak perpaduan akan dilaksanakan melalui Projek Pembangunan Ruang Sosial dan Ruang Fizikal di KRT Perumahan Strata Kos Rendah.

Kerajaan perkukuh usaha pastikan Malaysia diiktiraf destinasi pelaburan, rakan dagang dipercayai
Malaysia berpotensi mendapat manfaat daripada peralihan perdagangan global yang berlaku akibat ketegangan perdagangan antara Amerika Syarikat dan China.
Calon BN sudah disenarai pendek - Ahmad Zahid
Calon Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning, April ini telah disenarai pendek dan akan diumumkan seminggu sebelum tarikh penamaan calon.
Lebih 10,000 meriahkan majlis berbuka puasa bersama PM
Lebih 10,000 hadirin termasuk golongan agamawan dan asnaf berkesempatan berbuka puasa bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin di Putrajaya, pada Isnin.
Inisiatif SMJ: Kerajaan negeri fokus bangunkan, perbaiki keperluan asas
Agenda pembangunan Sabah melalui Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ) kini berada di landasan yang betul dan menampakkan hasil positif.

Kerajaan perkukuh usaha pastikan Malaysia diiktiraf destinasi pelaburan, rakan dagang dipercayai
Malaysia berpotensi mendapat manfaat daripada peralihan perdagangan global yang berlaku akibat ketegangan perdagangan antara Amerika Syarikat dan China.

KKM laksana pelbagai usaha capai matlamat masyarakat bebas rokok
Kementerian Kesihatan (KKM) meneruskan usaha mencapai matlamat masyarakat bebas rokok melalui pelbagai pendekatan dan program.

Kerajaan komited tingkat kualiti kurikulum prasekolah 2026
Kerajaan komited dalam memastikan kurikulum prasekolah yang dihasilkan berkualiti, relevan dan setanding dengan kurikulum negara lain.

Arang batu kekal sumber utama penjanaan elektrik negara kerana kos rendah - Akmal Nasrullah
Kerajaan masih mengekalkan arang batu sebagai sumber utama penjanaan elektrik negara kerana kos penghasilannya yang lebih murah.

Topik AI perlu diintegrasi dalam kurikulum pendidikan peringkat rendah hingga tinggi
Kerajaan perlu mengintegrasikan topik kecerdasan buatan (AI) dan sains data ke dalam kurikulum pendidikan di peringkat rendah sehingga pendidikan tinggi.

Audit penerima dana USAID, pastikan tiada campur tangan asing - Sivaraj
Kerajaan digesa memastikan tiada campur tangan asing dalam urusan politik dan pentadbiran negara menerusi bantuan dana yang disalurkan oleh Agensi Pembangunan Antarabangsa AS.

Laporan jawatankuasa khas kaji kompetensi DUN gubal undang-undang Islam sedia dibentang
Jawatankuasa Khas Mengkaji Isu Berkaitan Dengan Kompetensi Dewan Undangan Negeri (DUN) Untuk Menggubal Undang-Undang Islam telah menyediakan laporan kajian.

Tiada keputusan, laporan Malaysia terkait kes penipuan cip AI Nvidia - Tengku Zafrul
Tiada keputusan ataupun laporan yang menunjukkan cip AI Nvidia dalam pelayan dipindahkan ke Malaysia dari Singapura sebagaimana yang didakwa.

Tarif AS: Status Malaysia sebagai anggota CPTPP, RCEP tidak berubah - Tengku Zafrul
Status Malaysia sebagai negara anggota CPTPP dan RCEP tidak berubah meskipun wujud ketidaktentuan daripada dasar tarif ydilaksanakan Amerika Syarikat.

76,664 permohonan SJKP diluluskan bernilai RM17.86 bilion - KPKT
Sebanyak 76,664 permohonan Skim Jaminan Kredit Perumahan (SJKP) bernilai RM17.86 bilion diluluskan sejak dilaksanakan.