KUALA LUMPUR: Kerajaan menerusi Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang Jabatan Perdana Menteri (JPM) telah memulakan langkah ke arah penggubalan Akta Keupayaan Mental.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), M. Kulasegaran berkata, akta itu membolehkan individu membuat persediaan awal bagi pengurusan hal ehwal mereka menggunakan surat kuasa wakil sekiranya mereka hilang keupayaan mental.
"Keputusan ini boleh dibuat oleh individu terlebih dahulu sebelum hilang keupayaan mental termasuk situasi individu menjalani pembedahan atau mengalami ketidakupayaan mental sementara.
"Perundangan baharu ini akan menjadi instrumen undang-undang yang membawa perubahan signifikan di Malaysia bagi membantu dalam penjagaan dan pengurusan mereka yang tidak mempunyai kemampuan mental," katanya semasa berucap merasmikan Forum Akta Keupayaan Mental Malaysia 2024, di sini, pada Selasa.
Beliau berkata, Akta Kesihatan Mental 2001 yang dikuatkuasakan Malaysia ketika ini hanya membenarkan mahkamah untuk menubuhkan jawatankuasa untuk menjaga urusan dan harta individu yang menghidap penyakit mental hanya selepas individu itu hilang kapasiti mental.
"Akta Keupayaan Mental yang dicadangkan itu akan mengatasi isu ini dengan membenarkan perancangan awal sebelum ketidakupayaan mental terjadi justeru akta ini amat diperlukan," katanya.
Sementara itu, Kulasegaran dalam sidang media selepas pelancaran forum berkenaan berkata kerajaan akan mengadakan pertemuan dengan pihak berkepentingan berhubung dasar berkaitan.
"Kita akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan-kerajaan negeri kemudiannya untuk memperincikan pelaksanaan dasar-dasar tersebut pada masa hadapan.
"Selepas itu, kertas dasar akan dibentangkan di Kabinet, diharapkan dalam tahun ini, untuk mendapatkan kelulusan dasar sebelum penggubalan undang-undang dapat dimulakan," katanya.
Akta Keupayaan Mental pertama kali diperkenalkan di United Kingdom pada 2005 yang membolehkan penduduknya merancang untuk keadaan apabila mereka menjadi tidak berkeupayaan mental, sama ada secara kekal atau sementara akibat rawatan perubatan, kemalangan atau trauma.
Undang-undang serupa diperkenalkan di Singapura pada 2008. - BERNAMA
Bernama
Tue May 21 2024

Kulasegaran berkata akta itu membolehkan individu membuat persediaan awal bagi pengurusan hal ehwal mereka menggunakan surat kuasa wakil sekiranya mereka hilang keupayaan mental. - Gambar fail/BERNAMA

Presiden DR Congo Tshisekedi tolak dialog dengan pemberontak M23
Felix Tshisekedi berkata, gabungan kerajaannya tidak seharusnya terpengaruh oleh ketegangan dalaman dan manipulasi dari luar.

Konflik Rusia-Ukraine boleh berakhir 'minggu ini' - Jurucakap Rumah Putih
Donald Trump yakin dengan keupayaannya untuk merundingkan perjanjian dengan Rusia bagi menamatkan konflik Ukraine.
Tumpuan Isnin – 24 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (23 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tentera Israel luaskan serangan di utara Tebing Barat
Rejim Zionis memperhebat serangan di utara Tebing Barat dengan mengerahkan kereta kebal di sekitar bandar Jenin buat kali pertama sejak serangan mereka di wilayah itu pada 2002.
Pendekatan berpasukan cerminan dasar-dasar negara dilaksanakan berkesan
Penganalisis politik berpandangan penekanan terhadap pendekatan berpasukan dalam menangani cabaran utama termasuk hubungan luar negara dan perubahan kedudukan geoplitik mencerminkan keperluan untuk memastikan dasar-dasar negara dilaksanakan dengan lebih berkesan.
Dakwaan wujud kem dalam DAP perkara biasa - Loke
Setiausaha Agung DAP Anthony Loke menyifatkan dakwaan wujudnya kem tertentu dalam parti itu menjelang pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) sebagai perkara biasa yang ditimbulkan pihak luar bagi mengganggu-gugat ketenteraman parti.
Jawatankuasa ditubuhkan kaji beban tugas pensyarah
Sebuah jawatankuasa ditubuhkan bagi meneliti dan mengkaji beban kerja yag ditanggung tenaga akademik di universiti awam.
Tidak perlu kategori sekolah, tumpu naik taraf sekolah daif
Pendekatan Kementerian Pendidikan membahagikan sekolah kepada tiga kategori iaitu sekolah fokus, sekolah aspirasi dan sekolah inspirasi hanya akan mencetus jurang perbezaan antara sekolah di negara ini.
Dua platform jualan 'online' diarah turunkan iklan gula-gula kenyal
Kementerian Kesihatan (KKM) mengarahkan dua platform jualan dalam talian untuk menurunkan iklan penjualan gula-gula kenyal atau 'gummy' berbentuk mata yang sebelum ini dikatakan meragut nyawa seorang kanak-kanak di Pulau Pinang.

Kerajaan mulakan usaha penggubalan Akta Keupayaan Mental
Kerajaan menerusi Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang Jabatan Perdana Menteri (JPM) telah memulakan langkah ke arah penggubalan Akta Keupayaan Mental.