KUALA LUMPUR: Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menyifatkan Kerajaan Perpaduan takut dengan bayang-bayang sendiri berdasarkan tindakan yang diambil mereka ketika ini, termasuk menghalang perhimpunan Proklamasi Melayu yang sepatutnya disertainya.
Perkara itu dakwa Dr Mahathir, jelas apabila suara ketidakpuasan hati rakyat dilihat mereka sebagai satu bentuk ancaman.
"Kerajaan sekarang takut dengan bayang-bayang mereka sendiri. Kalau difikirkan, kenapa nak takut dengan saya? Saya orang baik, dalam pilihan raya lalu, saya kalah teruk.
"Tetapi hari ini kita lihat banyak halangan, media dihalang, tiada perkara buruk tentang kerajaan boleh dicetak. Jika anda membaca akhbar, anda fikir kerajaan ini adalah yang terbaik di dunia, sedangkan sebenarnya ia tidak memenuhi keperluan rakyat, khususnya orang Melayu.
"Mereka tidak peduli apa yang berlaku kepada Melayu, apa yang mereka laungkan ialah ini negara berbilang kaum dan bangsa terbaik akan menang.
"Kita mahu orang ramai dimaklumkan tentang apa sebenarnya yang berlaku dalam negara. Jika kerajaan fikir apa yang kami katakan itu tidak benar, sila buktikan," katanya dalam satu sidang media khas hari ini.
Perhimpunan Proklamasi Melayu anjuran Sekretariat Tanah Air yang dirancang hari ini terpaksa dibatalkan selepas tiga kali bertukar venue susulan tidak mendapat kebenaran.
Dr Mahathir menambah, kerajaan menampakkan diri mereka sebagai hero melawan rasuah, namun hanya perang yang dilancarkan hanya ditujukan khusus untuk parti lawan.
"Kerajaan tumpu parti lawan, seolah-olah (dalam kalangan) mereka tidak ada terlibat rasuah sedangkan kita tahu mereka terlibat.
"Bukan main hero, nak lawan rasuah tetapi tidak lawan diri sendiri kerana mereka tahu dalam kalangan mereka pun terlibat.
"Inilah keadaannya, sebab itu kerajaan tak benar sesiapa pun tegur mereka, termasuk kumpulan kita. Kita rakyat Malaysia, berhak tegur tetapi kerajaan bukan sahaja tidak bagi tegur tapi nak tangkap dan sumbat dalam penjara," ujarnya.
Madiha Abdullah
Sun Mar 19 2023

Dakwa Dr Mahathir, kekangan yang dihadapi dalam menganjurkan Proklamasi Melayu merupakan isyarat jelas bahawa suara ketidakpuasan hati rakyat dilihat sebagai satu bentuk ancaman. - Gambar fail

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Akaun X Tun M digodam, tayang iklan mata wang kripto
Akaun media sosial, aplikasi X milik bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad iaitu @chedetofficial telah digodam dan tidak dapat diakses sejak pagi Rabu.

Gencatan senjata Gaza: Janji Israel meragukan, sukar dipercayai - Tun M
Dr Mahathir meragui Israel yang terkenal kerana sering mengingkari undang-undang antarabangsa dan resolusi PBB.

Tun M cari RM3 bilion belakang TV, bawah katil
Menerusi video berdurasi 1 minit 26 saat, Dr Mahathir dilihat mencari wang yang didakwa berjumlah RM3 bilion itu di pelbagai sudut.

Dr Mahathir gagal mohon diwakili peguam kes RCI Batu Putih
Hakim Datuk Amarjeet Singh memutuskan demikian selepas menolak permohonan Dr Mahathir.

'Sebagai respon kepada kenyataan Tun M, saya dengan tegas menafikannya'
Kamaluddin berkata, beliau tidak pernah mengeluarkan kenyataan sedemikian atau melakukan perkara seperti didakwa Mahathir.

Zahid peroleh kebenaran mula prosiding komital terhadap Tun Dr Mahathir
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi telah mendapat kebenaran dari Mahkamah Tinggi untuk memulakan prosiding menghina mahkamah terhadap Tun Dr Mahathir Mohamad.

Batu Puteh: NGO buat laporan polis terhadap Dr Mahathir
SGGMSR bersama wakil daripada 20 NGO membuat laporan polis terhadap Tun Dr Mahathir Mohamad berhubung kes Batu Puteh.

Batu Puteh: Itu mesyuarat Kabinet pertama kami, hanya ikut 'keputusan' Tun M - Loke
Loke mempertahankan pendirian bahawa Dr Mahathir membuat keputusan mengenai kedaulatan Pulau Batu Puteh, Batuan Tengah dan Tubir Selatan sebelum mesyuarat Kabinet berlangsung.

Batu Puteh: 'Saya tak pernah berdendam dengan Tun M, tapi ini soal wilayah' - Anwar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan beliau tidak pernah berdendam dengan Tun Dr Mahathir Mohamad berhubung isu kedaulatan Batu Puteh.

Batu Puteh: Dr Mahathir balas kenyataan tiga bekas menteri Kabinet
Dr Mahathir turut membangkitkan persoalan sama ada perlu beliau meminta anggota Kabinet ketika itu untuk menyatakan pendapat mereka.