KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini hari ini membenarkan permohonan bagi mendapatkan perintah injunksi oleh bekas Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam kes saman fitnah beliau terhadap bekas Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO Datuk Lokman Noor Adam.
Hakim Datuk Ahmad Shahrir Mohd Salleh membuat keputusan itu selepas peguam kedua-dua pihak merekodkan persetujuan berhubung perintah itu yang berkuat kuasa sehingga kes tersebut dilupuskan.
"Perintah persetujuan direkodkan seperti (dalam) terma-terma dan draf. Mahkamah menetapkan 6 Mac ini untuk pengurusan kes," katanya.
Terdahulu, peguam Joshua Tan yang mewakili Ismail Sabri memaklumkan kedua-dua pihak bersetuju dengan perintah injunksi inter-parte itu dan perkara tersebut disahkan oleh peguam Mohd Faiz Abd Rahim yang mewakili Lokman.
Bagaimanapun, kedua-dua peguam enggan mendedahkan terma yang dinyatakan dalam draf persetujuan kepada pemberita.
Pada 12 Sept tahun lepas, Ismail Sabri memperoleh perintah injunksi sementara daripada Mahkamah Tinggi supaya Lokman dengan serta-merta memadamkan kesemua video yang didakwa memfitnah beliau di akaun media sosial.
Pada 8 Sept tahun lepas, Ismail Sabri, 62, yang juga Ahli Parlimen Bera selaku plaintif memfailkan saman itu atas kapasiti peribadi beliau dan menamakan Lokman, 49, sebagai defendan.
Dalam pernyataan tuntutan, Ismail Sabri mendakwa Lokman pada 22 Ogos tahun lepas telah membuat beberapa kenyataan fitnah terhadapnya dalam video bertajuk 'Bila Presiden UMNO Panggil Tak Datang! Tapi PM Ada Masa Jumpa Mahathir - Lokman Adam.'
Beliau berkata kenyataan itu yang berniat jahat, berunsur fitnah dan tidak benar telah dimuat naik di empat akaun media sosial milik defendan iaitu YouTube 'Lokman Adam,' Facebook 'Lokman Noor Adam Official,' Instagram 'lokmannooradam' dan TikTok 'datoklokmanadam.'
Menurut plaintif, kata-kata fitnah itu antara lain membawa maksud beliau telah berjumpa dengan Tun Dr Mahathir Mohamad dan merancang atau berniat untuk merancang dengan bekas Perdana Menteri itu serta parti politik lain yang bertentangan dengan UMNO untuk kekal sebagai Perdana Menteri dengan membelakangkan dan mengkhianati UMNO.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jan 05 2023

Mahkamah Tinggi hari ini membenarkan permohonan bagi mendapatkan perintah injunksi oleh bekas Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam kes saman fitnah beliau terhadap bekas Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO Datuk Lokman Noor Adam.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

PRK Pelangai: Siapa pun calon, dia wakili parti - Ismail Sabri
Ismail Sabri berkata, tidak sepatutnya timbul isu berhubung siapa yang dipilih bertanding kerana pada akhirnya, calon itu akan tetap membawa nama dan imej parti.

Pinda Akta DBP, beri kuasa ambil tindakan salah guna bahasa Melayu - Ismail Sabri
Ismail Sabri berkata, perkara itu merupakan sebahagian daripada usaha semasa pentadbirannya, namun tidak sempat dilaksanakan disebabkan pertukaran Kerajaan.

Tidak bersara, Ismail Sabri akan terus aktif politik walaupun bukan lagi Naib Presiden
Ismail Sabri berkata beliau juga akan kekal menjalankan tanggungjawab sebagai Ketua UMNO Bahagian Bera selepas menang tanpa bertanding.

Kerajaan 'caretaker' bersidang seperti biasa, bentang bajet mini untuk gaji penjawat awam
Kerajaan semasa akan kekal sebagai kerajaan caretaker sekiranya tiada mana-mana parti membentuk kerajaan dalam masa terdekat ini.

Pasca PRU15: 'BN tak sokong mana-mana gabungan bentuk kerajaan' - Ismail Sabri
Dewan Tertinggi Barisan Nasional (BN) telah membuat keputusan untuk tidak menyokong mana-mana gabungan untuk membentuk kerajaan.

PRU15: Ismail Sabri tiba di Istana Negara
Tujuan sesi menghadap antara Perdana Menteri dan Yang di-Pertuan Agong berkenaan masih menjadi tanda tanya.

MH17: Malaysia berpuas hati dan sokong keputusan Mahkamah The Hague - PM
Malaysia sentiasa berpendirian bahawa perbicaraan yang dijalankan mesti berlandaskan kebenaran, keadilan dan tanggungjawab.

PRU15: 'Deklarasi Profesor Melayu G70 sokong Anwar' tidak wakili MPN - Ismail Sabri
Perkara itu dimaklumkan Presiden MPN sendiri, Profesor Datuk Dr Raduan Che Rose ketika dihubunginya pada Rabu.

Banjir: Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri seluruh negara telah diaktifkan - PM
Ismail Sabri berkata, fokus gerak kerja di peringkat negeri dan daerah telah bersiap sedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan.

PRU15: 'Saya masih calon PM untuk BN, tiada perubahan' - Ismail Sabri
Jelas Ismail Sabri, tiada perubahan mengenai keputusan yang telah dibuat BN sebelum ini.