PUTRAJAYA: Menteri Luar Datuk Seri Saifuddin Abdullah akan mengadakan lawatan rasmi ke Sweden, Denmark dan Norway dari 29 Mei hingga 5 Jun.
Lawatan ke negara-negara Scandinavia itu bakal memberi peluang kepada beliau untuk bertemu rakan sejawatannya dan membincangkan langkah-langkah ke hadapan dalam mengukuhkan pelbagai kerjasama yang telah lama terjalin antara Malaysia dan negara-negara berkenaan.
Menurut kenyataan Kementerian Luar pada Ahad, lawatan itu turut memberi ruang kepada Malaysia untuk berbincang dan bertukar-tukar pandangan mengenai kerjasama pasca COVID-19, kerjasama ASEAN serta serantau dan antarabangsa yang mempunyai kepentingan bersama.
Semasa lawatan ke Sweden dari 29 hingga 31 Mei, Menteri Luar dijadual mengadakan pertemuan dengan rakan sejawatannya dari Sweden, Ann Linde, Timbalan Speaker I Parlimen Sweden, Asa Lindestam; dan Ahli Jawatankuasa Hal Ehwal Luar Sweden.
Beliau juga akan menyertai Perbincangan Meja Bulat di Institut Penyelidikan Keamanan Antarabangsa Stockholm (SIPRI), serta dijadual bertemu dengan agensi berkaitan kerajaan.
Di Denmark pada 1 dan 2 Jun, Saifuddin dijadual bertemu Menteri Luar Denmark, Jeppe Kofod, Setiausaha Agung Majlis Nordic, Kristina Hafoss, serta sesi pertemuan dengan Ahli Jawatankuasa Persatuan Malaysia Denmark.
Saifuddin juga dijangka berucap di Asia House, Copenhagen, sebuah pertubuhan terkenal yang sering tuan rumah kepada ramai personaliti dari seluruh dunia
Semasa lawatannya ke Norway dari 3 hingga 5 Jun, beliau akan bertemu rakan sejawatan dari Norway, Anniken Huitfeldt, serta mengadakan perbincangan bersama Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Luar dan Pertahanan Parlimen Norway, Delegasi ke Perkongsian Parlimen Asia-Eropah selain dijadual mengadakan pertemuan Pengarah Institut Nobel Norway, Olav Njolstad.
Selain itu, ketika di Stockholm dan Oslo, Saifuddin juga akan menjadi hos majlis resepsi Keluarga Malaysia.
-- BERNAMA
Bernama
Sun May 29 2022
Saifuddin juga akan menyertai Perbincangan Meja Bulat di Institut Penyelidikan Keamanan Antarabangsa Stockholm (SIPRI). - Foto fail/BERNAMA
E-sukan harus dijadikan kepentingan sehingga ke peringkat lebih tinggi
Kerajaan juga harus wujudkan sebuah dasar yang jelas supaya kepentingan e-sukan ini mampu diperkembangkan ke masa hadapan.
Kerajaan pandang serius penularan ideologi liberalism, pluralism
Kerajaan sentiasa memandang serius terhadap penularan ideologi dan aliran pemikiran yang bercanggah dengan ajaran Islam seperti ideologi liberalism dan pluralism agama.
Tidak dapat tidak, atlet RTG mesti bawa pulang emas - MOM
Atlet di bawah projek Road To Gold (RTG) tidak mempunyai pilihan selain memenangi emas yang diidam-idamkan Malaysia pada Sukan Olimpik 2024 di Paris.
KEDA peruntuk RM3.37 juta tahun ini bagi keterjaminan makanan
Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) memperuntukkan RM3.37 juta pada tahun ini bagi memastikan keterjaminan makanan negara.
Dewan Rakyat lulus RUU Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia
Rang Undang-Undang Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia 2024 yang bertujuan menubuhkan MCBA diluluskan persidangan Dewan Rakyat, hari ini.
PAC akan mulakan prosiding isu dibangkit LKAN Siri 2/2024
Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) akan memulakan prosiding bagi empat isu yang dibangkitkan dalam Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) Siri 2/2024.
AWANI Ringkas: Kes bunuh Nur Farah Kartini | Skandal LCS
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
ADUN Rembia sertai Pas, kenapa tak umum tahun lepas? - MP Kampar
Chong Zhemin, tindakan tersebut seolah-olah satu penghinaan paling besar kepada Parlimen yang telah meluluskan pindaan Perlembagaan Persekutuan berkait Akta Antilompat Parti.
Masuk Pas untuk sama-sama susah dengan rakyat - ADUN Rembia
Muhamad Jailani berkata, sebelum ini beliau pernah menghantar surat kepada Lembaga Disiplin UMNO memohon untuk memecat keahliannya daripada parti Melayu itu.
[TERKINI] Astro dipilih sebagai penyiar rasmi Olimpik Paris 2024
Astro dipilih sebagai penyiar rasmi bagi Sukan Olimpik Paris 2024 bermula hujung bulan ini.
Serangan Iran terhadap Israel untuk tuntut keadilan - Saifuddin
Semua pihak diingatkan supaya melihat serangan balas Iran terhadap Israel sebagai tindakan bagi menuntut keadilan dan menegakkan kebenaran.
ASEAN: Saifuddin gesa Malaysia lebih proaktif tangani isu Myanmar
Usaha proaktif akan membolehkan Malaysia membentuk persekitaran yang aman dan inklusif dalam rantau ASEAN.
Parlimen: Saifuddin mahu Timbalan Menteri Luar tarik kenyataan berhubung 'pengiktirafan Israel'
Kenyataan Mohamad mengelirukan Dewan Rakyat di bawah Aturan 36(12) Peraturan-Peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat, dan boleh menjejaskan hubungan diplomatik antara Malaysia dan Palestin.
Penganjuran Sukan Komanwel: JKPK Parlimen panggil KBS
Nasib Sukan Komanwel 2026 masih menjadi tanda tanya selepas Victoria di Australia, yang sepatutnya menjadi tuan rumah edisi ke-23 itu, menarik diri pada Julai tahun lepas
PRK Pelangai: Majoriti BN jelas merosot - Saifuddin
Perikatan Nasional (PN) Pahang bersikap positif meskipun kalah dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai.
PRN: Tindakan Dr Faiz Na'aman keluar parti tak beri kesan kepada Bersatu
Bersatu tidak terkesan dengan keputusan Dr Muhammad Faiz Na'aman meninggalkan parti itu.
LHDN serbu rumah Hamzah: Helah politik murahan burukkan PN - Saifuddin
Tindakan LHDN menyerbu rumah Hamzah Zainudin disifatkan Saifuddin sebagai cubaan untuk memburukkan PN dan helah politik murahan parti lawan.
Reformasi Pendidikan: Ini cadangan dikemukakan Perikatan Nasional
Masanya telah tiba untuk kita memperbaharui dan meningkatkan iltizam untuk memperkasa penghayatan budaya ilmu bagi membangunkan masyarakat dan negara yang berteraskan ilmu.
Syed Saddiq tak menyesal mansuh PLKN
Beliau turut mendakwa, program berkenaan hanya digunakan sebagai alat politik dan bersifat etnosentrik.
'Saya tiada kaitan dengan Roslizal Razali, Datuk Arshad' - Saifuddin
Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu, Datuk Seri Saifuddin Abdullah menafikan ada kaitan dengan seorang individu bernama Roslizal Razali yang kini dalam tahanan polis.