Kita perlu membuat penilaian, penambahbaikan dan pendekatan baru, dengan sense of urgency.
Bertanya dan menjawab soalan-soalan yang sukar (the hard questions).
Justeru, Perikatan Nasional (PN) mencadangkan supaya digerakkan Reformasi Pendidikan yang komprehensif, yang meliputi semua aspek, iaitu falsafah, dasar, undang-undang, ekosistem, kurikulum, TEVT, sumber manusia, mutu dan penghakupayaan pensyarah/guru dan pelajar, teknologi digital, kebolehpasaran graduan, perpaduan, pengantarabangsaan, peranan ibu bapa dan alumni, kerjasama semua pemegang taruh dan kewangan.
Cadangan ini, dan perkara-perkara pokok kandungannya, telah dibentangkan dalam ucapanucapan Ketua Portfolio Pendidikan dan Pendidikan Tinggi PN serta 14 orang Ahli Portfolio ini, di Mesyuarat Penggal Kedua Parlimen Kelima Belas; iaitu ketika membahaskan Usul Menjunjung Kasih keatas Titah KDYMM SPB Yang Di-Pertuan Agong pada 16 Februari 2023, dan ketika membahaskan Belanjawan 2023 pada 28 Februari 2023.
Matlamat
Menegas-semula, memperbaharui dan memperkukuh matlamat melahirkan generasi yang memiliki peribadi bersepadu secara multi-dimensional (insaniah, pandangan sarwa, ilmu, kemahiran, daya saing) yang bersifat kontemporari dan futuristik.
Perkara-perkara yang perlu ditangani
Di bawah ini ialah antara perkara-perkara (cabaran-cabaran dan isu-isu) yang perlu ditangani dalam kerangka Reformasi Pendidikan:
Falsafah dan Dasar
- Penilaian tentang sejauhmanakah Falsafah dan Dasar Pendidikan Kebangsaan benarbenar dilaksanakan, dan penambahbaikannya, supaya sesuai dengan tuntutan kontemporari dan masa depan.
- Penekanan terhadap maksud ‘Kecemerlangan dengan Roh’ (Excellence with Soul).
- Menetapkan bahawa matlamat pendidikan negara ialah untuk melahirkan ‘insan baik’ (good man), dan bukannya sekadar ‘pekerja baik’ (good worker).
- Memperkasa penghayatan Budaya Ilmu.
- Menambahbaik bidang-bidang atau elemen-elemen dalam konsep ‘pendidikan bersepadu’, iaitu merujuk soal pelaksanaan kesepaduan itu sendiri.
- Menambahbaik pelaksanaan Islamisasi dan integrasi ilmu, serta de-westernisation and de-colonisation of knowledge.

Aliran, Sistem dan Kurikulum
- Menilai kedudukan pelbagai aliran/sistem persekolahan yang wujud (SK, SJKC, SJKT, sekolah agama, sekolah integrasi, sekolah vokasional, sekolah sukan, sekolah pendidikan khas, SBP, MRSM, sekolah swasta, sekolah antarabangsa) dan home schooling.
- Memperkukuh kurikulum pendidikan supaya menumpu kepada perkara-perkara yang benar-benar fundamental, meningkatkan prestasi pelajar, menangani underachievers/late bloomers, menghapuskan keciciran dan menyusun-semula nisbah STEM (60:40 kepada nisbah baru).
- Meningkatkan ‘pendidikan teknologi digital yang manusiawi’, iaitu keseimbangan antara menguasai dan mendepani teknologi terkini serta menangani isu-isu kemanusiaan akibatnya.
- Meningkatkan jumlah graduan yang memiliki kelayakan profesional (completing the last mile).
- Memperkasa TEVT (penetapan model utama, penyelarasan sub-sistem, kursus praktikal, akreditasi) supaya menjadi pilihan utama pelajar dan ibu bapa.
- Meluaskan kemudahan Pendidikan Khas (kewujudannya di daerah-daerah, sumber manusia, kelengkapan dan peralatan).
- Pelajar yang memiliki Pandangan Sarwa (world view) yang harmoni dan global, iaitu soal perpaduan tempatan dan pengantarabangsaan yang berkait dan komprehensif.
- Memperkasa tulisan jawi.
- Memperkasa kokurikulum (sukan, seni budaya, debat, teknologi dan keusahawanan), termasuk menukar nisbah akademik:korikulum (90:10) kini kepada nisbah yang lebih seimbang (70:30).

Sumber Manusia
- Meningkatkan mutu, skim perkhidmatan dan penghakupayaan pensyarah dan guru, termasuk menangani isu guru-guru yang bersara awal.
- Meningkatkan kebebasan akademik dan peranan intelektual awam (public intellectual).
- Memperbanyakkan jumlah dana penyelidikan dan memperbaiki penyelarasan pengurusan dana ini di kalangan kementerian/agensi berkaitan.
- Meringankan beban tugas guru dengan menambah jumlah guru pembantu dan kerani.

Penghakupayaan dan Kebolehpasaran Pelajar
- Memperkasa penghakupayaan pelajar, termasuk dalam proses membuat keputusan.
- Menilai soal mis-match dan jurang antara bilik darjah dengan tempat kerja, dan meningkatkan kebolehpasaran graduan.
Perundangan dan Governans
- Menggantikan AUKU dengan perundangan baru yang lebih baik dan komprehensif.
- Menambahbaik pengurusan sekolah-sekolah agama.
- Mengadakan insentif cukai yang kreatif (Alumni, PIBG, swasta, dll untuk akademik, kokurikulum, bangunan, kelengkapan, peralatan, dll)
- Melaksanakan Governans Baru yang menggabung-jalin semua pemegang taruh (kerajaan, pendidik, profesional/pakar, alumi, ibu bapa, pelajar, swasta, dll) dalam kerangka perundingan antara rakan-pembangunan.

Proses
Menggerakkan agenda Reformasi Pendidikan perlu melalui proses tertentu, antaranya:
- Portfolio Pendidikan dan Pendidikan Tinggi PN menyediakan Kertas Cadangan Reformasi Pendidikan.
- Cadangan ini bersifat complementary dengan inisiatif-inisiatif yang sedang diambil oleh KPM, KPT dan pemegang-pemegang taruh yang lain.
- Kerja-kerja Reformasi Pendidikan perlu melibatkan kedua-dua KPM dan KPT secara bersekali, bukannya berasingan, dan memerlukan kerjasama kementerian-kementerian dan agensi-agensi yang berkaitan.
- Libat-urus dengan pemegang-pemegang taruh.
- Pembentangan kepada Jawatankuasa Pilihan Khas Pembinaan Bangsa, Sumber Manusia dan Pendidikan dan platform-platform yang berkaitan.
- Keputusan Kabinet

* Kenyataan dan pandangan ini dikeluarkan oleh Datuk Seri Saifuddin Abdullah, Ketua Portfolio Pendidikan dan Pendidikan Tinggi, Ahli-ahli Dewan Rakyat Perikatan Nasional.
** Penulisan artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mencerminkan pandangan sidang pengarang Astro AWANI.