KUALA LUMPUR:Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia berjumlah US$105.3 bilion pada 30 Nov, berbanding US$104.9 bilion pada 13, Nov.
BNM dalam satu kenyataan hari ini berkata paras rizab itu memadai untuk membiayai 8.6 bulan import tertangguh dan 1.2 kali jumlah hutang luar negeri jangka pendek.
Bank pusat berkata komponen utama rizab antarabangsa adalah rizab mata wang asing (US$97.9 bilion), kedudukan rizab Tabung Kewangan Antarabangsa (US$1.4 bilion), Hak Pengeluaran Khas (SDR; US$1.1 bilion), emas (US$2.4 bilion) dan aset rizab lain (US$2.5 bilion).
Aset-aset ini terdiri daripada emas dan pertukaran asing dan rizab-rizab lain termasuk SDR berjumlah RM437.50 bilion; kertas kerajaan Malaysia (RM11.14 bilion); deposit dengan institusi kewangan (RM6.46 bilion); pinjaman dan pendahuluan (RM17.48 bilion); tanah dan bangunan (RM4.17 bilion); dan aset-aset lain (RM13.04 bilion).
Menurut bank pusat, modal dan liabiliti terdiri daripada modal berbayar (RM100 juta); rizab (RM172.33 bilion); mata wang dalam edaran (RM128.05 bilion); deposit oleh institusi kewangan (RM147.26 bilion), deposit kerajaan Persekutuan (RM5.95 bilion) dan deposit-deposit lain ((RM11.73 bilion); kertas Bank Negara (RM12.17 bilion); peruntukan SDR (RM7.86 bilion); dan liabiliti-liabiliti lain (RM4.34 bilion).
-- BERNAMA
Bernama
Mon Dec 07 2020
BNM dalam satu kenyataan hari ini berkata paras rizab itu memadai untuk membiayai 8.6 bulan import tertangguh dan 1.2 kali jumlah hutang luar negeri jangka pendek. -Gambar fail
Bayar bil elektrik melalui saluran rasmi - TNB
TNB menasihatkan pengguna untuk tidak mudah terpedaya dan mengelak daripada menerima tawaran individu atau pihak ketiga, bagi sebarang tujuan pembayaran bil atau diskaun bil elektrik.
Polis kesan taktik penipuan tawar diskaun bil elektrik di Facebook
Polis sedang mengesan satu sindiket menawarkan diskaun pembayaran bil Tenaga Nasional Berhad (TNB) tertunggak yang setakat ini telah mengakibatkan kerugian hampir RM280,000.
Bayi lapan bulan mati disumbat botol susu, ditekup bantal oleh pengasuh
"Sudah 13 tahun kami tunggu untuk dapatkan anak pertama dan isteri saya juga sanggup cuti sebulan tanpa gaji untuk mengasuh anak kami."
Penghadang Lebuhraya DUKE dirempuh lori, jatuh hempap kereta
Lori yang dipandu warga tempatan berusia dalam lingkungan 40-an dipercayai hilang kawalan dan terbabas lalu merempuh tembok penghadang.
Mohd Irwan gagal masukkan enam individu sebagai pihak ketiga dalam saman 1MDB
Mohd Irwan Serigar Abdullah hari ini gagal dalam permohonannya untuk memasukkan enam individu lain sebagai pihak ketiga dalam saman AS$6.59 bilion yang dikemukakan oleh 1MDB terhadapnya.
MyDIGITAL Corp, Bursa Malaysia meterai MoC pacu inovasi menerusi transformasi digital
MyDIGITAL Corp dan Bursa Malaysia Bhd memeterai MMoC bertujuan memperkasakan PLC di Malaysia untuk mencapai matlamat ESG masing-masing melalui penggunaan teknologi digital.
Thailand: Paetongtarn dan jemaah menteri angkat sumpah
Paetongtarn mengetuai para menteri dalam upacara mengangkat sumpah taat setia di hadapan Raja Maha Vajiralongkorn di Dewan Kediaman Amphorn Sathan.
ASEAN akan lancar Visi 2045 untuk memacu kerjasama serantau, kata Setiausaha Agung
ASEAN sedang bersiap sedia untuk melancarkan Visi Komuniti 2045, sebuah rangka kerja strategik yang bertujuan untuk membimbing kerjasama serantau dalam tempoh dua dekad akan datang.
Bahan kimia dibuang di tebing anak Sungai Plentong
Kerajaan negeri dan pihak berkuasa mengecam tindakan pihak yang mengambil jalan pintas untuk melupuskan sisa kimia secara haram.
Lebih 160,000 kanak-kanak diberi vaksin polio di selatan Gaza - Agensi PBB
Fasa kedua kempen pemvaksinan polio bermula di Khan Younis pada Khamis, susulan kejayaan fasa pertama di kawasan tengah Gaza.
Ringgit teruskan momentum positif untuk ditutup tinggi berbanding dolar AS
Pada 6 petang, mata wang tempatan itu meningkat berbanding dolar AS kepada 4.3360/3400 daripada 4.3505/3560 ketika ditutup pada Rabu.
BNM kekalkan OPR pada 3.0 peratus
BNM berkata inflasi keseluruhan dan inflasi teras berpurata pada 1.8% pada separuh pertama tahun 2024.
Sektor perbankan kekal menarik, OPR dijangka stabil pada 3 peratus - Kenanga
Kenanga Investment Bank Bhd (Kenanga) menjangkakan pelabur akan terus memberi tumpuan kepada sektor perbankan yang kekal menarik dalam persekitaran keadaan ekonomi bertambah baik.
Aktiviti ambil untung asak ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS
Ringgit meneruskan penyusutan pada Jumaat lepas untuk mengakhiri urus niaga lebih rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Isnin susulan pengambilan untung selepas meningkat baru-baru ini.
BNM diunjur kekalkan OPR 3.0%, namun risiko cenderung ke arah kenaikan - Standard Chartered
Standard Chartered Global Research menjangkakan Bank Negara Malaysia (BNM) akan mengekalkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) tidak berubah pada 3%.
Malaysia terus jadi pilihan pelabur di Asia Tenggara - OBORCC
Kestabilan politik dan keadaan ekonomi yang inklusif menjadikan Malaysia sebagai pilihan utama pelabur antarabangsa bagi Asia Tenggara.
Ringgit menambah nilai 2.5 peratus berbanding dolar AS pada Julai 2024 - BNM
Ringgit menambah nilai sebanyak 2.5 peratus berbanding dolar AS pada Julai 2024 selaras dengan kebanyakan mata wang serantau.
BNM kenakan penalti RM88,000 ke atas BOCM
BOCM sehubungan itu telah membayar RM88,000 bagi AMP yang dikenakan oleh BNM pada 2 Ogos, 2024.
Hubungan baik dengan India, cepatkan Malaysia menjadi negara maju - Pakar
Hubungan yang baik dengan India akan membantu mempercepatkan Malaysia menjadi sebuah negara maju.
Malaysia manfaat AI, kenal pasti transaksi wang dicurigai melalui NFP - Gabenor BNM
Portal Fraud Kebangsaan (NFP) sedang ditambah baik bagi membolehkan kecerdasan buatan (AI) dapat digunakan bagi mengenal pasti transaksi mencurigakan.