SHAH ALAM: Gejala rasuah menjadi antara punca rakyat tidak mendapat perkhidmatan, pengagihan kekayaan tidak seimbang dan ketirisan khazanah negara, titah Sultan Perak Sultan Nazrin Shah.
Baginda bertitah rasuah juga mengakibatkan pembangunan tidak lestari, pencemaran alam sekitar, membantutkan pertumbuhan ekonomi, menghilangkan minat pelabur asing, meningkatkan kos pentadbiran dan urus niaga serta mendorong berlakunya ketidakstabilan politik.
"Banyak negara dianugerahi rahmat Ilahi dengan pelbagai sumber kekayaan, tetapi kerana rasuah ada yang terbenam dalam kemelut kemunduran dan tertimbus dalam lumpur kemiskinan. Kekayaan negara disalah guna - hasil mahsul lesap.
"Akibatnya, kemunduran terus melanda, kemiskinan terus merebak. Apabila tidak ada kesungguhan untuk membanteras rasuah, perlakuan rasuah akan tumbuh melebar...lalu diterima sebagai norma dan meresap menjadi budaya, akhirnya memusnahkan sesebuah negara bangsa," titah baginda.
Baginda bertitah demikian pada majlis pelancaran buku 'Korupsi dan Kemunafikan dalam Politik Melayu; Perlunya Disegerakan Transformasi Moral Etika' hasil tulisan Profesor Emeritus Tan Sri Dr Mohd Kamal Hassan di sini hari ini.
Sultan Nazrin bertitah rasuah ialah penyakit dalam masyarakat yang bersifat barah, yang menjalar sedikit demi sedikit, merosakkan satu persatu organ organisasi sehingga akhirnya melumpuhkan organisasi dan membawa maut jika dibiarkan merebak tanpa disegerakan rawatan kemoterapi.
Titah baginda, daripada 180 negara yang dilaksanakan penilaian oleh Transparency International, Malaysia jatuh daripada kedudukan ke-57 dengan skor 52 pada 2020, ke kedudukan ke-62 mencatat skor 48 pada tahun lepas dan kini Malaysia dikelompokkan dalam kumpulan dua pertiga negara yang mencapai skor di bawah 50.
"Oleh yang demikian, kita tidak boleh memandang ringan, bersifat leka, memilih melakukan penafian, memikirkan segala justifikasi - bersilat dengan segala helah mahu menidakkan kewujudan 'gajah' rasuah di hadapan mata," titah baginda.
Sultan Nazrin menegaskan masyarakat wajib bersifat berani mengakui realiti bahawa amalan rasuah sedang berlaku pada skala yang membahayakan berdasarkan teguran berulang kali yang terkandung dalam laporan Ketua Audit Negara dan pelbagai penemuan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara.
"Bilangan aduan serta rungutan yang dilaporkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, subjek yang terkandung dalam surat layang, berita yang terpapar dalam media dan isu yang diuar-uarkan dalam media sosial, hendaklah dijadikan cermin serta dianggap petunjuk kepada situasi rasuah yang berlaku.
"Malah jalan raya berlopak, longkang tersumbat, bangunan runtuh, bumbung bocor, pencemaran alam, penerokaan haram, rumput dan taman yang tidak terurus, masing-masing mempunyai bahasa tersendiri, menyampaikan mesej akan standard tadbir urus yang sedang berlaku," titah baginda.
Sultan Nazrin bertitah hari ini lebih ramai manusia yang disesatkan dengan kuasa dan kekayaan tanpa sedar dan malu akan kebarangkalian tergelincir melakukan perbuatan berunsur syirik kerana sanggup mengabdikan diri menjadi hamba kepada wang, kuasa, pangkat dan jawatan sehingga mendewakan manusia lain.
Baginda juga mengingatkan bahawa sumber kuasa yang diperoleh melalui sogokan belum terjamin dikembari dengan kesetiaan dan sifat sebenar manusia akan terserlah ketika mendapat jawatan, kuasa serta kekayaan dengan tidak lagi mengotakan janji selain menjelmanya sifat sombong dan bongkak.
Dalam pada itu, Sultan Nazrin bertitah dalam usaha melakukan yang makruf dan menentang yang mungkar, jangan sama sekali berputus asa berdoa memohon petunjuk dan kekuatan daripada Ilahi, justeru baginda menitahkan khutbah pada setiap solat Jumaat di negeri Perak dilengkapkan dua doa.
"Pertama: Ya Dzal Jalali Wal Ikram! Jadikanlah kami antara hamba-Mu yang memelihara amanah. Kuatkan iman kami agar menjauhi perbuatan khianat seperti salah guna harta benda bukan milik kami, memberi atau menerima rasuah, menyalahgunakan kuasa untuk kepentingan diri, serta jauhkan kami termasuk dalam golongan yang mengabaikan tanggungjawab yang diamanahkan.
"Kedua: Ya Malikul Mulk! Jauhi negara kami daripada kehancuran disebabkan perbuatan rasuah; serahkan tanggungjawab pimpinan dan pengurusan negara kami kepada kalangan hamba-Mu yang amanah dan ikhlas, serta tegas lagi berani menegakkan kebenaran dan melaksanakan keadilan berlandaskan hukum," titah baginda.
Sultan Nazrin bertitah bahawa negara juga memerlukan lebih ramai murabbi (pendidik) untuk tampil ke hadapan secara berani menggemakan mesej memerangi rasuah kerana golongan ini mempunyai peranan yang amat penting untuk mendidik dan menyuburkan kesedaran kerohanian serta moral.
Mengenai pelancaran buku hari ini, Sultan Nazrin bertitah bahawa pendekatan penulis, Dr Mohd Kamal merupakan pendekatan baharu di luar kotak budaya bangsa melalui pemilihan dua kata kunci iaitu korupsi serta kemunafikan dan mengaitkannya dengan politik Melayu sebagai tajuk buku dan kandungan buku ini amat perlu disebarkan mesejnya ke setiap tempat dalam bahasa yang mudah difahami.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Sep 22 2022

Sultan Nazrin bertitah pada majlis pelancaran buku 'Korupsi dan Kemunafikan dalam Politik Melayu; Perlunya Disegerakan Transformasi Moral Etika' hasil tulisan Profesor Emeritus Tan Sri Dr Mohd Kamal Hassan di sini hari ini.- Foto Sinar Harian

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Sultan Nazrin berkenan rasmi Hospital UTAR di Kampar
Sultan Perak Sultan Nazrin Shah berkenan menyempurnakan majlis perasmian Hospital Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR) di Kampar.

Sultan Nazrin berkenan rasmi Menara Hasil LHDN Teluk Intan
Sultan Perak Sultan Nazrin Shah hari ini berkenan berangkat merasmikan Menara Hasil Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) di Teluk Intan.

Titah penuh Sultan Nazrin sempena Istiadat Konvokesyen Universiti Malaya ke-64
Titah penuh Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah sempena Istiadat Konvokesyen Universiti Malaya ke-64 hari ini.

“Jangan ambil mudah soal pembangunan negara” - Sultan Nazrin
Dunia memerlukan pendekatan pembangunan baharu yang berani dan inovatif untuk menangani kemelut yang semakin kompleks.

Sultan Nazrin berkenan meriahkan Sambutan Deepavali 2024 Negeri Perak
Sultan Perak Sultan Nazrin Shah berkenan berangkat ke Majlis Sambutan Deepavali 2024 Negeri Perak di Stadium Indera Mulia di Ipoh hari ini.

Sultan Nazrin berkenan berangkat ke Istiadat Konvokesyen USAS ke-17
Sultan Perak Sultan Nazrin Shah berkenan berangkat ke Istiadat Konvokesyen Universiti Sultan Azlan Shah (USAS) ke-17 hari ini.

Sultan Nazrin lancar buku Tun Abdul Razak mengenai visi untuk Malaysia
Sultan Perak Sultan Nazrin Shah berkenan melancarkan buku bertajuk Tun Abdul Razak: Imagining Malaysia's Future Through His Lenses.

Isu kaum dan agama ancam perpaduan, perlu segera dibendung, titah Sutan Nazrin
Apabila agama dan kaum dijadikan 'mata wang yang sah' untuk meraih laba politik, retorik-retorik atas nama agama yang keterlaluan semakin dicetuskan, titah Sultan Nazrin.

Penumpuan kuasa, kelemahan institusi punca tercicir keadilan - Sultan Nazrin
Penumpuan kuasa dan kelemahan ketara mana-mana institusi berkenaan juga mendorong kepada penyalahgunaan kuasa dan mengakibatkan perpecahan rakyat.

Sultan Nazrin berkenan biaya hidangan tengah hari kepada 7,800 prospek di Perak
Sultan Perak berkenan membiayai hidangan makanan tengah hari kepada 7,800 prospek yang sedang menjalani hukuman di penjara, pusat koreksional dan pusat pemulihan akhlak di Perak.