KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan kemungkinan hujan lebat dan ribut petir akan berlaku di sesetengah negeri di Malaysia menjelang Aidilfitri nanti, susulan Syawal 2024 bakal berada pada fasa peralihan monsun.
Menurut Pengarah Pusat Operasi Cuaca dan Geofizik Nasional Jabatan Meteorologi Malaysia, Maqrun Fadzli Mohd Fahmi, beberapa negeri yang terlibat adalah di pantai timur, Sabah dan Sarawak.
“Secara umum untuk seluruh Malaysia, kita jangka hujan di sebelah pagi di negeri-negeri pantai timur, dan juga di selatan Sarawak dan timur Sabah.
“Di sebelah petang, ada aktiviti hujan dan ribut petir di kebanyakan tempat di Sarawak dan pedalaman semenanjung. Itu antara kawasan yang kita jangka mengalami hujan,” jelasnya.
Bagaimanapun, MetMalaysia menggalakkan semua untuk menyemak ramalan cuaca di kawasan masing-masing pada tarikh Hari Raya nanti bagi perancangan ziarah-menziarahi dan rumah terbuka.
Beliau berkata demikian dalam diskusi di Awani Pagi pada Khamis.
Azyyati Ahmad
Wed Apr 03 2024

Beberapa negeri yang terlibat adalah di pantai timur, Sabah dan Sarawak. - Gambar hiasan
AWANI Ringkas: Pintas segera semai kebencian di media sosial
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Seniman naik taraf portal, jadi pusat sehenti industri seni
Persatuan Seniman Malaysia sedang menaik taraf portal rasminya, seniman.com.my bagi menjadikannya sebuah pusat sehenti untuk industri seni tempatan.

Wanita ditahan simbah anak air panas kerana main alat solek
Seorang suri rumah ditahan selepas disyaki memukul dan menyimbah air panas ke atas anak perempuannya gara-gara menggunakan alat soleknya.

Sultan Pahang zahir rasa gembira empat daerah tersenarai paling bahagia
Sultan Pahang menzahirkan rasa gembira dengan pemilihan empat daerah di negeri ini tersenarai antara 20 bandar paling bahagia di Malaysia bagi 2025.

Berang tidur terganggu, budak 6 tahun dibunuh, mayat dibuang dalam karung
Suspek yang dipercayai berang apabila tidurnya diganggu mangsa telah bertindak menampar dan kemudian mencekik kanak-kanak itu hingga mati.

MPFKL 2024: Razaisyam Rashid dinobat Pengarah Terbaik menerusi Kahar: Kapla High Council
Untuk penganjuran kali kesepuluh, Anugerah Majlis Pengkritik Filem Kuala Lumpur (MPFKL) telah mengangkat filem Snow In Midsummer sebagai filem terbaik.

China hasrat bina teleskop di permukaan bulan
China mempunyai perancangan meletakkan sehingga 7,200 antena tersusun di permukaan bulan dalam kawasan seluas 30 meter persegi.

Cklamovski tidak janji pemain warisan akan diturunkan
Kehadiran dua pemain warisan terbaru negara, Hector Hevel dan Gabriel Palmero, menjadi nilai tambah buat kem negara yang akan menghadapi perlawanan bertemu Nepal.

Amaran hujan berterusan di Sabah, Kelantan dan Terengganu
Di Sabah, hujan berterusan dijangka melanda kawasan Sandakan dan Kudat.

Lapangan Terbang Heathrow London sambung semula beberapa penerbangan
Lapangan Terbang Heathrow London mengumumkan ia akan menyambung semula beberapa penerbangan susulan gangguan bekalan elektrik yang menyebabkan gangguan meluas.

Isi borang balik kampung, cegah kes jenayah - Polis
Orang ramai diingatkan untuk mengisi borang balik kampung sebagai langkah mencegah jenayah ketika bercuti sempena Hari Raya Aidilfitri kelak.

Lingkaran Tengah Utama belum dibuka untuk Aidilfitri - Nanta
Nanta berkata laluan itu masih lagi dalam peringkat pembinaan dan tarikh jangkaan siap semasa ialah pada 26 Ogos ini.

Berita baik daripada kerajaan diharap beri keceriaan kepada rakyat - Fahmi
Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil berharap berita baik yang diterima rakyat hari ini dapat menceriakan mereka menjelang sambutan Aidilfitri.

BNPL bantu beli barangan keperluan ketika kecemasan - Belia
Kemudahan Beli Dahulu, Bayar Kemudian (BNPL) memberi ruang kepada belia untuk menarik nafas lega dalam mengurus keperluan perbelanjaan bulanan.

Anwar umum Bantuan Khas Aidilfitri RM250 kepada guru KAFA, guru takmir, imam
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan Bantuan Khas Kewangan (BKK) Aidilfitri sebanyak RM250 kepada guru KAFA, guru takmir, imam, bilal, tok siak, noja dan marbut di negara ini.

Feri percuma pada 29-30 Mac sempena Aidilfitri
Tambang percuma itu melibatkan perjalanan kedua-dua arah dari Pangkalan Sultan Abdul Halim (PSAH) ke Pangkalan Raja Tun Uda (PRTU) dan sebaliknya.

Kerja selenggara jalan babitkan penutupan lorong dihentikan sempena Aidilfitri - Nanta
Keputusan itu selaras dengan tarikh penguatkuasaan operasi semua agensi, seperti PDRM, JPJ, serta JBPM.

BKK Aidilfitri RM500 kepada penjawat awam, RM250 untuk pesara dibayar minggu depan - PM Anwar
BKK Aidilfitri sebanyak RM250 akan dibayar kepada semua pesara kerajaan termasuk veteran berpencen serta tidak berpencen.

Penjawat awam Perlis terima bantuan khas kewangan RM500 sempena Aidilfitri
Kerajaan Negeri Perlis bersetuju memberikan Bantuan Khas Kewangan RM500 bersempena dengan sambutan perayaan Aidilfitri kepada penjawat awam negeri itu .

Wan Shaiful Rizal teruskan amalan hasilkan 'bintang raya' gergasi menjelang Aidilfitri
Beliau memilih menghasilkan bintang raya gergasi kerana ia mendapat sambutan selain lebih mudah berbanding saiz kecil yang agak renyah.