Beliau berkata bantuan itu akan dibayar minggu depan membabitkan 70,000 penerima dengan peruntukan RM17 juta.
"Tadi saya umumkan BKK Aidilfitri sebanyak RM500 kepada penjawat awam. Ini termasuk (BKK sebanyak RM250 kepada) veteran tentera yang berpencen dan tidak berpencen serta pesara.
"Malam ini saya nak tambah kepada guru KAFA, guru takmir, imam, bilal, tok siak, noja dan marbut," katanya ketika berucap pada Majlis Berbuka Puasa MADANI Peringkat Negeri Terengganu di pekarangan Masjid Sultan Ahmad di sini malam.
Anwar, yang juga Menteri Kewangan, berkata kerajaan bersetuju memberikan bantuan itu sebagai menghargai sumbangan besar golongan tersebut.
-- BERNAMA
