IPOH: Sehingga kini terdapat 8,715 kelas Kelas Al-Quran dan Fardhu ‘Ain (KAFA) sedang beroperasi di 659 Sekolah Rendah Agama Rakyat (SRAR) dan Sekolah Rendah Agama Rakyat Sepenuh Masa (SRAR Sepenuh Masa) di Perak.
Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, sekolah-sekolah itu diurus tadbir oleh Jemaah Pengurusan Sekolah yang terdiri daripada kalangan masyarakat setempat.
Menurutnya, Jemaah Pengurusan Sekolah bertanggungjawab menyediakan prasarana serta kemudahan-kemudahan bagi memastikan keselesaan murid KAFA.
“Kerajaan negeri amat prihatin dalam membangunkan sahsiah anak watan Perak menerusi sistem pendidikan yang disediakan oleh kelas KAFA ini,” katanya ketika menjawab soalan lisan Dr Najihatussalehah Ahmad (PN Bota) pada sidang Dewan Undangan Negeri Perak, di sini, hari ini.
Saarani berkata, kerajaan negeri telah menyalurkan pelbagai bantuan kepada sekolah-sekolah berkenaan.
Menurut beliau, antaranya ialah bantuan perkapita kepada 89,226 murid KAFA dengan kadar RM50 setahun di samping daripada Majlis Agama Islam Dan Ádat Melayu Perak (Maipk) sebanyak RM24 kepada murid-murid berkenaan.
Selain itu, ujarnya, tambahan elaun sebanyak RM200 sebulan kepada 3,210 guru KAFA dan peruntukan sebanyak RM5 juta bagi tujuan baik pulih dan bina baru Institusi Pendidikan Islam, termasuk Tadika Islam Perak, Sekolah Agama Rakyat dan tahfiz.
Beliau menambah, kerajaan negeri dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) dan Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Perak telah mewujudkan kelas KAFA Tulen yang beroperasi di sekolah-sekolah kebangsaan terpilih, terutama di kawasan yang mempunyai kepadatan penduduk tinggi dan di kawasan yang jaraknya jauh daripada kelas KAFA.
Katanya, setakat ini, terdapat enam buah sekolah kebangsaan yang telah melaksanakan kelas KAFA Tulen dengan bilangan murid keseluruhannya seramai 286 orang dan tenaga pengajar seramai 10 orang guru.
Enam buah sekolah tersebut ialah Sekolah Kebangsaan Sri Selama, Selama; Sekolah Kebangsaan Sungai Ramai, Ayer Tawar; Sekolah Kebangsaan Dato’ Sagor, Kampung Gajah; Pusat Kebajikan Taman Seri Puteri, Batu Gajah; Sekolah Kebangsaan Ulu Slim, Slim River; dan Sekolah Kebangsaan Kumpulan Ganda, Teluk Intan.
“Kelas KAFA Tulen melaksanakan kurikulum KAFA JAKIM (Jabatan Kemajuan Islam Malaysia), sama seperti kurikulum yang diguna pakai di SRAR Intergrasi KAFA yang lain.
“Kelas KAFA Tulen ini juga akan ditambah daripada semasa ke semasa berdasarkan keperluan pendidikan agama di sesuatu kawasan untuk Kerajaan Negeri memastikan tiada murid yang tercicir dalam mengikuti kelas KAFA di seluruh negeri Perak,” ujarnya.
Menjawab soalan wakil yang sama mengapa guru-guru KAFA di Perak tidak tersenarai dalam penerima insentif yang diumumkan dalam belanjawan 2024, beliau menjelaskan, semua guru KAFA di seluruh Malaysia akan menerima Bantuan Khas Kewangan sebanyak RM700 daripada Kerajaan Persekutuan.
Menurutnya, bantuan itu telah diumumkan dalam pembentangan Belanjawan 2024 oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 13 Oktober 2023 lalu.
“Bantuan ini akan mula dibayar setelah Kerajaan Negeri menerima peruntukan yang akan disalurkan oleh JAKIM,” tambahnya.
Abd Razak Mohd Ali
Mon Feb 26 2024

Saarani berkata, sekolah-sekolah itu diurus tadbir oleh Jemaah Pengurusan Sekolah yang terdiri daripada kalangan masyarakat setempat. - Gambar fail Bernama
Tiga pemain ski dikhuatiri maut dalam insiden runtuhan salji
Menurut jurucakap untuk Alaska State Troopers pada Khamis, setakat ini, usaha mencari mangsa yang tertimbus terpaksa ditangguhkan susulan keadaan cuaca yang buruk.

Malaysia-Thailand terus berusaha capai kejayaan bersama - PM Anwar
Malaysia dan Thailand akan terus berusaha mencapai kejayaan bersama-sama dan juga rantau ASEAN, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Bom jatuh, penduduk gesa penghentian latihan tembakan segera
Menurut wakil penduduk Pocheon, Kang Tae-il, dia juga menyeru pelaksanaan langkah yang konkrit bagi mencegah insiden sedemikian berulang pada masa hadapan.
15 cedera bom mendarat di luar kawasan sasaran
Menurut Angkatan Udara Korea Selatan, daripada jumlah tersebut, dua dilaporkan mengalami kecederaan serius.
AirAsia pindahkan perkhidmatan domestik di LTSAAS ke KLIA T2 berkuat kuasa 7 April
AirAsia akan memindahkan perkhidmatan domestiknya dari Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah (Lapangan Terbang Subang) ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur Terminal 2 (KLIA T2) berkuat kuasa 7 April.
NGO anjur perhimpunan aman Hari Al-Quds
MAPIM menyeru semua yang mempunyai nilai kemanusiaan untuk menyertai perhimpunan Hari Al-Quds Antarabangsa di depan kedutaan Amerika Syarikat pada 28 Mac.
Audit penerima dana USAID, pastikan tiada campur tangan asing
Kerajaan digesa memastikan tiada campur tangan asing dalam urusan politik dan pentadbiran negara menerusi bantuan dana yang disalurkan oleh Agensi Pembangunan Antarabangsa Amerika Syarikat.
10 Berita Pilihan - (6 Mac 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Hanya 27 peratus responden tahu sepenuhnya hak kewangan
Tahap kesedaran rakyat mengenai hak kewangan yang boleh dituntut di mahkamah masih rendah, dengan hanya 27 peratus yang mendakwa mereka mengetahui secara menyeluruh mengenai perkara tersebut.
Mahkamah sekat akses akaun bank luar negara, saham berkaitan 1MDB
Sekatan itu melibatkan wang berjumlah AS$4.5 juta yang didakwa berada di dalam akaun bank Putera Faisal di Riyad Bank, Arab Saudi dan 12 juta unit saham milik Stadlen yang kini dipegang syarikat pengurASan aset di United Kingdom (UK).

Kerajaan akan berusaha naikkan elaun guru KAFA - Mujahid
Katanya, dengan adanya kenaikan elaun itu, secara tidak langsung ia akan menaikkan semangat dan kualiti para guru dalam menjalankan tugas mendidik.