Selepas mengharungi musim yang mencabar sekali gus tersingkir daripada kancah Liga Super, kini pasukan itu terpaksa menarik diri susulan gagal mendaftarkan pemain dan dikenakan sekatan perpindahan pemain oleh Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA).
Sebagai rekod, sepanjang Annuar Musa memegang tampuk pemerintahan bola sepak Kelantan, pasukan merupakan salah satu kuasa besar dan mendominasi saingan Liga Super pada ketika itu.
Peminat tempatan semestinya akan mengingati zaman kegemilangan mereka selain merangkul gelaran 'treble' pada 2012 dan berhasil menjadi juara Piala FA dua tahun berturut-turut 2012, 2013.
Justeru, dia menyeru supaya Sang Kijang dikembalikan semula zaman terbaiknya dan berharap agar dilepaskan kepada pengurusan yang lebih berkaliber.
*Artikel disiarkan di Stadium Astro