KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) hari ini mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada di beberapa tempat di Sabah, Kelantan dan Terengganu, mulai esok hingga Isnin.


Ringkasan AI
  • MetMalaysia mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada di Sabah, Kelantan, dan Terengganu mulai esok hingga Isnin.
  • Di Sabah, hujan berterusan dijangka melanda kawasan Sandakan dan Kudat.
  • Di Kelantan, hujan berterusan dijangka membabitkan kawasan Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Bachok, Machang, dan Pasir Puteh.


Menerusi amaran yang dikeluarkan pada 12.45 tengah hari ini, MetMalaysia memaklumkan di Sabah, hujan berterusan dijangka melanda kawasan Sandakan (Telupid, Kinabatangan, Beluran dan Sandakan) dan Kudat.

Di Kelantan pula ia dijangka membabitkan kawasan sekitar Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Bachok, Machang dan Pasir Puteh.

-- BERNAMA