Ringkasan AI
- China merancang membina teleskop radio di sisi jauh bulan untuk mengesan isyarat kosmik gelombang ultra-panjang.
- Projek ini melibatkan pemasangan 7,200 antena dalam beberapa fasa, bermula dengan 16 antena dalam masa 3 tahun.
- Fasa akhir melibatkan pemasangan kesemua antena oleh angkasawan dalam tempoh 10 tahun.
Ini dilakukan dengan membangunkan stesen angkasa sendiri, mendaratkan prob di sisi jauh bulan, dan menghantar angkasawan ke permukaan bulan.
Kini, sekumpulan saintis di China mencadangkan pembinaan teleskop radio di permukaan sisi jauh bulan, menurut laporan South China Morning Post.
Ini sekali gus akan menjadikan China negara pertama melakukannya.
Saintis China memperlihatkan rancangan membina teleskop radio di sisi jauh bulan bagi mengesan kehadiran isyarat kosmik gelombang ultra-panjang untuk mengkaji sejarah angkasa lepas.
Isyarat ini dihalang oleh atmosfera bumi dan oleh sebab itu, bulan ialah lokasi terdekat untuk membina teleskop ini.
China mempunyai perancangan meletakkan sehingga 7,200 antena tersusun di permukaan bulan dalam kawasan seluas 30 meter persegi.
Pada fasa pertama, sebanyak 16 antena akan diletakkan di permukaan bulan menggunakan robot dan kenderaan pendaratan Chang'e, dan ini akan mengambil masa tiga tahun.
Kemudian, ia akan dikembangkan dengan 100 antena yang disusun oleh angkasawan, dan proses ini dijangka mengambil masa sehingga lima tahun.
Apabila markas di bulan telah dibina kelak, ia akan memasuki fasa akhir di mana kesemua 7,200 antena akan disusun oleh angkasawan yang bertugas, dengan proses mengambil masa 10 tahun.
Proses pembinaan melalui beberapa fasa bagi melihat cabaran, isu yang bakal timbul, dan memastikan kelengkapan berfungsi seperti diramalkan di bumi. -Amanz
