Projek Rapid Transit System (RTS) antara Bukit Chagar, Johor Bahru ke Woodlands, Singapura akan diteruskan, kata Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook.
Dalam satu sidang media pada Jumaat, Loke berkata projek yang menelan belanja RM4 bilion itu akan dilaksanakan oleh Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) dan secara prinsipnya akan diteruskan.
"Projek ini akan menghubungkan Johor Bahru dan Singapura untuk mengurangkan kesesakan di Tambak Johor, dan secara prinsipnya kabinet telah bersetuju untuk meneruskan projek ini yang telah diumumkan pada tahun 2010.
"Kita akan teruskan (projek), namun mekanisme pembinaan akan dikaji semula bagi mempercepatkan proses... kita mempunyai kerjasama antara Prasarana dan Transit Aliran Massa Singapura (SMRT) yang sepatutnya ditandatangani 30 Jun.
"Memandangkan kita memerlukan masa untuk menilai dan kaji projek ini, kita akan minta supaya tempoh ini dilanjutkan supaya kita ada sedikit masa untuk menilai projek dan kita akan bawa ke kabinet hal ini," katanya.
Projek tersebut yang akan beroperasi dari Bukit Chagar di Johor ke stesen Woodlands North di Singapura dijangka mampu membawa sehingga 10,000 penumpang sejam bagi setiap arah apabila siap pada 2024.
Sementara itu Loke berkata perkhidmatan bas percuma, GoKL yang dilaksanakan beberapa tahun lalu di ibu kota masih diteruskan sehingga kini.
Bagaimanapun, Loke berkata perkhidmatan bas tersebut akan dibawa ke Kabinet untuk dibincangkan dengan mengambil kira faktor kewangan kerajaan dan manfaat kepada pengguna.
"Sebanyak 36 bas percuma beroperasi setiap hari untuk membawa kira-kira 70,000 penumpang dengan anggaran kos RM12 juta setahun. Daripada 70,000 penumpang, 60 peratus daripadanya adalah warganegara manakala 40 peratus adalah pekerja asing dan pelancong," katanya.
Mengulas mengenai manifesto Pakatan Harapan untuk melaksanakan pas pengangkutan perkhidmatan awam tanpa had bernilai RM100, Loke berkata pihaknya sedang meneliti cara terbaik bagi melaksanakan janji tersebut.
"Mekanisme telah dicadangkan kepada saya tetapi ada implikasi kewangan yang besar maka keputusan bagaimana dan bila boleh kita laksanakan ini saya perlu bawa ke kabinet untuk dibincangkan.
"Apa-apa dasar dan program yang memerlukan bajet kewangan yang besar akan dibawa ke kabinet dan setakat ini program ini masih dalam peringkat kajian dan kita akan membuat keputusan dalam masa terdekat," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jun 01 2018
LOKE: Kita akan teruskan (projek), namun mekanisme pembinaan akan dikaji semula. - Gambar fail
Rexy kecewa Wei Chong-Kai Wun terlepas tiket ke Jelajah Dunia Akhir BWF
Katanya, gandingan di ranking ke-14 dunia itu mempunyai peluang cerah apabila sebelum ini berada dalam kumpulan lapan terbaik.
Pantau Belanjawan: Usaha Malaysia kekal kompetitif dalam ekonomi ASEAN
Menurut artikel Forbes bertajuk "Looking To Trade In Southeast Asia?", Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan ASEAN sebagai platform perdagangan strategik dengan akses mudah ke 10 pasaran serantau. Ikuti perbincangan untuk menilai sejauh mana Malaysia benar-benar menonjol berbanding negara jiran seperti Indonesia dan Vietnam yang turut menjadi destinasi popular pelaburan langsung asing (FDI).
Pulau Pinang sambut ketibaan penerbangan terus pertama HK Express dari Hong Kong
Penerbangan itu berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Hong Kong pada pukul 8.30 malam semalam.
Harga minyak diunjur dalam julat antara US$65 dan US$75 setong pada 2025
Sering unjurannya, purata harga minyak pada 2024 dijangkakan berada dalam julat rendah pada US$80 setong.
Padah bakar bunga api, dua beradik didakwa di mahkamah
Dua beradik dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan memiliki dan melakukan khianat membakar bunga api sehingga menyebabkan kebakaran di Dewan Arena Square Teluk Intan.
Tiada maklumat Jho Low berada di Myanmar - KPN
PDRM yakin kerjasama baik dengan rakan setugas di peringkat antarabangsa mampu merungkai pencarian ahli perniagaan buruan, Low Taek Jho atau dikenali sebagai Jho Low.
Trump pilih Pam Bondi sebagai Peguam Negara
Trump memuji Bondi atas usahanya menangani isu pengedaran dadah dan dos berlebihan fentanyl semasa berkhidmat.
Tikam mangsa guna pisau 'rambo' hingga lumpuh, bekas bintang muda EPL dipenjara
Tikam mangsa guna pisau 'rambo' hingga lumpuh, bekas bintang muda EPL dipenjara
AWANI Ringkas: Cederakan rakan pelatih, pegawai kadet UPNM didakwa di mahkamah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Serangan udara Israel mengenai sebuah bangunan di pinggir selatan Beirut pada Khamis.
Rakaman yang diambil dari Baabda menunjukkan saat-saat serangan itu mengenai bangunan, diikuti dengan letupan yang kuat dan asap tebal yang memenuhi ruang udara.
#AWANInews
#AWANInews
Dua konsortium disenarai pendek dalam Pelan Pembangunan Bersepadu Stesen Kereta Api Ipoh - Loke
Pihak Perbadanan Keretapi (RAC) telah menyenarai pendek dua pembida bagi melaksanakan projek Pelan Pembangunan Bersepadu Stesen Kereta Api Ipoh (iRide).
Tiada 'pusingan U' terhadap pelaksanaan VEP - Anthony Loke
Beliau juga memberi peringatan keras terhadap semua kenderaan asing yang masuk ke Malaysia supaya mematuhi undang-undang jalan raya di Malaysia susulan pelaksanaan.
Sektor pengangkutan pamer perkembangan positif, tingkat hasil pendapatan negara
Ia merangkumi semua sektor pengangkutan darat, maritim dan udara meskipun negara berdepan pelbagai cabaran domestik dan antarabangsa.
Kapal Israel tidak dibenar berlabuh Selasa depan - Loke
Syarikat perkapalan yang berpangkalan di Israel, ZIM tidak akan dibenarkan berlabuh di Pelabuhan Klang seperti dijadualkan pada Selasa minggu depan.
Pelaksanaan HSR, LRT di Johor ambil kira faktor kewangan negara - Loke
Pelaksanaan projek Rel Berkelajuan Tinggi (HSR) Kuala Lumpur-Singapura dan Transit Aliran Ringan (LRT) di Johor perlu mengambil kira faktor kewangan negara.
Tiada gerakan jatuhkan Chow sebagai Ketua Menteri P.Pinang - Anthony Loke
Seluruh Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) parti itu memberikan sokongan kepada Chow untuk menerajui Pulau Pinang hingga habis penggal.
Perbezaan politik tidak halang bincang isu negeri - Anthony
Semua pihak perlu menerima hakikat bahawa landskap politik di Malaysia sudah berubah, kata Anthony.
Jangan manipulasi kehadiran saya pada Persidangan Tahunan DAP - Ahmad Zahid
Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berharap kehadiran beliau pada Persidangan Tahunan DAP 2023 hari ini tidak dimanipulasikan oleh mana-mana pihak.
Toleransi, sederhana dalam politik untuk jadikan Malaysia negara contoh - Anthony Loke
Sikap toleransi dalam bermasyarakat dan mengambil jalan sederhana ketika berpolitik merupakan asas bagi memastikan Malaysia menjadi negara contoh kepada dunia.
PRK: MOT lulus lesen operasi sementara bas Malaysia-Singapura - Loke
Kementerian Pengangkutan meluluskan lesen operasi sementara bas bagi menambah perjalanan ulang alik laluan darat antara Malaysia dan Singapura sempena PRK di Johor.