TENTERA Israel pada Isnin mempamerkan pelbagai senjata yang didakwa dirampas di selatan Lubnan.

Jurucakap tentera, Kolonel Nadav Shoshani menyebut, terdapat begitu banyak senjata tersebut yang berasal dari Iran dan dibawa melalui Syria.

Shoshani mendakwa, senjata tersebut adalah buatan Rusia, China dan Hezbollah.

"Kami mampu, dalam operasi kami menentang Hezbollah, di darat dan juga operasi udara, mengambil kira-kira 70 atau 80 peratus daripada keupayaan mereka," katanya.

Sebelum ini pada bulan lalu, perjanjian gencatan senjata telah dimeterai antara Israel dan Hezbollah di mana di bawah perjanjian tersebut, pasukan Israel dibenarkan kekal di Lubnan selama 60 hari.

Israel tidak pernah membina penempatan di selatan Lubnan, termasuk ketika tenteranya menduduki kawasan itu dari tahun 1982 hingga 2000.