SHAH ALAM: Perbezaan politik tidak menghalang pertemuan Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook dan Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Samsuri Mokhtar bagi membincangkan isu negeri serta negara.
Menurut Ahli Parlimen Seremban itu, pertemuan tersebut lebih banyak memberi tumpuan dalam memastikan pembangunan ekonomi negeri bertambah baik termasuk peranan Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) di dua stesen iaitu Permaisuri dan Jerteh.
“Walaupun kami mempunyai perbezaan politik, tetapi saya menghormati beliau sebagai seorang pemimpin dengan sikap profesional dan berkeperibadian baik.
“Apabila beliau menjemput saya untuk bertemu dan bersarapan pagi bersama sudah tentu saya menerimanya dengan hati terbuka.
“Kami di Kementerian Pengangkutan (MOT) akan terus memastikan kemudahan jaringan ECRL menjadi pemangkin kepada pertumbuhan ekonomi dan membantu pembangunan kawasan industri di Terengganu selari dengan hasrat kerajaan negeri,” katanya menerusi hantaran di Facebook pada Ahad.
Terdahulu, Ahmad Samsuri menerusi hantaran di Facebook berkongsi foto beliau ketika mengadakan pertemuan dengan Anthony.
Dalam hantaran sama, Menteri Besar Terengganu itu menjelaskan pertemuannya dengan Anthony bagi membincangkan beberapa perkara seperti pemerkasaan Pelabuhan Kemaman dan memperkukuhkan peranan ECRL di dua stesen iaitu di Permaisuri dan Jerteh supaya dapat digunakan juga sebagai hab kargo.
"Perbincangan selama sejam setengah dalam suasana yang ceria dan positif ini adalah tanda bahawa perlunya sikap positif dalam hubungan kerajaan Persekutuan dan negeri walaupun pegangan politik berbeza," katanya.
Pada 3 April lalu, Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Rail Link Sdn Bhd (MRL), Datuk Seri Darwis Abdul Razak berkata, kerja-kerja pembinaan ECRL di Terengganu telah mencapai tahap kemajuan 55.21 peratus.
Menurutnya, setakat ini kerja-kerja pembinaan jajaran sepanjang 275 kilometer (km) di negeri itu menepati jadual yang ditetapkan dan dijangka siap sepenuhnya pada Disember 2026.
Mengulas lanjut, Anthony berkata, semua pihak perlu menerima hakikat bahawa landskap politik di Malaysia sudah berubah.
Ujarnya, urusan pentadbiran negara dan negeri perlu bersikap profesional serta melaksanakan tugas dengan penuh tanggungjawab.
“Perubahan landskap politik Malaysia dapat dilihat apabila kerajaan negeri telah dikuasai oleh pelbagai gabungan politik yang berlainan,” katanya. - Sinar Harian
Sinar Harian
Sun Sep 17 2023

Perbezaan politik tidak menghalang pertemuan Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook dan Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Samsuri Mokhtar bagi membincangkan isu negeri serta negara. - Foto Facebook

Eropah jadi pengimport senjata terbesar AS buat kali pertama dalam 20 tahun - SIPRI
Eropah mengatasi Asia Barat sebagai pengimport senjata terbesar dari Amerika Syarikat (AS) bagi tempoh 2020-2024, meraih gelaran itu buat kali pertama dalam tempoh dua dekad.

Industri acara perniagaan P.Pinang jana RM1.29 bilion pada 2024 - Chow
Industri acara perniagaan di Pulau Pinang mencatatkan anggaran impak ekonomi (EEI) sebanyak RM1.29 bilion pada tahun lepas, peningkatan signifikan sebanyak 24.8 peratus berbanding 2023.

Bertrand yakin pelantikan Ken Nee bantu skuad terjun negara
Katanya, Ken Nee tahu apa diperlukan untuk kembali meraih kejayaan dan sentiasa peka dengan perkembangan teknik dan peraturan terjun terkini.

Lelaki maut, kereta rempuh belakang lori treler
Sebuah kereta Perodua Myvi telah melanggar belakang sebuah lori treler, mengakibatkan seorang lelaki tersepit di dalam kenderaan.

Phuket catat pendapatan pelancongan tertinggi di Thailand pada 2024 melebihi 490 bilion baht
Phuket, destinasi pelancongan utama Thailand mencatatkan pendapatan pelancongan tertinggi pada 2024 dengan menjana lebih 490 bilion baht (100 baht = RM13.08).

Hannah yakin kepimpinan Ahmad Shapawi untuk teraju YAKEB
Katanya, pengalaman luas Ahmad Shapawi dapat membantu membela kebajikan bekas atlet negara dan memastikan mereka dapat sokongan sewajarnya.

Program berteraskan teknologi bakal perkasa sektor pertanian di Bentong
Pihaknya telah kenal pasti produk yang kini di peringkat PoC bagi membantu pemain industri menggunakan teknologi dalam sektor pertanian.

21 lokasi dikenal pasti untuk pembangunan tapak perpaduan
Pembangunan tapak perpaduan akan dilaksanakan melalui Projek Pembangunan Ruang Sosial dan Ruang Fizikal di KRT Perumahan Strata Kos Rendah.

Kerajaan perkukuh usaha pastikan Malaysia diiktiraf destinasi pelaburan, rakan dagang dipercayai
Malaysia berpotensi mendapat manfaat daripada peralihan perdagangan global yang berlaku akibat ketegangan perdagangan antara Amerika Syarikat dan China.
Calon BN sudah disenarai pendek - Ahmad Zahid
Calon Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning, April ini telah disenarai pendek dan akan diumumkan seminggu sebelum tarikh penamaan calon.

Terap elemen majmuk meski berbeza ideologi, falsafah politik - Ahmad Zahid
Elemen majmuk rakyat Malaysia yang hidup aman harmoni perlu diterapkan meskipun berbeza ideologi dan falsafah dalam sesebuah organisasi politik.

Perbezaan politik tidak halang bincang isu negeri - Anthony
Semua pihak perlu menerima hakikat bahawa landskap politik di Malaysia sudah berubah, kata Anthony.

Jangan jadikan perbezaan politik senjata permusuhan - PM Anwar
Ia susulan banyak fakta yang tidak tepat dan fitnah dilemparkan, terutama di media sosial, oleh segelintir pihak mengenai usaha kerajaan untuk membantu rakyat.

Tolak perbezaan politik, selesaikan masalah air Kelantan - PM Anwar
Kerajaan Perpaduan telah mengambil pendirian untuk menangani masalah yang berkaitan dengan bekalan air untuk pengguna di negeri Kelantan.

Ketepikan perbezaan politik, tumpu usaha pacu ekonomi negara
Setiap parti politik seharusnya berusaha keras untuk menterjemahkan manifesto yang telah dinyatakan semasa PRU15.

Ketepikan perbezaan politik, tumpu usaha perangi COVID-19 - Ismail Sabri
Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob meminta semua pihak agar mengetepikan perbezaan politik dan berganding bahu dalam memerangi pandemik COVID-19.

Penguatkuasaan tegas perlu diambil lindungi alam sekitar
Sekiranya kegiatan pencemaran tidak dibendung dari sekarang, ia boleh juga menjejaskan reputasi negara kita di mata masyarakat antarabangsa.

Baru, Abang Johari tolak perbezaan politik demi rakyat Sarawak
Tolak perbezaan politik, utamakan keperluan rakyat dan bersama bangunkan Sarawak antara kata sepakat dicapai Menteri Kerja Raya, Baru Bian dengan Ketua Menteri Sarawak, Datuk Abang Johari Tun Openg.

'Tun M itu dah macam ayah'
Datuk Seri Adnan Yaakob berkata konsep itu selaras sepertimana amalan kerajaan sebelum ini.

Ketepikan perbezaan politik demi penyatuan ummah - TPM Zahid
Masyarakat Melayu harus mengetepikan perbezaan politik sebaliknya meletakkan agama sebagai asas penyatuan ummah.