KLANG: Sikap toleransi dalam bermasyarakat dan mengambil jalan sederhana ketika berpolitik merupakan asas bagi memastikan Malaysia menjadi negara contoh kepada dunia dalam pelbagai aspek, kata Setiausaha Agung DAP Anthony Loke Siew Fook.
Loke berkata politik dalam masyarakat majmuk dan berbilang agama di Malaysia tidak seharusnya dibawa oleh suara-suara keterlaluan serta ekstrem kerana ia boleh membawa negara ke arah kehancuran.
"Semua pihak mesti mengakui bahawa sebagai sebuah negara majmuk, kita perlu ada sifat tolak ansur, toleransi dan mengambil jalan sederhana sebagai suatu semangat yang bersifat arus perdana kerana kejayaan Malaysia adalah (apabila) kita boleh hidup dengan baik walaupun dengan kepelbagaian kaum dan agama.
"Ia mesti difahami dan diterap untuk pastikan negara boleh bangkit semula secara bersama di bawah pentadbiran Kerajaan Perpaduan untuk keluar daripada pelbagai cabaran," kata beliau semasa berucap pada perasmian Kongres Kebangsaan Wanita DAP 2023 di sini hari ini.
Menteri Pengangkutan itu turut mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang mengetepikan perbezaan dalam mewujudkan Kerajaan Perpaduan yang kini menerajui negara.
"Saya tahu bukan mudah untuk semua pihak. Tidak mudah untuk rakan daripada UMNO-Barisan Nasional, tidak mudah juga untuk rakan dari PKR tetapi saya ingin bawa satu kebersamaan iaitu semangat dan sifat manusiawi. Kalau kita semua ada semangat manusiawi, inilah yang akan menyatupadukan kita.
"Aspirasi kita, walau apa juga kaum dan agama, semua hendakkan negara stabil, aman, ekonomi berkembang dan semua pihak ada peluang untuk berjaya dalam kehidupan, mendapat peluang pendidikan baik serta kesihatan baik dan akhirnya kita boleh hidup dalam keadaan baik," katanya.
Loke turut menegaskan bahawa DAP berkali-kali menyatakan bahawa parti itu menjunjung dan mempertahankan Perlembagaan Persekutuan khususnya Islam sebagai agama persekutuan, kedudukan raja Melayu, Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan hak istimewa orang Melayu.
Jelasnya perkara itu merupakan antara hala tuju dan kerangka perjuangan parti berkenaan dalam membangunkan masyarakat dan akan memastikan masyarakat yang dibentuk itu progresif serta meraikan kepelbagaian.
Sementara itu, Loke berkata kongres berkenaan pertama kali dihadiri wakil Wanita BN dan kehadiran itu disifatkan sebagai permulaan baik serta berharap semangat hubungan tersebut dapat diraikan sehingga ke peringkat akar umbi.
Seramai 305 perwakilan wanita DAP seluruh negara hadir ke kongres tahunan yang berlangsung pada hari ini.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Sep 09 2023
![Toleransi, sederhana dalam politik untuk jadikan Malaysia negara contoh - Anthony Loke Toleransi, sederhana dalam politik untuk jadikan Malaysia negara contoh - Anthony Loke](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/61694245695_TBAnthonyLoke.jpg)
Menteri Pengangkutan yang juga Setiausaha Agung DAP Anthony Loke berucap pada Kongres Kebangsaan Wanita DAP 2023 di Klang hari ini. - Foto Bernama
![Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/61703329565_TBBERITAx.jpg)
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 7 Julai 2024.
![Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/71709993909_TBBERITAx.jpg)
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 7 Julai 2024.
Enam cedera hari pertama Festival Larian Lembu di Sepanyol
Meskipun ada yang cedera, acara tersebut sentiasa mendapat perhatian dan tahun ini, ratusan orang mengejar enam ekor lembu jantan di bandar itu.
10 Berita Pilihan - (07 Julai 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
![PM Anwar seru NGO, gerakan belia tolak rasuah, salah guna kuasa PM Anwar seru NGO, gerakan belia tolak rasuah, salah guna kuasa](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71720367469_TBAnwarIbrahim.jpg)
PM Anwar seru NGO, gerakan belia tolak rasuah, salah guna kuasa
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan gerakan belia di negara ini supaya menyahut seruan kerajaan bagi menolak rasuah, salah guna kuasa dan penindasan.
Acara bola tampar atas air di Slovenia tarik perhatian
Pemain bola tampar dari pelbagai negara turun ke gelanggang terapung di Slovenia untuk bermain sukan mereka dalam persekitaran yang agak luar biasa.
Kawasan gunung Etna masih lagi tidak selamat
Letusan Gunung Etna dilaporkan masih lagi memuntahkan abu sehinggakan menjejaskan kawasan ruang udara yang kini dikaburi dengan asap hitam pada Ahad.
![Angka kematian di Gaza meningkat kepada 38,153 Angka kematian di Gaza meningkat kepada 38,153](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/81719304919_TBisraelairstrike.jpg)
Angka kematian di Gaza meningkat kepada 38,153
Angka kematian rakyat Palestin akibat serangan berterusan Israel di Semenanjung Gaza meningkat kepada 38,153, kata Pihak Berkuasa Kesihatan Gaza dalam satu kenyataan pada Ahad.
Empat terbunuh serangan ketika parti hari lahir
Pemeriksaan di rumah itu mendapati tujuh mangsa yang mana empat daripadanya telah meninggal dunia.
Rafah kini dilitupi debu, runtuhan bangunan memenuhi bandar
Dulunya Rafah sibuk dengan urusan seharian penduduk namun kini ia umpama bandar hantu yang diliputi debu, sunyi hampir sepanjang masa.
![Toleransi, sederhana dalam politik untuk jadikan Malaysia negara contoh - Anthony Loke Toleransi, sederhana dalam politik untuk jadikan Malaysia negara contoh - Anthony Loke](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/61694245695_TBAnthonyLoke.jpg)
Toleransi, sederhana dalam politik untuk jadikan Malaysia negara contoh - Anthony Loke
Sikap toleransi dalam bermasyarakat dan mengambil jalan sederhana ketika berpolitik merupakan asas bagi memastikan Malaysia menjadi negara contoh kepada dunia.