KLUANG: Kementerian Pengangkutan (MOT) meluluskan lesen operasi sementara bas bagi menambah perjalanan ulang alik laluan darat antara Malaysia dan Singapura sempena Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Pulai dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram, Sabtu ini.
Menteri Pengangkutan Anthony Loke Siew Fook berkata inisiatif itu bertujuan mengurangkan kesesakan di Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) di Bangunan Sultan Iskandar (BSI) dan Kompleks Sultan Abu Bakar (KSAB) memandangkan jangkaan trafik luar biasa berikutan hari cuti sekolah di negara tersebut.
"Lebih 10 bas akan berulang-alik dari Singapura ke Johor Bahru. Kita juga menerima permohonan daripada syarikat bas untuk tambah trip dan diberikan lesen operasi sementara telah diberikan melalui APAD (Agensi Pengangkutan Awam Darat).
"Pengangkutan ini disediakan oleh pihak syarikat bas untuk mengelakkan lebih banyak kereta," katanya selepas menyaksikan Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) Kerjasama Strategik bagi pembinaan Kluang Heritage Railway Linear Park di Dewan Tunku Ibrahim Ismail, di sini hari ini.
Sehubungan itu beliau menasihati pengundi (berada di Singapura) yang ingin pulang mengundi pada PRK Pulai dan Simpang Jeram supaya menggunakan pengangkutan awam serta perkhidmatan bas tambahan ada disediakan.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan PRK Parlimen Pulai dan DUN Simpang Jeram dilaksanakan serentak Sabtu ini susulan kematian penyandangnya Datuk Seri Salahuddin Ayub yang juga Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup pada 23 Julai lepas.
Dalam perkembangan lain, mengulas kenyataan Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO Datuk Nur Jazlan Mohamed yang menasihatkan supaya beliau tidak gundah gulana kononnya Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi akan menjadi liabiliti kepada Kerajaan Perpaduan pada PRK Pulai, Loke berkata perbezaan pendapat tidak bererti berlaku pergaduhan.
Loke yang juga Setiausaha Agung DAP enggan mengulas lanjut perkara itu sebaliknya berkata paling penting adalah kerjasama antara Kerajaan Negeri dan Persekutuan berjalan lancar dan menyatakan fokusnya kini adalah perancangan pembangunan logistik di Johor termasuk Projek Sistem Transit Rapid (RTS) Link.
"Walaupun dalam hubungkan politik kadangkala ada isu timbul, ada perbezaan pendapat, itu perkara biasa. Tak apalah perbezaan pendapat tidak jadi masalah, kita tidaklah sampai gaduh, yang penting hubungan antara Kerajaan Persekutuan dan negeri berada dalam satu keadaan cukup baik.
"Kerajaan Johor ada hubungan rapat sebab kementerian ada banyak projek yang sedang dilaksanakan di Johor antaranya Pembinaan Projek Landasan Berkembar Elektrik Gemas-Johor Bahru, RTS Link, ada Pelabuhan Tanjung Pelepas (PTP).
"Selain itu ada Lapangan Terbang Antarabangsa Senai (LTAS) serta pelbagai perancangan untuk bangunkan lagi sektor logistik di Johor, ini sangat penting," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Sep 07 2023
![PRK: MOT lulus lesen operasi sementara bas Malaysia-Singapura - Loke PRK: MOT lulus lesen operasi sementara bas Malaysia-Singapura - Loke](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/71694073586_TBAnthonyLoke.jpg)
Loke berucap pada Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman bagi pembinaan Kluang Heritage Railway Linear Park di Dewan Tunku Ibrahim Ismail hari ini. - Foto Bernama
[TERKINI] Nasib Pesawah Terbela, Kepentingan Rakyat Terjamin - PM Anwar
Ini adalah penyelarasan harga lantai belian padi yang kedua dilaksanakan Kerajaan dalam tempoh dua tahun untuk menambah pendapatan pesawah.
![Google akan guna pembelajaran mesin untuk anggar usia pengguna Google akan guna pembelajaran mesin untuk anggar usia pengguna](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739443078_GooglePembelajaranM.jpg)
Google akan guna pembelajaran mesin untuk anggar usia pengguna
Ciri School Time kini boleh digunakan pada peranti pintar dan tablet untuk mengurangkan gangguan daripada aplikasi hiburan.
![Anggota polis didenda RM5,000 kerana terima rasuah Anggota polis didenda RM5,000 kerana terima rasuah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739443925_tbrasuahAnggotapo.jpg)
Anggota polis didenda RM5,000 kerana terima rasuah
Seorang anggota polis didenda RM5,000 selepas mengaku bersalah atas pertuduhan pilihan menerima rasuah RM1,000.
ASEAN 2025 | 13 Februari
ASEAN 2025 harini bersama Nickyson Nyambar membawa tumpuan berikut:
1. Malaysia terus tekad tarik minat pelabur - PM Anwar
2. Puteri Thailand anugerahkan kain diraja rekaan sendiri
3. Malaysia-Indonesia perkukuh kerjasama pertanian, keterjaminan makanan
1. Malaysia terus tekad tarik minat pelabur - PM Anwar
2. Puteri Thailand anugerahkan kain diraja rekaan sendiri
3. Malaysia-Indonesia perkukuh kerjasama pertanian, keterjaminan makanan
![Anwar bantu empat keluarga di Parlimen Tambun keluar dari kemiskinan tegar Anwar bantu empat keluarga di Parlimen Tambun keluar dari kemiskinan tegar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739439696_TambunAhmadFarhan.jpg)
Anwar bantu empat keluarga di Parlimen Tambun keluar dari kemiskinan tegar
Perdana Menteri menyampaikan sumbangan kepada empat keluarga daripada kategori miskin tegar di Parlimen Tambun hari ini.
![Eksekutif akaun didakwa tunjuk isyarat lucah, halang tugas polis iring kenderaan TPM Eksekutif akaun didakwa tunjuk isyarat lucah, halang tugas polis iring kenderaan TPM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-07/61690187975_CourtGavel.jpg)
Eksekutif akaun didakwa tunjuk isyarat lucah, halang tugas polis iring kenderaan TPM
Seorang eksekutif akaun didakwa atas dua pertuduhan menunjukkan isyarat lucah dan menghalang tugas anggota polis dengan memintas kenderaan polis pengiring kenderaan TPM.
![Permohonan PKR rayu kes bayaran bon Zuraida didengar 17 April Permohonan PKR rayu kes bayaran bon Zuraida didengar 17 April](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/41699939560_ZuraidaKamaruddin.jpg)
Permohonan PKR rayu kes bayaran bon Zuraida didengar 17 April
Semua pihak terlibat diarah kemuka hujahan bertulis selewat-lewatnya 2 April dan satu lagi sesi pengurusan kes akan diadakan pada 7 April untuk kemas kini pematuhan kepada arahan mahkamah.
53 wilayah Thailand dilanda pencemaran debu halus
53 wilayah di Thailand dilanda pencemaran debu halus tahap berbahaya kepada kesihatan pada pagi Khamis menurut Agensi Pembangunan Teknologi Geo-informatik dan Angkasa (Gistda).
Puteri Thailand anugerahkan kain diraja rekaan sendiri
Puteri Sirivannavari Nariratana Rajakanya berkenan menganugerahkan kain diraja "Siriraj Phasthra Phorn" yang direka oleh baginda sendiri kepada penenun dan artisan tempatan.
Galakkan digitalisasi usahawan wanita asia tenggara - Setiausaha Agung ASEAN
Setiausaha Agung ASEAN Dr. Kao Kim Hourn menggalakkan digitalisasi usahawan wanita di asia tenggara yang sering beri tumpuan kepada isu sosial yang diabaikan usahawan lelaki.
![BN hilang 27,000 undi Melayu pada PRK - Isham Jalil BN hilang 27,000 undi Melayu pada PRK - Isham Jalil](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/81694346884_IshamJalil.jpg)
BN hilang 27,000 undi Melayu pada PRK - Isham Jalil
BN kehilangan 27,000 undi Melayu pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Pulai dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram yang berlangsung pada Sabtu.
![PRK Johor: Nazri mahu dekati anak muda, beri kesedaran kepentingan mengundi PRK Johor: Nazri mahu dekati anak muda, beri kesedaran kepentingan mengundi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/41694335065_NazriAbdulRahman.jpg)
PRK Johor: Nazri mahu dekati anak muda, beri kesedaran kepentingan mengundi
Nazri Abdul Rahman daripada PH yang memenangi kerusi Dewan DUN Simpang Jeram semalam, bertekad mahu mendekati anak muda.
![PRK Johor: Kemenangan PH-BN bukti keabsahan Kerajaan Perpaduan - Ahmad Zahid PRK Johor: Kemenangan PH-BN bukti keabsahan Kerajaan Perpaduan - Ahmad Zahid](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/51694327020_ZahidHamidi.jpg)
PRK Johor: Kemenangan PH-BN bukti keabsahan Kerajaan Perpaduan - Ahmad Zahid
Kejayaan PH dan BN memenangi PRK Parlimen Pulai dan DUN Simpang Jeram menjadi bukti Kerajaan Perpaduan diterima rakyat, kata Ahmad Zahid.
![PRK: Kemenangan PH isyarat Johor tolak politik guna agama - Sheikh Umar PRK: Kemenangan PH isyarat Johor tolak politik guna agama - Sheikh Umar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/61694322197_TBSHEIKHUMAR.jpg)
PRK: Kemenangan PH isyarat Johor tolak politik guna agama - Sheikh Umar
Kemenangan PH memberi isyarat rakyat Johor tidak menerima politik yang mempergunakan agama secara keterlaluan.
![PRK Pulai: Enam kali kalah, sebab Pas sukar diterima di Johor - Suhaizan PRK Pulai: Enam kali kalah, sebab Pas sukar diterima di Johor - Suhaizan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/41694275193_SuhaizanKaiat.jpg)
PRK Pulai: Enam kali kalah, sebab Pas sukar diterima di Johor - Suhaizan
Suhaizan menyifatkan, kekalahan enam kali beliau sebelum ini yang bertanding atas tiket Pas, adalah kerana parti itu sukar diterima di Johor.
![PRK Johor: Kemenangan PH bukan undi simpati - Suhaizan PRK Johor: Kemenangan PH bukan undi simpati - Suhaizan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/41694274199_SuhaizanKaiat.jpg)
PRK Johor: Kemenangan PH bukan undi simpati - Suhaizan
Suhaizan menegaskan ia sebuah kemenangan yang meyakinkan termasuk di kerusi Parlimen Pulai yang menyaksikan beliau memperoleh lebih 18,000 majoriti.
![PRK Pulai: 'Orang kepercayaan' Salahuddin menang majoriti lebih 18,000 PRK Pulai: 'Orang kepercayaan' Salahuddin menang majoriti lebih 18,000](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/41694269001_TBSUHAIZANKAYAT.jpg)
PRK Pulai: 'Orang kepercayaan' Salahuddin menang majoriti lebih 18,000
Ini merupakan percubaan kali ketujuh Suhaizan dalam pilihan raya, sekali gus 'menamatkan kemarau' kemenangan beliau.
![PRK Simpang Jeram: Tidak mungkin saya menang tanpa kerjasama PH-BN - Nazri PRK Simpang Jeram: Tidak mungkin saya menang tanpa kerjasama PH-BN - Nazri](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/81694268876_TBNAZRIABDULRAHMAN.jpg)
PRK Simpang Jeram: Tidak mungkin saya menang tanpa kerjasama PH-BN - Nazri
Nazri berkata, ia sekali gus mematikan stigma kononnya kerjasama itu ditolak dan berlaku usaha untuk memboikot bagi memastikan kekalahan Kerajaan Perpaduan.
![PRK: PH menang di DUN Simpang Jeram, jurutera pilihan pengundi PRK: PH menang di DUN Simpang Jeram, jurutera pilihan pengundi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/41694269813_TBPRKMUAR.jpg)
PRK: PH menang di DUN Simpang Jeram, jurutera pilihan pengundi
Pakatan Harapan (PH) berjaya meneruskan tampuk pimpinan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram, sekali gus melenyapkan stigma gelombang Perikatan Nasional (PN) di kawasan itu.
![[TIDAK RASMI]: 2-0, PH mendahului di Parlimen Pulai, DUN Simpang Jeram [TIDAK RASMI]: 2-0, PH mendahului di Parlimen Pulai, DUN Simpang Jeram](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-12/81640175701_SuhaizanKayatSpea.jpg)
[TIDAK RASMI]: 2-0, PH mendahului di Parlimen Pulai, DUN Simpang Jeram
Keputusan tidak rasmi menyaksikan Pakatan Harapan (PH) berjaya mengekalkan kerusi Parlimen Pulai dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) yang berlangsung pada Sabtu