KUALA LUMPUR: Tiada lagi mangsa banjir ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Selangor dan jumlah mangsa banjir di Perak menyusut kepada 349 penduduk daripada 103 keluarga yang masih ditempatkan di lima PPS di Hilir Perak dan Kerian, malam ini.
Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia Negeri Selangor memaklumkan empat PPS terakhir di negeri itu telah ditutup.
PPS berkenaan ialah ialah Dewan Orang Ramai Jenderam Hilir, Sekolah Menengah Kebangsaan Dengkil dan Dewan Orang Ramai Dengkil di Daerah Sepang, serta Dewan Orang Ramai Kampung Bukit Changgang di Kuala Langat.
Di Perak, jumlah mangsa banjir semakin berkurangan dengan 349 penduduk daripada 103 keluarga berbanding 423 penduduk daripada 127 keluarga pagi tadi yang masih ditempatkan di lima PPS di Hilir Perak dan Kerian.
Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Perak dalam satu kenyataan memaklumkan di Hilir Perak, 169 orang daripada 50 keluarga masih berada di PPS Dewan Serbaguna Padang Tembak manakala PPS Dewan Majlis Perbandaran Teluk Intan pula menempatkan seramai 66 orang daripada 22 keluarga.
"Di PPS Dewan Serbaguna Chikus pula menempatkan seramai 34 mangsa daripada lapan keluarga.
Mangsa banjir di Daerah Kerian pula berkurangan kepada 23 orang daripada empat keluarga yang ditempatkan di PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Changkat Lobak dan mangsa di PPS SK Alor Pongsu masih kekal iaitu 57 orang daripada 19 keluarga," menurut kenyataan itu.
--BERNAMA
Bernama
Sun Nov 12 2023

Di Perak, jumlah mangsa banjir semakin berkurangan dengan 349 penduduk daripada 103 keluarga berbanding 423 penduduk daripada 127 keluarga pagi tadi. - Gambar fail/APM

Peristiwa pelanggan kurang mampu cetus ilham Khairruni jual kuih raya RM6
Idea untuk menjual biskut raya pada harga murah tercetus setelah Khairruni berbincang dengan anaknya susulan insiden menyentuh hati itu.

Samsung bakal perkenal peralatan rumah pintar berasaskan AI minggu depan
Home AI ialah ekosistem canggih yang menawarkan pengalaman rumah pintar yang lebih lancar dan intuitif.

KDN cadang pusat pemulihan bekas penagih diperluas
Kewujudan Rumah Perantaraan merupakan langkah berkesan dalam membantu bekas penagih dadah menyesuaikan diri selepas menjalani pemulihan.

Malaysia hasrat jadi sebahagian daripada 'kisah semikonduktor' India - Liew
Liew berkata Malaysia berminat untuk menjadi sebahagian daripada "kisah semikonduktor" India dengan menawarkan kepakaran dalam bidang utama.

Rusia, Ukraine laksana pertukaran tahanan terbaharu
Kementerian Pertahanan Rusia umum 175 anggota tenteranya dibebaskan dari wilayah yang dikuasai Ukraine hasil rundingan yang dijalankan.
Prestasi S&P 500: Sehingga 20 Mac 2025
MarketWatch menyediakan tinjauan menyeluruh mengenai Indeks S&P 500, merangkumi berita terkini pasaran saham, data dagangan, dan analisis pergerakan pasaran. Saham dalam Indeks Standard & Poor’s 500 dikategorikan mengikut sektor dan industri, memudahkan pemahaman corak prestasi pasaran. Saiz setiap saham mencerminkan permodalan pasaran, menunjukkan kekuatan dan kedudukan syarikat-syarikat utama dalam pasaran.
Wall Street melonjak selepas Fed kekalkan kadar faedah
Wall Street melonjak selepas Rizab Persekutuan mengekalkan kadar faedah tidak berubah, sambil memberi isyarat kemungkinan pemotongan kadar tahun ini di tengah-tengah ketidaktentuan ekonomi. Pelabur menilai pendirian Fed bersama dasar tarif Presiden Trump yang boleh mempengaruhi inflasi dan pertumbuhan ekonomi. Indeks S&P 500, Nasdaq, dan Dow ditutup lebih tinggi dengan jangkaan pemotongan kadar dalam beberapa bulan akan datang.

Ismail Sabri hadir di Ibu Pejabat SPRM untuk hari kelima
Bekas Perdana Menteri itu tiba dengan menaiki kenderaan berwarna hitam jenis Vellfire sambil diiringi polis pengiring.
AWANI Ringkas: Isu bina masjid di Jalan Masjid India
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Fed kekal berhati-hati di tengah ketidaktentuan tarif
Rizab Persekutuan mengekalkan kadar faedah tidak berubah dan memberi isyarat pemotongan sebanyak 0.5% menjelang akhir tahun. Namun, Pengerusi Fed, Jerome Powell, menegaskan bahawa keputusan selanjutnya bergantung kepada kejelasan dasar pentadbiran Trump. Fed turut menyemak unjuran inflasi kepada 2.7% dan menurunkan prospek pertumbuhan ekonomi kepada 1.7%. Saham AS meningkat susulan kenyataan ini, manakala pedagang melihat kemungkinan besar pemotongan kadar bermula Jun.

Johor, Sabah dilanda banjir, 14 PPS dibuka
Terdapat 893 mangsa daripada 257 keluarga yang terjejas dan telah dipindahkan ke PPS.

Mangsa banjir di Beaufort tinggal 407 orang
Hanya empat PPS masih beroperasi iaitu Dewan PSP Dun Banir, Dewan Bisaya, Dewan Residensi Prima dan Dewan Kukut yang dibuka sejak 8 Mac.

Mangsa banjir di Sabah semakin berkurangan malam ini
Jumlah mangsa yang berlindung di pusat pemindahan sementara (PPS) di Sabah berkurangan kepada 2,308 orang daripada 803 keluarga setakat 8 malam ini.

Jumlah mangsa banjir di Sabah menurun kepada 2,655 orang pagi ini
Jumlah mangsa banjir berlindung di PPS di Sabah menurun kepada 2,655 orang daripada 916 keluarga setakat 8 pagi ini.

Mangsa banjir di Sabah 4,530 orang tengah hari ini
Jumlah mangsa banjir berlindung di 29 pusat pemindahan sementara (PPS) di Sabah tidak banyak berubah tengah hari ini, iaitu 4,530 orang.

Banjir: Jumlah mangsa meningkat kepada 4,122 orang di Sabah, 352 di Sarawak pagi ini
Sekretariat JPBN Sabah dalam kenyataan memaklumkan, lapan PPS di Tenom menempatkan 743 orang daripada 276 keluarga.

Jumlah mangsa banjir di Sabah semakin meningkat, Sarawak kekal
Keadaan banjir di Sabah dilaporkan semakin buruk manakala jumlah mangsa di Sarawak yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) kekal malam ini.

418 mangsa dipindahkan di Beaufort, Membakut mula dilanda banjir
Seramai 418 orang daripada 121 dipindahkan di Beaufort akibat banjir setakat 8 pagi ini, manakala daerah Membakut mula dilanda banjir.

Banjir di Melaka hampir pulih
Banjir yang melanda Melaka sejak Khamis kini hampir pulih, dengan hanya sembilan mangsa masih berada di PPS setakat 8 pagi ini.

Mangsa banjir di Melaka meningkat kepada 330 orang pagi ini
Kesemua mereka melibatkan penduduk yang terjejas di dua daerah, iaitu Melaka Tengah dan Jasin, dengan mangsa ditempatkan di lima PPS.