Thu Mar 20 2025
AWANI Ringkas: Isu bina masjid di Jalan Masjid India
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Malaysia hasrat jadi sebahagian daripada ‘kisah semikonduktor’ India – Liew
Timbalan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Liew Chin Tong turut menekankan bahawa banyak syarikat asing yang kini melabur di India sebenarnya telah lama beroperasi di Malaysia, sekali gus membuka peluang kepada hubungan perniagaan tiga hala.
Pasaran modal meningkat kepada RM4.2 trilion pada 2024 berikutan minat belian kukuh - SC
Pasaran modal Malaysia kekal berdaya tahan dan teratur, sambil terus melaksanakan peranan asasnya dalam membolehkan dan memudahkan penjanaan modal untuk membiayai ekonomi domestic.
CILTM Sabah sokong pertumbuhan Labuan sebagai hab maritim serantau
Doughty berkata salah satu inisiatif utama yang dibincangkan adalah penyertaan dalam Persidangan dan Pameran Minyak, Gas Tenaga Sabah (SOGCE) 2025, pada Julai ini.
Versa kumpul RM30 juta untuk kembang simpanan, platform pelaburan
Dana terbaru Versa diperoleh melalui pusingan pelaburan siri a - pusingan pembiayaan peringkat awal yang direka untuk membantu syarikat pemula mempercepatkan pertumbuhan.
Perdagangan Malaysia meningkat 5.9 peratus kepada RM223.9 bilion
Jumlah dagangan mencatat pertumbuhan berterusan 5.9 peratus kepada RM223.9 bilion, didorong oleh peningkatan eksport (+6.2 peratus) kepada RM118.3 bilion dan import (+5.5 peratus) kepada RM105.6 bilion.
Farm Fresh meriahkan raya dengan ‘Bawa Balik Yang Itu’
Syarikat tenusu nombor satu tempatan, Farm Fresh mencipta kelainan menerusi iklan raya 'Bawa Balik Yang itu' mengisahkan seorang anak muda yang berusaha memenuhi permintaan ibunya untuk menyempurnakan hari raya mereka.
Syarikat, ahli korporat sumbang RM1.96 juta kepada anggota ATM
Sumbangan kewangan yang diterima adalah sebanyak RM1,777,500 manakala nilai barangan RM178,920, menjadikan jumlah keseluruhan sumbangan bernilai RM1,956,429.
DBKL ada tanggungjawab sosial lindungi kepentingan kuil
Pengurusan Kuil Dewi Sri Pathra Kaliamman menegaskan kuil itu perlu kekal di atas tapak kerana usianya yang sudah menjangkau 130 tahun, serta berfungsi sebagai pusat kebudayaan selain rumah ibadat.
Ops Bersih Ramadan: Wujud sindiket seludup pengemis warga Thailand ke Kelantan
Majlis Perbandaran Kota Bharu-Bandar Raya Islam mendedahkan wujud kegiatan sindiket yang membawa masuk pengemis dari Thailand untuk mengemis di beberapa lokasi sekitar bandar Kota Bharu, Kelantan.
Pantau Agenda Reformasi: Tempoh had 10 tahun perkhidmatan PM
Ikuti ulasan Pensyarah UiTM Cawangan Sarawak, Ahmad Farhan Rosli mengenai keperluan dan rasional pelaksanaan had tempoh perkhidmatan Perdana Menteri kepada 10 tahun.
AWANI Ringkas: Aidilfitri: Diskaun tol akan diumum dalam masa terdekat
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Mercun: Ibu bapa perlu serius pantau pergerakan anak-anak - Raja Muda Kedah
Raja Muda Kedah, Tengku Sarafudin Badlishah Sultan Sallehuddin menitahkan agar golongan ibu bapa sentiasa memantau dan mengawasi pergerakan anak-anak terutamanya melibatkan aktiviti bermain mercun bagi mengelakkan berlaku kejadian yang tidak diingini.
[TERKINI] Ismail Sabri selesai beri keterangan hari kelima di ibu pejabat SPRM
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob selesai beri keterangan hari kelima di Ibu Pejabat SPRM berhubung siasatan kes penemuan wang tunai dalam pelbagai mata wang asing serta jongkong emas yang secara keseluruhan berjumlah RM177 juta.
Banjir: 20 sekolah di Johor terjejas, situasi dijangka memburuk
Sebanyak 20 buah sekolah di Johor terjejas susulan bencana banjir yang melanda negeri itu melibatkan lima daerah merangkumi Johor Bahru, Kulai, Pontian, Kota Tinggi dan Kluang.
[TERKINI] Aidilfitri: Diskaun tol akan diumum dalam masa terdekat
Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, kerajaan akan membuat pengumuman dalam masa terdekat berhubung pemberian diskaun tol 50 peratus sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri.