KOTA TINGGI: Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) menjenamakan semula Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) kepada Program Perumahan Rakyat Sejahtera (PPRS).
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah berkata penjenamaan semula itu bertujuan menukar persepsi masyarakat setempat dan minda penghuni program perumahan berkenaan.
Langkah itu juga katanya, turut melibatkan penambahbaikan spesifikasi rumah PPRS kepada 680 kaki persegi berbanding 600 kaki persegi sebelum ini dan pengenalan konsep rent-to-own atau sewa untuk beli bagi penghuni yang bercadang memiliki rumah yang didiami.
Ahmad Zahid yang ditemui pemberita selepas menyampaikan rumusan Program Pemukiman KKDW di sini hari ini berkata penambahbaikan keluasan rumah berkenaan dibuat berdasarkan standard dan piawaian dasar perumahan negara.
"Saya harap program ini akan diikuti oleh kementerian lain yang terlibat dalam penyediaan rumah untuk rakyat terutama Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), kerajaan negeri, jabatan perumahan negeri serta pihak berkuasa tempatan (PBT).
"Konsep ini kita mesti lakukan perubahan dan bukan hanya ikut dasar perumahan negara, tetapi juga lebih menyeluruh dalam menukar minda dan citarasa kepada pihak berkepentingan yang terlibat terutama pembeli dan penghuni rumah-rumah kos rendah berkenaan," katanya.
Ahmad Zahid berkata bagi 2024, KKDW telah memperuntukkan RM460.4 juta untuk membina 3,000 unit PPRS baharu dan membaik pulih 12,600 unit sedia ada.
Kementerian juga katanya, merancang untuk membina lebih banyak PPRS di bawah Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13).
"Bagi RMK12, lebih 10,000 unit telah dibina. RMK13 kita sedang rancang lebih banyak kerana kita tahu kos boleh dikurangkan terutama kos pembelian tanah, kos untuk infrastruktur jalan atau lorong masuk ke kawasan perumahan dapat dikongsi bersama kerajaan negeri, PBT dan syarikat-syarikat kerajaan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jul 26 2024
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi ketika sidang media pada Program Pemukiman Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) Bersama Syarikat Milikan Agensi KKDW di Desaru Convention Center hari ini. - Foto Bernama
Lebih 5,000 pekerja Starbucks di AS mogok, libat 300 kedai
Kesatuan pekerja mendakwa lebih 290 kedai "ditutup sepenuhnya" dan lebih 300 kedai melancarkan mogok di 45 negeri.
Tinjauan 2025: Peranan aktif belia mencorak dasar ekonomi, sosial
Menurut United Nations Youth Office, 1.9 bilion belia berusia 10 hingga 24 tahun, ini merupakan generasi belia terbesar dalam sejarah, memberi peluang besar untuk mereka memimpin perubahan. Namun, suara mereka sering terpinggir, dengan kurang dari 3 peratus penggubal dasar berusia bawah 30 tahun dan kurang dari 1 peratus wanita muda dalam politik. Dalam konteks ini, bagaimana Malaysia boleh mengambil pendekatan proaktif bagi memperkasa belia untuk memainkan peranan penting dalam membentuk dasar ekonomi dan sosial negara?
AWANI Ringkas: TPM: Fahami kepentingan perpaduan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Iran angkat sekatan ke atas WhatsApp, Google Play
Langkah ini merupakan antara usaha pertama untuk mengurangkan sekatan internet di negara tersebut.
#AWANIRingkas 25 Disember 2024 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 25 Disember 2024
1️⃣ TPM: Fahami kepentingan perpaduan
2️⃣ Tangani jenayah seksual kanak-kanak
3️⃣ Tragedi di Lebuhraya PLUS
#awaniringkas
1️⃣ TPM: Fahami kepentingan perpaduan
2️⃣ Tangani jenayah seksual kanak-kanak
3️⃣ Tragedi di Lebuhraya PLUS
#awaniringkas
Framing sustainable business as a gift for the future
Reflecting on 2024, businesses can turn key learnings into actionable steps to make sustainability a central part of their plans for the year ahead. Hoe can businesses can integrate sustainability into daily operations, making it a consistent driver of growth and positive change. Together with Associate Consultant at Tata Consultancy Services, Wan Dazriq explores on forward-thinking strategies for a sustainable and innovative 2025.
Lelaki maut selepas tikam bekas kekasih
Suspek yang cuba melarikan diri dari pihak berkuasa, bertindak terjun pada ketinggian 10 meter dan disahkan meninggal dunia.
Angka kematian akibat Taufan Chido meningkat kepada 39 orang
Pihak berkuasa Perancis menjangkakan ribuan lagi mungkin telah terkorban akibat taufan itu yang melanda Mayotte.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [25 Disember 2024]
Antara fokus Awani Pagi bersama Afiezy Azaman & Nursyazwani Saiful Sham
1. PM mahu usaha tanam bibit pertentangan kaum dielakkan
2. Op Pedo: 13 lelaki miliki pornografi, bahan deraseksual kanak-kanak ditahan
3. Nahas Ayer Keroh, ambil kira aspek keselamatan di jalan raya
1. PM mahu usaha tanam bibit pertentangan kaum dielakkan
2. Op Pedo: 13 lelaki miliki pornografi, bahan deraseksual kanak-kanak ditahan
3. Nahas Ayer Keroh, ambil kira aspek keselamatan di jalan raya
Harmony Kitchen Gaza salur makanan kepada 4,000 penduduk sehari
Rakyat Malaysia tidak lupa untuk terus memberi sumbangan bagi meringankan beban yang ditanggung mangsa.
KKDW sedia rumah baharu, baik pulih kediaman di desa terjejas banjir - Ahmad Zahid
Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah akan menyediakan rumah baharu atau membaik pulih kediaman di kawasan desa yang terjejas akibat banjir kali ini.
Pihak berwajib diharap atasi masalah jalan rosak di Pos Gob sebelum musim tengkujuh
Tindakan segera perlu diambil kerana laluan itu merupakan jalan perhubungan untuk kanak-kanak ke sekolah dan membawa pesakit bagi kes kecemasan.
PPRT kini dikenali sebagai Program Perumahan Rakyat Sejahtera - Ahmad Zahid
Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah menjenamakan semula Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) kepada Program Perumahan Rakyat Sejahtera (PPRS).
MARA Inc: KKDW cari jalan atasi kerugian agar tidak berulang - Ahmad Zahid
KKDW akan mencari jalan untuk mengatasi kerugian MARA Inc berjumlah RM286.30 juta seperti dilaporkan Laporan Ketua Audit Negara.
Purata pendapatan pekebun kecil RISDA meningkat 40 peratus setakat Mei
Purata pendapatan pekebun kecil getah meningkat kepada RM436 sebulan iaitu peningkatan sebanyak 40 peratus setakat Mei lepas.
Zainal Azni dilantik Ketua Pengarah RISDA ke-17
Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah mengumumkan pelantikan Zainal Azni Zulkifli sebagai Ketua Pengarah RISDA yang ke-17.
Projek pembangunan luar bandar perlu disempurnakan sebaiknya - Ahmad Zahid
Setiap pemegang taruh dalam ekosistem pembangunan luar bandar perlu memastikan program atau projek pembangunan yang sedang dilaksanakan dapat disempurnakan sebaiknya.
RM1.06 bilion bangunkan projek infrastruktur di Sabah tahun ini - Ahmad Zahid
Kerajaan memperuntukkan sebanyak RM1.06 bilion bagi membangunkan 224 projek infrastruktur di Sabah pada tahun ini.
Zahid arah penubuhan jawatankuasa pantau pelaksanaan 62 program KKDW
Penubuhan jawatankuasa itu akan dapat memastikan penganjurannya dilaksanakan dengan penuh etika, beramanah dan bertanggungjawab.
KKDW pantau KPI 100 syarikat, agensi - Ahmad Zahid
Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) membuat pemantauan terhadap petunjuk prestasi utama (KPI) yang membabitkan 100 syarikat dan anak syarikat di bawah kementerian itu.