PASIR MAS: Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) akan mencari jalan untuk mengatasi kerugian MARA Incorporated Sdn Bhd (MARA Inc) berjumlah RM286.30 juta seperti dilaporkan Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) supaya tidak berulang lagi pada masa akan datang.
Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri KKDW Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata walaupun proses memulihkan kerugian itu mengambil masa yang agak lama tetapi beliau akan memastikan tidak berlaku pecah amanah, penyelewengan dan salah guna kuasa di bawah anak syarikat MARA.
"Kerugian MARA Inc ini berlaku sejak tahun 2012 lagi dan saya akan cari jalan untuk mengatasi masalah itu sekarang supaya tidak berulang.
"Kita bukan mahu mencari salah, namun kerugian yang dilaporkan disebabkan salah pelaburan dan pelaburan yang melampau kerana beberapa aset yang dibeli di luar negara melebihi harga pasaran," katanya.
Beliau berkata demikian selepas merasmikan Majlis Sambutan Karnival Kerjaya dan Sukan Anak Muda MADANI 1.0 di Sekolah Kebangsaan Sultan Ibrahim 1, di sini, hari ini.
Semalam, Ketua Pengarah Majlis Amanah Rakyat (MARA) Datuk Seri Azhar Abdul Manaf berkata kerugian terkumpul sejak 2012 hingga 2022 itu sebahagiannya adalah melibatkan urusan pembelian aset di luar negara, khususnya di Australia dan United Kingdom antara 2012 hingga 2014.
Menerusi LKAN Siri 2 2024 yang dibentang di Dewan Rakyat pada Rabu lalu memaklumkan jumlah kerugian terkumpul ditanggung MARA Inc menurun 3.8 peratus daripada RM297.63 juta pada 2021 kepada RM286.30 juta pada 2022.
Penurunan itu disumbang oleh peningkatan prestasi kewangan kumpulan, apabila merekodkan keuntungan sebelum cukai berjumlah RM11.67 juta bagi tahun 2022.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jul 06 2024

Ahmad Zahid berucap ketika merasmikan Majlis Sambutan Karnival Kerjaya dan Sukan Anak Muda MADANI 1.0 di Sekolah Kebangsaan Sultan Ibrahim 1, hari ini. - Foto Bernama

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Nilai pelaburan asing diluluskan Januari-September 2024 berjumlah RM254.7 bilion
Jumlah itu melibatkan 4,753 projek dan dijangka menjana sebanyak 159,347 peluang pekerjaan baharu.
10 Berita Pilihan - (19 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Ahmad Zahid cadang penilaian pihak ketiga untuk inisiatif KKDW
Ahmad Zahid yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah berkata cadangan itu bagi memastikan setiap tindakan yang diambil KKDW benar-benar memenuhi keperluan dan harapan rakyat.

KKDW sedia rumah baharu, baik pulih kediaman di desa terjejas banjir - Ahmad Zahid
Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah akan menyediakan rumah baharu atau membaik pulih kediaman di kawasan desa yang terjejas akibat banjir kali ini.

Pihak berwajib diharap atasi masalah jalan rosak di Pos Gob sebelum musim tengkujuh
Tindakan segera perlu diambil kerana laluan itu merupakan jalan perhubungan untuk kanak-kanak ke sekolah dan membawa pesakit bagi kes kecemasan.

PPRT kini dikenali sebagai Program Perumahan Rakyat Sejahtera - Ahmad Zahid
Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah menjenamakan semula Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) kepada Program Perumahan Rakyat Sejahtera (PPRS).

MARA Inc: KKDW cari jalan atasi kerugian agar tidak berulang - Ahmad Zahid
KKDW akan mencari jalan untuk mengatasi kerugian MARA Inc berjumlah RM286.30 juta seperti dilaporkan Laporan Ketua Audit Negara.

Purata pendapatan pekebun kecil RISDA meningkat 40 peratus setakat Mei
Purata pendapatan pekebun kecil getah meningkat kepada RM436 sebulan iaitu peningkatan sebanyak 40 peratus setakat Mei lepas.

Zainal Azni dilantik Ketua Pengarah RISDA ke-17
Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah mengumumkan pelantikan Zainal Azni Zulkifli sebagai Ketua Pengarah RISDA yang ke-17.

Projek pembangunan luar bandar perlu disempurnakan sebaiknya - Ahmad Zahid
Setiap pemegang taruh dalam ekosistem pembangunan luar bandar perlu memastikan program atau projek pembangunan yang sedang dilaksanakan dapat disempurnakan sebaiknya.

RM1.06 bilion bangunkan projek infrastruktur di Sabah tahun ini - Ahmad Zahid
Kerajaan memperuntukkan sebanyak RM1.06 bilion bagi membangunkan 224 projek infrastruktur di Sabah pada tahun ini.

Zahid arah penubuhan jawatankuasa pantau pelaksanaan 62 program KKDW
Penubuhan jawatankuasa itu akan dapat memastikan penganjurannya dilaksanakan dengan penuh etika, beramanah dan bertanggungjawab.