KUALA LUMPUR: Setiap pemegang taruh dalam ekosistem pembangunan luar bandar perlu memastikan program atau projek pembangunan yang sedang dilaksanakan dapat disempurnakan sebaiknya bagi membolehkan rakyat menerima manfaat dengan segera.
Perkara itu ditekankan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi ketika mempengerusikan Mesyuarat Tindakan Pembangunan Kementerian (MTPK) Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) Bilangan 1 Tahun 2024 hari ini.
Ahmad Zahid yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah berkata bagi tahun ini, kementerian itu telah menerima peruntukan pembangunan berjumlah RM7.44 bilion yang melibatkan 1,763 program atau projek.
"Alhamdulillah prestasi kementerian menepati Petunjuk Prestasi Utama (KPI) yang ditetapkan.
"Namun, saya tekankan di dalam mesyuarat tadi ialah prestasi perbelanjaan tidak boleh dijadikan kayu pengukur semata-mata, tetapi yang lebih penting projek dan program dilaksanakan dapat dirasai dan dimanfaati oleh rakyat," katanya dalam catatan di Facebook.
Mengenai mesyuarat berkenaan, Ahmad Zahid berkata ia bertujuan memperhalusi Prestasi Pelaksanaan Projek Pembangunan KKDW sepanjang tahun ini.
"Saya percaya mesyuarat ini adalah platform yang penting dalam memastikan perancangan, strategi dan pelaksanaan program atau projek kementerian dapat berjalan lancar.
"Dengan kehadiran wakil-wakil Kementerian Kewangan, Kementerian Ekonomi, Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) serta wakil-wakil kementerian dan agensi yang berkaitan, saya yakin dapat memastikan urusan pembangunan desa dapat diuruskan dengan sempurna," katanya.
Dalam hantaran berasingan, Ahmad Zahid berkata satu Bengkel Hala Tuju Strategik Program dan Projek Pembangunan KKDW telah diadakan selepas mesyuarat berkenaan bagi memperhalusi status pelaksanaannya di peringkat negeri.
"Saya mulakan dengan Perlis dan saya pastikan kordinasi dilakukan di peringkat pusat bagi memastikan pelaksanaan program atau projek KKDW dapat berjalan dengan lancar dan seterusnya memberi impak besar kepada kesejahteraan masyarakat desa terutamanya yang melibatkan pembangunan di negeri-negeri.
"Ini juga bagi memastikan pembangunan di setiap negeri dapat dilaksanakan mengikut keperluan dan kesesuaian semasa," katanya.
Ahmad Zahid juga optimis mesyuarat dan bengkel berkenaan akan dapat menghasilkan satu laporan yang komprehensif berhubung hala tuju dan strategi pembangunan di negeri-negeri untuk membangun secara saksama dan sejahtera.
-- BERNAMA
Bernama
Mon May 20 2024
Ahmad Zahid berkata bagi tahun ini, kementerian itu telah menerima peruntukan pembangunan berjumlah RM7.44 bilion yang melibatkan 1,763 program atau projek. - Gambar fail/Bernama
Saya hampir putus asa - Neymar dedah kecederaan ACL hampir paksa dirinya bersara
Penyerang Al-Hilal itu hanya bermain 29 minit sejak Oktober lalu, apabila dia mengalami kecederaan lutut yang serius.
Guardiola lanjut kontrak dua tahun lagi bersama Manchester City
Lanjutan kontrak itu menjadikannya pengurus City yang paling lama berkhidmat sejak Les McDowall pada 1963.
Harga santan cecah RM16 sekilogram
Peniaga mengakui terpaksa menaikkan harga santan sehingga RM2 berikutan berlaku kenaikan harga kelapa di peringkat pembekal.
Bekas pemain Manchester United jadi posmen
Dia hanya bermain dua perlawanan untuk pasukan utama United di bawah kendalian Sir Alex Ferguson sebelum ke Sheffield Wednesday pada 2015.
Jumlah pemegang sijil halal pengusaha perniagaan meningkat
Setakat 10 november, sebanyak 1,926 syarikat yang mewakili 10,814 premis makanan sudah menerima sijil halal melalui skim premis halal.
Malaysia kesal UNSC gagal lulus resolusi gencatan senjata
Malaysia amat kecewa dengan kegagalan sekali lagi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC).
Ia susulan badan itu gagal menerima pakai resolusi bagi mengenakan gencatan senjata dan memudah cara penyaluran segera perkhidmatan asas dan bantuan kemanusiaan di Gaza.
Ia susulan badan itu gagal menerima pakai resolusi bagi mengenakan gencatan senjata dan memudah cara penyaluran segera perkhidmatan asas dan bantuan kemanusiaan di Gaza.
'Piecemeal' lewat terima bayaran isu terpencil - RTM
Isu kelewatan bayaran perkhidmatan seorang pekerja sambilanĀ (piecemeal) Jabatan Penyiaran (RTM) yang tular ketika ini di media sosial ialah isu terpencil.
Jabatan Penyiaran dalam satu kenyataan memaklumkan aduan ituĀ dibuat oleh seorang 'Piecemeal' yang baharu mula bertugas dengan RTM bulan lepas.
Jabatan Penyiaran dalam satu kenyataan memaklumkan aduan ituĀ dibuat oleh seorang 'Piecemeal' yang baharu mula bertugas dengan RTM bulan lepas.
Veteran ATM meninggal dunia ketika hadiri majlis di MAEPS
Md Abadi meninggal dunia di Hospital Serdang sekitar 2.30 petang, menurut kenyataan Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah.
Netflix disaman atas isu penstriman pertarungan Tyson-Paul
Seorang pelanggan Netflix memfailkan saman tindakan kelas terhadap gergasi penstriman itu berhubung isu teknikal semasa pertarungan Mike Tyson-Jake Paul.
Saman itu difailkan Ronald "Blue" Denton di Mahkamah Negeri Florida awal minggu ini.
Saman itu difailkan Ronald "Blue" Denton di Mahkamah Negeri Florida awal minggu ini.
38 terbunuh diserang lelaki bersenjata di Pakistan
38 terbunuh manakala 29 yang lain cedera selepas kenderaan dinaiki mereka diserang lelaki bersenjata di Pakistan pada Khamis.
Menurut seorang pegawai tempatan, Nadeem Aslam Chaudhry insiden itu berlaku ketika mereka melalui sebuah kawasan pedalaman ketika dalam perjalanan ke Peshawar.
Menurut seorang pegawai tempatan, Nadeem Aslam Chaudhry insiden itu berlaku ketika mereka melalui sebuah kawasan pedalaman ketika dalam perjalanan ke Peshawar.
MIHAS@Dubai capai kejayaan luar biasa, catat jualan RM500 juta hari pertama
MIHAS@Dubai yang julung kali diadakan dari 18 hingga 20 November 2024 menterjemahkan pencapaian penting bagi industri halal Malaysia.
Universiti AI Mohamed bin Zayed, UniKL bakal berkolaborasi bangunkan fakulti AI di Malaysia
Universiti Kuala Lumpur (UniKL) di bawah Majlis Amanah Rakyat (Mara) akan mendapat kerjasama Mohamed bin Zayed Universiti of Artificial Intelligence bagi membangunkan fakulti kecerdasan buatan (AI).
Penganjuran MIHAS@Dubai perkukuh permintaan produk halal di rantau MENA
Hubungan perdagangan yang kukuh antara Malaysia dan UAE dalam industri halal telah menyokong permintaan serta memupuk kepercayaan yang tinggi terhadap produk halal premium Malaysia.
Kepakaran Space42 dalam AI berpotensi tingkat keupayaan Malaysia - Ahmad Zahid
Teknologi ini memperkukuh infrastruktur komunikasi negara dan memastikan rakyat dapat nikmati akses digital yang lebih luas dan selamat.
Ahmad Zahid ucap tahniah pasukan MLBB Malaysia juarai kejohanan dunia
Ahmad Zahid menyifatkan meskipun menghadapi perlawanan sengit daripada pasukan Filipina, ia tidak menggugat semangat juang pasukan negara.
NADMA jalin kerjasama dengan NCEMA UAE - TPM Ahmad Zahid
pengalaman emiriah arab bersatu (uae) dalam menangani cabaran bencana dan krisis agak kompleks berbanding bencana yang kerap berlaku di malaysia seperti banjir, tanah runtuh dan jerebu akibat kemarau
TPM Ahmad Zahid lakukan lawatan rasmi ke UAE bermula 13 Nov
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi akan mengadakan lawatan rasmi ke Emiriah Arab Bersatu (UAE) dari 13 hingga 19 November ini.
Kos bina baharu rumah PPRS dinaikkan - TPM Ahmad Zahid
Kerajaan menaikkan peruntukan bagi membina rumah baharu di bawah Program Perumahan Rakyat Sejahtera (PPRS).
Bangunan Semarak20: Pengerusi, CEO Felcra Berhad diarah beri penjelasan kepada PAC
Ahmad Zahid akan mengarahkan Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif Felcra Berhad, memberi penjelasan kepada PAC berhubung prestasi penjualan bangunan Komersial Semarak20.
PRN: PH, BN Sabah wujudkan ruang komunikasi bagi gerak kerja bersama
Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) Sabah bersetuju mewujudkan ruang komunikasi bagi memurnikan gerak kerja bersama menjelang PRN Sabah nanti.