PUTRAJAYA: Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi telah mengarahkan beberapa jawatankuasa ditubuhkan bagi memantau pelaksanaan kesemua 62 program yang telah dibentuk bagi Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW).
Ahmad Zahid yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah berkata penubuhan jawatankuasa tersebut bukan sahaja dapat memacu kepada tercapainya matlamat dan objektif program, malah ia akan dapat memastikan penganjurannya dilaksanakan dengan penuh etika, beramanah dan bertanggungjawab.
Berucap pada Majlis Perhimpunan Bulanan KKDW Bulan Februari di sini hari ini, beliau berkata 62 program tersebut dibentuk ketika Program Pemukiman KKDW baru-baru ini yang melibatkan percambahan buah fikiran daripada kalangan pegawai kanan kementerian dan ahli akademik.
"KKDW perlu lebih memandang keterhadapan dalam merancang pembangunan kementerian ini secara jangka masa panjang.
"Saya mahu bulan Julai nanti kita adakan semula pelaksanaan 62 program yang dicadangkan ini dan kena memastikan proses pelaksanaan itu dibuat sebaiknya agar dapat menyusun semula keutamaan program untuk ia lebih memberi impak kepada rakyat," katanya.
Beliau berkata KKDW juga terlibat secara langsung dalam pelaksanaan Kongres Ekonomi Bumiputera (KEB) peringkat nasional yang akan berlangsung dari 29 Feb hingga 2 Mac depan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya.
Ahmad Zahid berkata selaras dengan matlamat KEB yang ingin memperkasakan pembangunan bumiputera untuk jangka masa panjang, terdapat 10 kluster yang memfokuskan peranan masing-masing sedang giat melaksanakan sesi libat urus untuk mendapatkan input berkaitan, seterusnya dibentangkan untuk dijadikan sebagai dasar KEB kali ini.
Ditemui pemberita selepas majlis perhimpunan bulanan itu, Ahmad Zahid berkata setakat 2 Feb, hanya 33.4 peratus atau 8,173 profil warga KKDW berdaftar dengan Sistem Pangkalan Data Utama (PADU) daripada keseluruhan 24,471 jumlah perjawatan sedia ada di bawah kementerian itu.
Ditanya mengenai punca peratusan pendaftaran yang rendah, beliau berkata kemungkinan wujud keraguan dalam kalangan kakitangan mengenai butiran peribadi masing-masing.
"Kami telah mengusahakan beberapa langkah dan kami akan pastikan mencapai angka 100 peratus pendaftaran pada pertengahan bulan ini," katanya.
Kerajaan pada 2 Jan lepas, melancarkan PADU iaitu pangkalan data utama negara yang selamat dan komprehensif ke arah digitalisasi dan penghasilan analitik yang tepat.
Semua rakyat Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas digalakkan mendaftar dan mengemas kini maklumat ke dalam sistem tersebut, bagi memastikan rakyat yang layak mendapat manfaat tidak tercicir daripada menerima subsidi bersasar, bantuan dan perlindungan sosial melalui sistem PADU.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Feb 08 2024

Ahmad Zahid (tengah) beramah mesra bersama hadirin pada Majlis Perhimpunan Bulanan Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah hari ini. --fotoBERNAMA
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Kanak-kanak mangsa cabul di masjid menangis, menjerit trauma
Menerusi satu video tular di platform Instagram, mangsa masih berada dalam keadaan menggigil semasa menceritakan detik hitam dirinya dicabul lelaki tersebut ketika bersolat Subuh.

'Fahmi pergi selepas ibu ucap kalimah syahadah di telinga'
Nuraini Mohamad Isa, 37 sempat mengucapkan dua kalimah syahadah ke telinga anaknya itu sebelum arwah menghembuskan nafas terakhir.
Malaysia manfaat peranan ASEAN perkasa pembangunan luar bandar - Ahmad Zahid
Malaysia akan memanfaatkan peranan ASEAN dalam memperkasa pembangunan luar bandar melalui perancangan serantau yang lebih kukuh dan bersepadu.
Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian, penyeludupan manusia dan pengubahan wang haram, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Polis Filipina tahan 450 individu terlibat judi online
Polis filipina menahan lebih 450 orang dalam serbuan terhadap operator permainan dalam talian atau judi online yang didakwa dikendalikan oleh warga China di Manila pada Khamis.
Lebuh raya hubungkan India-Myanmar-Thailand tergendala akibat konflik
Lebuh raya yang menghubungkan India-Myanmar-Thailand, bertujuan meningkatkan integrasi ekonomi ASEAN dan memperluas pengaruh India dalam perdagangan dan perniagaan di Asia Tenggara terus berdepan halangan.
Genai capai tahap guna nilai perniagaan tahun ini - AWS Thailand
Teknologi kecerdasan buatan (AI) generatif (GenAI) akan mencapai tahap penggunaan untuk nilai perniagaan tahun ini, beralih dari penggunaan dalam projek perintis pada tahun 2024.
Sokongan teguh Australia penting di sebalik perubahan keutamaan bantuan global- Ketua ASEAN
Setiausaha Agung ASEAN Dr Kao Kim Hourn menekankan kepentingan komitmen berterusan Australia terhadap pembangunan serantau, terutama ketika keutamaan bantuan global berubah susulan keputusan pentadbiran Donald Trump membekukan bantuan asing Amerika Syarikat.

Zahid arah penubuhan jawatankuasa pantau pelaksanaan 62 program KKDW
Penubuhan jawatankuasa itu akan dapat memastikan penganjurannya dilaksanakan dengan penuh etika, beramanah dan bertanggungjawab.