KUALA LUMPUR: Polis menahan empat individu yang disyaki terlibat dalam kejadian pergaduhan di Seksyen 5 Bandar Rinching, Semenyih, pada Khamis lalu.
Menurut Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan, kesemua suspek yang berumur 28 hingga 41 tahun itu kini direman sehingga Isnin.
Katanya, polis menerima panggilan jam 9.55 malam daripada orang awam mengenai kejadian pergaduhan di kawasan tersebut.
"Siasatan awal mendapati, seorang lelaki dalam keadaan mabuk telah datang ke sebuah gerai menjual burger sambil bercakap menggunakan perkataan kesat malah membaling tin minuman keras ke arah gerai tersebut sehingga berlaku perselisihan faham dengan peniaga gerai itu.
"Kejadian menjadi lebih tegang apabila lelaki mabuk itu telah mengeluarkan senjata pisau dan parang seterusnya cuba menyerang peniaga berkenaan sehingga berlaku rusuhan yang melibatkan campur tangan individu lain bagi meleraikan kejadian tersebut," katanya dalam satu kenyataan, pada Ahad.
Sehubungan itu, Mohd Zaid berkata, polis telah menahan empat lelaki untuk membantu siasatan dan merampas sebilah parang dan pisau serta topeng kain muka milik lelaki mabuk itu.
Beliau berkata, tiada kecederaan serius membabitkan mereka yang terlibat dalam kejadian tersebut.
"Kes disiasat dibawah Seksyen 148 Kanun Keseksaan kerana perbuatan merusuh menggunakan senjata di tempat awam.
"Orang awam diingatkan supaya tidak membuat sebarang spekulasi atau kenyataan yang tidak benar mengenai video yang telah tular mengenai kejadian ini yang boleh mengugat keharmonian di kalangan masyarakat dimana kejadian ini telah dapat diselesaikan dan masih dalam siasatan pihak polis," ujarnya.
Tambahnya, orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kes ini juga boleh menghubungi mana-mana balai polis terdekat atau Pegawai Penyiasat kes Insp. Hazrani bin Hashim di talian 019-7944442 bagi membantu siasatan.
Afiezy Azaman
Sun Mar 26 2023

Kesemua suspek yang berumur 28 hingga 41 tahun itu kini direman sehingga Isnin. - Foto media sosial

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Nilai pelaburan asing diluluskan Januari-September 2024 berjumlah RM254.7 bilion
Jumlah itu melibatkan 4,753 projek dan dijangka menjana sebanyak 159,347 peluang pekerjaan baharu.

Rusuhan bola sepak di Indonesia, penonton bertindak bakar padang
Rusuhan bola sepak di Indonesia, penonton bertindak bakar padang

Dua lelaki didakwa terlibat insiden langgar lari depan pusat hiburan
Dua lelaki didakwa merusuh bersenjatakan pisau dalam insiden langgar lari di Jalan Klang Lama.

Rusuhan penjara: 33 maut, 15 cedera di Mozambique
Rusuhan itu turut menyaksikan kira-kira 1,534 banduan melarikan diri, tetapi setakat ini 150 telah berjaya ditangkap semula.

2 lelaki tempatan ditahan kes gaduh antara penyokong bola sepak di LRT
Dua lelaki tempatan ditahan bagi membantu siasatan berhubung rusuhan membabitkan dua kumpulan penyokong bola sepak di Stesen LRT Bandar Tasik Selatan, tengah malam Sabtu.

Rusuhan London: Kanak-kanak seawal usia 12 tahun dijadual ke mahkamah
Turut hadir, isteri seorang Ahli Majlis Konservatif yang dituduh menggalakkan orang ramai menyerang hotel yang menempatkan pencari suaka.

PM UK Starmer batal cuti bersama keluarga, fokus tangani rusuhan
Perdana Menteri Britain Keir Starmer telah membatalkan rancangannya untuk bercuti ketika kerajaan terus memberi tumpuan kepada tindak balasnya berhubung kekacauan di negara itu.

Maklumat salah punca rusuhan di UK: Media sosial jadi dalang penyebarannya
Kebanjiran maklumat salah dalam talian dikenal pasti sebagai faktor utama dalam memburukkan lagi keadaan di UK.

Rakyat Britain sokong penglibatan tentera bagi hentikan rusuhan - Tinjauan
Sekitar 62 peratus rakyat Britain menyokong penglibatan tentera untuk menghentikan rusuhan yang tercetus minggu lalu.

PM Britain ikrar hukuman tegas ke atas perusuh
Starmer menyifatkan rusuhan didalangi golongan sayap kanan melampau yang mengambil kesempatan untuk mencetuskan keganasan.

Situasi di Bangladesh masih tidak menentu, kata Menteri Luar India
Jaishankar membuat kenyataan kepada Parlimen India untuk memberikan respons kerajaan terhadap perubahan politik di negara jiran itu.