GEORGE TOWN: Taktik sindiket menjadikan sebuah kondominium mewah di Tanjong Tokong Pulau Pinang sebagai makmal memproses dadah jenis heroin terbongkar selepas diserbu polis, pada Rabu dan Khamis lepas.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Kamarudin Md Din, berkata polis penahan dua lelaki dan merampas heroin base seberat 65.38 kilogram (kg), heroin (13.62kg) dan serbuk kafein (8.48kg) di kondominium tersebut.
Keseluruhan dadah itu dianggarkan bernilai RM5.78 juta.
Mengulas lanjut, katanya sepasukan polis JSJN Pulau Pinang melancarkan operasi sebelum berjaya menahan lelaki pertama berumur 46 tahun di Lebuh Raya Tun Dr Lim Chong Eu, pada 4 petang Selasa.
"Pihak polis pada mulanya mengekori kenderaan dipandu lelaki itu sebelum menahannya di kawasan lebuh raya terbabit dan hasil pemeriksaan tidak menemukan sebarang dadah bersama suspek, ekoran penahanan, kita menyerbu kawasan tempat letak kenderaan sebuah pasar raya di Alma, Bukit Mertajam dekat sini pada 8 malam hari yang sama.
"Di situ, polis menahan seorang lagi lelaki berumur 42 tahun dan susulan penahanan dua suspek terbabit, kami menyerbu sebuah kondominium mewah di Tanjung Tokong, di sini serta berjaya membongkar makmal memproses dadah jenis heroin di situ. Tiada suspek ditahan di rumah berkenaan," katanya pada sidang media di sini hari ini.
Mohd Kamarudin berkata berdasarkan siasatan awal, sindiket itu mendapatkan bekalan heroin base dari Thailand dan diseludup masuk melalui jalan darat sebelum mereka memproses heroin di kondominium terbabit untuk pasaran tempatan.
Katanya, sindiket itu dipercayai aktif sejak awal tahun ini dan siasatan polis mendapati mereka berpindah dari satu tempat ke lokasi lain bagi mengelak dikesan pihak berkuasa.
"Berdasarkan siasatan polis juga lelaki kedua yang ditahan itu mempunyai kepakaran untuk memproses heroin dan mereka menyewa di kondominium itu sejak tahun lepas untuk menjalankan kegiatan haram terbabit," katanya.
Beliau berkata semua dadah yang dirampas itu boleh digunakan oleh 4.47 juta penagih dan polis kini giat mengesan rangkaian sindiket berkenaan yang dipercayai masih berada di sekitar negeri ini.
Menurutnya, ekoran penahanan dua lelaki yang tidak bekerja itu, polis turut menyita sebuah kereta Toyota Estima bernilai RM70,000 dan kedua-dua suspek kini direman selama tujuh hari hingga 23 Ogos ini untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.
"Dua lelaki itu negatif dadah dan tiada rekod lampau, hasil operasi terbabit JSJN berjaya membongkar makmal memproses heroin dan sindiket penyeludupan heroin base dari Thailand ke Malaysia," katanya.
Dewi Nur Harasha Alias
Fri Aug 18 2023

Mohd Kamarudin (tengah), berkata polis penahan dua lelaki dan merampas heroin base seberat 65.38 kilogram (kg), heroin (13.62kg) dan serbuk kafein (8.48kg) di kondominium tersebut. - Gambar/ Astro AWANI

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Polis rampas dadah dalam bungkusan teh Cina berjumlah RM23.67 juta
PDRM menumpaskan sindiket penyeludupan dan pengedaran dadah jenis syabu dan ketamin yang menjadikan negara ini sebagai transit.

Polis tumpas sindiket dadah libatkan rampasan hampir RM450,000
Polis berkata dua suspek warga tempatan berusia 29 dan 31 tahun yang ditahan itu, dipercayai aktif beroperasi di sekitar Sentul dan Jinjang.

Polis Sepanyol rampas 13 tan kokain, rekod terbesar negara
Polis Sepanyol merampas 13 tan kokain dalam serbuan di Pelabuhan Algeciras, lapor Agensi Berita Jerman dpa.

Polis tahan lelaki edar vape mengandungi dadah
Polis menumpaskan kegiatan memproses air ketum serta mengedar cecair vape mengandungi dadah di sebuah rumah di Sandakan.

Polis rampas 50kg syabu, 6kg ekstasi RM2.6 juta
Polis berjaya menumpaskan kegiatan penyeludupan dadah bernilai RM2.6 juta selepas menahan seorang lelaki yang bertindak sebagai transporter di Sabak Bernam, pada Khamis lepas.

Dua lelaki diberkas ketika urus niaga 54kg ganja tepi jalan
Seorang pemandu peribadi dan pekerja kedai makan diberkas kerana disyaki mengedar 51 ketulan mampat ganja bernilai RM168,020.

Polis tumpas sindiket berselindung di sebalik syarikat keselamatan, rampas dadah RM7.5 juta
Polis berjaya menumpaskan satu sindiket pemprosesan dan pengedaran dadah yang dipercayai berselindung di sebalik syarikat pengawal keselamatan.

Dua individu ditahan disyaki terlibat sindiket dadah
Polis menahan dua lelaki di Kampung KL Tin, Kalumpang, Kuala Kubu Bharu semalam kerana disyaki terlibat dengan sindiket pengedaran dadah sejak Disember tahun lepas.

'Saya tidak mampu upah peguam' - Geng Upik
Salah seorang tertuduh 'Geng Upik' yang dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kota Kinabalu pada Isnin memberitahu mahkamah dia tidak mempunyai kemampuan untuk mengupah peguam.

Ketua sindiket dadah terbesar di Sabah bergelar Datuk akan didakwa
Sebelas anggota sindiket dadah terbesar di Sabah, termasuk ketuanya yang dikatakan seorang bergelar Datuk dijangka dihadapkan ke mahkamah di Kota Kinabalu.