KUALA LUMPUR: Pelantikan Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri ke-10 untuk menerajui kerajaan perpaduan mencerminkan kematangan politik di negara ini, menurut pemimpin utama negeri.
Menteri-menteri besar dan ketua-ketua menteri menyambut baik pelantikan itu setelah mendapat perkenan oleh Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.
Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari berkata kebijaksanaan Al-Sultan Abdullah terserlah dalam menyarankan pembentukan kerajaan perpaduan dengan hampir semua blok politik mengambil keputusan menyertainya.
"Saya percaya ini lambang kebijaksanaan dan kematangan politik demi kestabilan negara setelah masing-masing menguji sokongan dan populariti dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) yang lepas.
"Alhamdulillah setelah perjuangan yang sangat panjang dan mengalami liku-liku jatuh bangun, akhirnya Datuk Seri Anwar Ibrahim telah diangkat menjadi Perdana Menteri ke-10 dan saya ingin mengucapkan ribuan tahniah bagi pihak Kerajaan Negeri Selangor atas pelantikan beliau," katanya.
Anwar mengangkat sumpah jawatan Perdana Menteri Malaysia ke-10 di Istana Negara pada pukul 5.06 petang semalam.
Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Sulaiman Md Ali berkata rakyat perlu menerima keputusan itu dengan hati terbuka kerana ia telah dipersetujui dalam perbincangan khas Raja-Raja Melayu di Istana Negara yang berlangsung Khamis dan mengambil kira pelbagai faktor demi kepentingan rakyat dan negara.
Sulaiman berkata pembentukan kerajaan perpaduan di peringkat pusat tidak mengganggu-gugat kedudukan kerajaan negeri sedia ada yang diterajui Barisan Nasional (BN) selepas memenangi 21 daripada 28 kerusi Dewan Undangan Negeri pada Pilihan Raya Negeri Melaka pada November tahun lepas.
Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow pula melahirkan kepercayaan bahawa Anwar mempunyai perancangan bagi memantapkan sebuah pentadbiran dan menggemblengkan semua rakyat bagi menyokongnya.
Beliau yang turut mengucapkan tahniah kepada Anwar berkata Pulau Pinang sedia bekerjasama sebagai satu pasukan dalam lembaran baharu ini.
Sementara itu, Menteri Besar Negeri Sembilan yang juga Pengerusi PH negeri itu Datuk Seri Aminuddin Harun turut merakamkan ucapan tahniah kepada Anwar atas pelantikannya.
Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor yang juga Pengerusi Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dalam satu kenyataannya pula, selain memberi ucapan tahniah, beliau turut menaruh keyakinan akan wujud kerjasama erat antara kerajaan negeri dan Persekutuan untuk merealisasikan pelbagai aspek pembangunan serta usaha menunaikan hak Sabah dalam Perjanjian Malaysia (MA63).
Beliau juga berharap Manifesto PH termasuk memperkasakan wilayah Sabah dan Sarawak dapat dilaksanakan sebaiknya.
Turut senada Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg yang mengucapkan tahniah kepada Anwar.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Nov 24 2022
AMIRUDIN: Alhamdulillah setelah perjuangan yang sangat panjang dan mengalami liku-liku jatuh bangun, akhirnya Datuk Seri Anwar Ibrahim telah diangkat menjadi Perdana Menteri ke-10. - Gambar fail
Maritim Malaysia gagalkan cubaan masuk 206 pendatang tanpa izin
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) menggagalkan kemasukan 206 pendatang tanpa izin di perairan negara dari Januari hingga Julai lepas.
Pengalaman hebat Maimunah mampu angkat imej DBKL - PM
Maimunah memiliki pengalaman hampir empat dekad dalam perancangan bandar dan pembangunan komuniti.
Tiga gajah jantan liar ditangkap Perhilitan Kelantan
Tiga gajah jantan liar berjaya ditangkap Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) di Kampung Lawar, Jeli dan Felda Chiku 3, Gua Musang kelmarin.
Penyelesaian diplomatik untuk konflik Israel-Hizbullah 'boleh dicapai' - Utusan AS
Konflik antara Hizbullah dan Israel telah berlarutan terlalu lama, kata Hochstein selepas pertemuannya dengan Speaker Parlimen Lubnan, Nabih Berri.
Nahas bot karam: Pasukan penyelam jumpa beg milik Aina Husna
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) hari ini menemukan beg sandang milik salah seorang mangsa nahas bot karam di perairan Kemaman, Aina Husna Mohamad Husaini.
EU hantar vaksin mpox ke Afrika
Kesatuan Eropah (EU) akan menghantar 175,420 dos vaksin kepada Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit Afrika (AfricaCDC) untuk mencegah mpox.
AWANI Tonight 14 Aug 2024
#AWANITonight with @_farhanasheikh
1. Datuk Seri Maimunah Sharif is KL new mayor
2. Thailand: Court removes PM Srettha from office
#AWANIEnglish #AWANINews
1. Datuk Seri Maimunah Sharif is KL new mayor
2. Thailand: Court removes PM Srettha from office
#AWANIEnglish #AWANINews
625,000 kanak-kanak Palestin hilang satu tahun persekolahan - UNRWA
Seramai 625,000 kanak-kanak Palestin termasuk 300,000 pelajar UNRWA telah kehilangan satu tahun persekolahan akibat serangan berterusan Israel ke atas Gaza.
AWANI Tonight: Thai court removes PM Srettha from office
Thailand's constitutional court has removed Prime Minister Srettha Thavisin from office for breaching the constitution over a cabinet appointment.
AWANI Tonight: New Zealand charity unknowingly gives out meth-laced sweets
New Zealand police are urgently tracking down sweets containing "potentially lethal levels of methamphetamine" that were unknowingly distributed by a charity.
Antara Muhammad Yunus, noktah kemiskinan dan Malaysia
Muhammad Yunus yang memimpin kerajaan peralihan Bangladesh ketika ini sarat dengan kisah memerangi kemiskinan dan ia berkait rapat dengan Malaysia.
Anwar sambut baik jaminan Muhammad Yunus, sedia bantu Bangladesh
Perkara itu menjadi antara topik yang dibincangkan kedua-dua pemimpin menerusi panggilan telefon pada Selasa malam.
PRAXIS 2024 bincang isu keutamaan strategik negara
Anwar dalam ucapannya menekankan kepentingan menangani isu-isu ini menjelang negara mencapai status pendapatan tinggi.
PM Anwar terima kunjungan hormat Rais Tatarstan
Anwar berkata pertemuan berlangsung di Perdana Putra, Putrajaya bersempena dengan lawatan kerja dua hari Minnikhanov ke Malaysia.
PM dijangka buat pengumuman penting berkaitan SSPA pada MAPPA ke-19, Jumaat ini
Perdana Menteri Datuk Anwar Ibrahim dijangka membuat pengumuman penting mengenai Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) pada Majlis Amanat Perdana Perkhidmatan Awam (MAPPA) ke-19.
Bidang STEM: 100 saintis akan turun ke kawasan luar bandar - PM
Anwar berkata saintis-saintis mahir boleh mempamerkan penemuan-penemuan baharu dalam bidang sains, digital, mahupun kecerdasan buatan (AI).
Tatakelola jadi pegangan KSN baharu dalam menerajui sektor awam
Agenda tatakelola selaras dengan amanat yang dijunjung Perdana Menteri Anwar, kata Shamsul Azri.
Olimpik Paris 2024: "Jangan mengeluh prestasi kontinjen negara" - PM Anwar
Kerajaan akan menyiapkan kerangka baharu untuk meningkatkan prestasi sukan dan olahraga dalam negara sebagai persediaan ke acara antarabangsa kelak.
"Rombakan Kabinet?"- Ini jawapan Perdana Menteri
Datuk Seri Anwar Ibrahim menafikan akan berlaku sekali lagi rombakan Kabinet di bawah pentadbirannya.
Olimpik Paris 2024: PM Anwar ucap terima kasih kepada Muhammad Shah Firdaus, harap terus berjuang
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan terima kasih kepada pelumba berbasikal trek negara Muhammad Shah Firdaus Sahrom, atas aksinya pada final acara keirin lelaki Sukan Olimpik Paris.