"Empat daripada lima bangunan sekolah di Gaza telah terkena serangan atau rosak secara langsung. Bangunan-bangunan ini perlu dibina semula atau dibaik pulih untuk digunakan sebagai sekolah," lapor agensi berita Palestin (WAFA) memetik kenyataan Lazzarini di X.
Menurut Kementerian Pendidikan dan Pendidikan Tinggi, sekurang-kurangnya 9,936 pelajar Palestin terbunuh dan 15,897 lagi cedera sejak permulaan pencerobohan Israel di Semenanjung Gaza pada 7 Oktober 2023.
-- BERNAMA