Ringkasan AI
- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan tahniah kepada skuad FAM eRimau dan Ahmad Muhaimin (Minbappe) atas kemenangan mereka di FIFAe World Cup 2024 Ft. eFootball Mobile.
- Dalam aksi final, skuad FAM eRimau menewaskan Maghribi 2-0, dengan Ahmad Muhaimin memenangi perlawanan pertama 3-0 dan perlawanan kedua 2-0, membawa pulang hadiah wang tunai RM80,000.
- Malaysia menjadi negara ASEAN pertama memenangi kejohanan tersebut.
"Terus cemerlang dan harumkan nama negara di pentas dunia," kata Anwar menerusi X hari ini.
Dalam aksi final semalam, skuad FAM eRimau mencipta sejarah apabila menjuarai kejohanan itu selepas menewaskan Maghribi 2-0.
Malaysia yang diwakili Ahmad Muhaimin atau dikenali sebagai Minbappe memenangi perlawanan pertama 3-0 dan perlawanan kedua 2-0 untuk bergelar juara sekali gus membawa pulang hadiah wang tunai RM80,000.
Malaysia merupakan negara ASEAN pertama memenangi kejohanan itu.
-- BERNAMA