Dalam pertemuan empat mata itu, kedua-dua pemimpin membincangkan mengenai perkara berkepentingan bersama termasuk perihal ekonomi dan isu-isu global.
"Kami juga sepakat untuk memperbaharui kerjasama dalam beberapa bidang utama, termasuk tenaga, keselamatan makanan, teknologi dan pusat data, hatta bakal memajukan kepentingan bersama dan menyokong matlamat pembangunan mampan kedua-dua negara," katanya.
Beliau berkata demikian melalui satu hantaran di Facebook pada Selasa.
Tambah Anwar, pertemuan tertutup itu juga digunakan bagi menyatakan penghargaan di atas jemputan lawatan kerja ke negara itu.
Terdahulu, Perdana Menteri terbang dari Abu Dhabi ke Dubai bagi memenuhi undangan berkenaan.
Seterusnya, Perdana Menteri dijadualkan bertemu Presiden UAE, Sheikh Mohamed Zayed Al Nahyan pagi ini (waktu tempatan), diikuti penyertaan dalam dialog sempena Abu Dhabu Sustainability Week (ADSW).