Hasrat itu disampaikan dalam perbincangan berasingan antara Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan Presiden Republik Kenya, William Samoei Ruto dan Presiden Uganda, Yoweri Kaguta Museveni pada Selasa.
Anwar bertemu Museveni di luar acara Abu Dhabi Sustainability Week (ADSW), manakala perbincangan dengan Ruto berlangsung melalui panggilan telefon pada hari yang sama.
Menurut kenyataan Jabatan Perdana Menteri (JPM), dalam pertemuan empat mata antara Perdana Menteri dan Presiden Musevani, kedua-dua pemimpin bersetuju untuk memperbaharui dan mengukuhkan hubungan hala dari segi hubungan antara pemimpin, lawatan dua hala di peringkat tinggi, ekonomi, perniagaan dan perdagangan serta pendidikan melalui Program Kerjasama Teknikal Malaysia (MTCP).
Berdasarkan angka United Nations Comtrade (UN Comtrade), nilai import Malaysia dari Uganda ialah AS$39.65 bilion, manakala eksport dari Malaysia ke Uganda bernilai AS$8.12 bilion pada 2023.
Manakala dalam perbualan Anwar bersama Presiden Ruto, kedua-dua pemimpin bersetuju untuk meningkatkan hubungan ekonomi dan perdagangan dengan menjadi Kenya sebagai laluan dan hub perdagangan.
Berdasarkan statisitik Perbadanan Perdagangan Pelaburan Luar Malaysia (Matrade), perdagangan dua hala Malaysia-Kenya meningkat 1.7 peratus kepada AS$1.20 bilion pada 2023 berbanding AS$1.18 bilion pada 2022. Perdagangan dua hala antara Januari hingga September 2024 bernilai AS$76.5 juta.
Perdana Menteri juga menjemput kedua-dua Musevani dan Ruto untuk mengadakan lawatan rasmi ke Malaysia.
JPM dalam kenyataan sama berkata perbincangan ini membuka peluang kepada Malaysia untuk meneroka pasaran Afrika.