MADINAH: Dalam kerancakan melakukan pelbagai persiapan menyambut kumpulan pertama jemaah haji Malaysia yang akan tiba di sini, kira-kira 100 petugas Lembaga Tabung Haji (TH) tetap mengambil peluang melakukan solat hajat secara berjemaah.
Malam tadi, mereka turut mengadakan bacaan yasin dan tahlil serta memanjatkan doa agar operasi pengurusan berlangsung dengan teratur.
Majlis tersebut diadakan di surau Ibu Pejabat TH di bangunan Roha Madinah selepas waktu maghrib, dipimpin oleh Pembimbing Ibadat Haji Tanah Suci Ustaz Mohd Hishammuddin Mansor.
Sementara itu, Pengarah Operasi Madinah Mohamed Heikal Mohamed Yusuff berharap urusan operasi haji musim 1443H/2022M berjalan lancar dan semua jemaah serta petugas diberi kesihatan yang baik sepanjang berada di Tanah Suci.
"Dalam masa yang sama, majlis ini juga adalah satu ruang untuk para petugas haji baharu dan lama menjalin ukhwah dalam usaha kita membina satu pasukan bagi menyantuni dhufurrahman (tetamu Allah)," katanya ketika ditemui pemberita di sini.
Kumpulan pertama seramai 295 orang dijadualkan tiba dengan pesawat Saudia Airlines di Lapangan Terbang Antarabangsa Putera Mohammad Abdulaziz di Madinah pada 4.55 petang (waktu Arab Saudi) esok.
Pelbagai program ibadat dan ziarah telah diatur TH selama enam hari lima malam untuk para jemaah haji Malaysia sepanjang berada di Madinah sebelum meneruskan perjalanan ke Makkah bagi melaksanakan ibadat umrah pada 10 Jun.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jun 04 2022

Pelbagai program ibadat dan ziarah telah diaturkan oleh TH selama enam hari lima malam untuk para jemaah haji Malaysia sepanjang berada di Madinah. - Foto BERNAMA
AWANI Ringkas: 12 termasuk kanak-kanak, bayi terperangkap dalam lif
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Banyak idea baharu lahir dari Sesi Permukiman Jemaah Menteri - TPM Ahmad Zahid
Setiap pandangan yang dikongsi pada sesi itu, adalah cerminan keprihatinan dan komitmen kerajaan dalam mencorak masa depan lebih cerah.

Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Berdasarkan prestasi kukuh KWSP pada suku ketiga 2024, pencarum boleh mengharapkan berita gembira berkaitan agihan dividen yang lebih baik bagi tahun 2024 berbanding tahun sebelumnya.
AWANI Ringkas: Dua rakyat Israel yang dibebaskan dalam kesihatan baik
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
'Mana ada negara di dunia masyarakat berbilang kaum hidup aman' - PM
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata tidak ada negara di dunia selain Malaysia mempunyai masyarakat berbilang kaum dan budaya yang hidup aman damai. Keupayaan Malaysia terdiri daripada seluruh pekerja dan rakyat Malaysia. #AWANInews
'Tanggungjawab kita adalah untuk menyantuni' - PM
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa merasmikan Alamanda berwajah baru berkata tanggungjawab kita untuk menyantuni pelbagai kaum dengan menghormati dan kenal perbezaan antara kaum. #AWANInews

Alec Baldwin akui mental merosot selepas tragedi tembakan
Baldwin mengaku bergelut dengan emosi yang tidak stabil dan kesihatan mental yang terjejas.

Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Allahyarham dibawa dari kediamannya di Desa Seri Ampang ke Masjid An Nur Desa Seri Ampang untuk dimandi dan disolatkan.

Jualan 'gummy' dalam talian masih aktif
Produk ini dijual pada harga serendah RM6.50 sebalang dan mendapat sambutan hangat.
Kerajaan perkukuh inisiatif Astro-Tourism, anjur perkelahan astronomi
Kerajaan terus memperkukuh usaha memasyarakatkan dan membudayakan bidang astronomi dan sains angkasa menerusi pelbagai aktiviti dan program berbentuk pembelajaran sains bukan formal secara interaktif.

Jemaah haji 65 tahun ke atas dan berisiko tinggi digalak ambil vaksin COVID-19
Jemaah disaran membuat janji temu menerusi aplikasi MySejahtera mulai 14 Feb atau laman web rasmi TH.

Jemaah haji diingat dapatkan vaksin COVID-19
Jemaah haji berumur 65 tahun ke atas serta mereka yang dikategorikan sebagai berisiko tinggi diingatkan untuk mendapatkan vaksin COVID-19.

Indonesia hantar 221,000 jemaah haji pada 2025
Indonesia akan menghantar 221,000 jemaah haji pada musim haji 2025, seperti yang digariskan dalam memorandum persefahaman (MoU) yang ditandatangani antara kerajaan Indonesia dan Arab Saudi.

Bayaran haji naik 20 peratus bagi B40 dan M40, kos haji kekal RM33,300
Setiap seorang jemaah haji kumpulan B40 terima Bantuan Kewangan Haji RM17,300 dan bantuan kerajaan RM1,000.

WHO dan Arab Saudi perluas program kad kesihatan digital haji
Kad kesihatan Haji ini dibangunkan berdasarkan infrastruktur utama (PKI) dalam Rangkaian Pensijilan Kesihatan Digital Global (GDHCN) WHO.

31 Sahabat Korporat TH sumbang RM4.8 juta kepada jemaah haji Malaysia
Lembaga Tabung Haji menerima sumbangan RM4.8 juta daripada 31 syarikat korporat melalui program Sahabat Koporat TH bagi membantu jemaah haji Malaysia.

Fahami pengertian istito'ah sebelum tunai ibadah haji
Pengetahuan perlu dikuasai untuk memastikan ibadah dapat dilakukan dengan sempurna sekali gus membolehkan jemaah mendapat haji yang mabrur.

Hasrat meninggal dunia di Tanah Suci termakbul
Hasrat meninggal di Tanah Suci disuarakan Abd Wahab kepada jiran-jiran yang berkunjung sebelum mereka berangkat ke Tanah Suci.

Urus perlindungan takaful jemaah haji 5 negara
Al Khairi Insurance Limited tawar perlindungan takaful kepada jemaah Malaysia, Indonesia, Brunei, Singapura serta Bangladesh.

1,301 jemaah meninggal dunia pada musim haji tahun ini - Arab Saudi
"Banyak kes" kematian akibat suhu panas melampau dan perjalanan "tidak dibenarkan."