Kerajaan Pakatan Harapan (PH) diharap meneruskan Dasar Pendidikan Tahfiz Negara dengan menangani sebarang kelemahan yang ada dan bukannya menutup sistem pendidikan itu.
Ketua Pemuda UMNO Datuk Asyraf Wajdi Dusuki menyifatkan gesaan agar sekolah tahfiz ditutup kerana kononnya tidak memberikan masa depan kepada generasi baharu Islam adalah amat dikesali.
"Dasar Pendidikan Tahfiz Negara telah digubal oleh kerajaan terdahulu (Barisan Nasional) dengan matlamat melahirkan seramai 125,000 huffaz profesional dalam tempoh 30 tahun.
"Huffaz profesional ini bukan sahaja berupaya menghafal 30 juzuk al-Quran, tetapi pada masa yang sama dapat menguasai pelbagai disiplin ilmu serta kemahiran teknikal.
"Pemuda UMNO meminta kerajaan Pakatan Harapan agar meneruskan Dasar Pendidikan Tahfiz Negara ini, sekiranya ada kelemahan dalam dasar berkenaan, kerajaan PH boleh memperkasakannya dan bukannya menutup sekolah tahfiz," katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat pertama Pemuda UMNO selepas Pemilihan UMNO 2018 lalu di Menara Dato' Onn, di sini, pada Isnin.
Beliau mengulas cadangan bekas Menteri Penerangan Tan Sri Zainuddin Maidin supaya kerajaan menutup sekolah tahfiz yang disifatkan terlalu radikal, namun cadangan itu ditolak Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa, semalam.
Dalam isu berbeza, Pemuda UMNO membantah pengiktirafan terhadap Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) yang bersifat perkauman kerana ia akan menjejaskan usaha dalam membina negara bangsa.
"Sebarang keputusan yang dibuat berhubung perkara tersebut perlu dilihat dalam konteks lebih luas serta kepentingan pengiktirafan UEC dalam hal-hal kenegaraan. Kami Pemuda UMNO tidak bersetuju dengan pengiktirafan sijil selain yang ada di negara ini," tegas Asyraf.
Mengenai Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Kandis bulan depan, Asyraf Wajdi berkata ia adalah medan ujian bagi kepimpinan baharu Pemuda UMNO.
"Pemuda UMNO sudah bersiap siaga untuk menggerakkan jenteranya bagi membantu calon yang bakal ditentukan pucuk pimpinan UMNO...mengenai siapa calon yang dipilih, biarlah ditentukan kepimpinan tertinggi parti," katanya.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 4 Ogos depan sebagai hari pengundian bagi PRK DUN Sungai Kandis dan 21 Julai ini diumumkan sebagai hari penamaan calon.
Kerusi DUN Sungai Kandis kosong berikutan kematian penyandangnya, Mat Shuhaimi Shafiei akibat kanser limfoma tahap empat di Pusat Perubatan Subang Jaya, Selangor, pada 2 Julai lepas.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jul 09 2018

Asyraf Wajdi menyifatkan gesaan agar sekolah tahfiz ditutup kerana kononnya tidak memberikan masa depan kepada generasi baharu Islam adalah amat dikesali. - Foto fail

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Nilai pelaburan asing diluluskan Januari-September 2024 berjumlah RM254.7 bilion
Jumlah itu melibatkan 4,753 projek dan dijangka menjana sebanyak 159,347 peluang pekerjaan baharu.

Mara sasar kurangkan pinjaman tidak berbayar kepada 30 peratus
Majlis Amanah Rakyat (Mara) menyasarkan untuk mengurangkan pinjaman tidak berbayar (NPL) yang ditanggung agensi itu di bawah paras 30 peratus tahun ini.

Tempoh lantikan Asyraf Wajdi sebagai Pengerusi MARA disambung dua tahun
Tempoh lantikan Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki sebagai Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA) disambung dua tahun lagi berkuat kuasa 1 Mac ini.

Kes saman Dzulkefly terhadap Asyraf Wajdi selesai secara baik
Kes saman difailkan Dr Dzulkefly terhadap Datuk Asyraf Wajdi Dusuki berhubung hantaran dalam aplikasi X yang didakwa memfitnah Menteri Kesihatan itu selesai secara baik.

Semakan tawaran kemasukan MRSM 2025 diumum Isnin - Pengerusi MARA
Semakan tawaran kemasukan ke Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) bagi 2025 akan diumumkan pada Isnin ini.

Hutang RM1 juta: Mara gesa Che Ta, anak hadir ke pejabat
Mara menggesa pelakon Rozita Che Wan dan anak sulungnya, Ammar Effendy agar hadir di pejabat majlis itu untuk membincangkan mengenai pembayaran hutang hampir RM1 juta.

Boleh peraga kemewahan di media sosial tapi hutang wajib bayar - Asyraf Wajdi
Pengerusi MARA, Datuk Asyraf Wajdi Dusuki menegaskan mana-mana pihak yang berhutang wajib membayar pinjaman tersebut.

Mara sasarkan jualan usahawan RM100 juta di MIHAS Dubai
Mara menyasarkan untuk meraih potensi jualan mencecah RM100 juta melalui penyertaan 17 usahawan Program Gate to Global (GTG) di Pameran Halal Antarabangsa Malaysia (MIHAS) Dubai.

'You touch you go!' - Asyraf Wajdi ingatkan jangan sorok kes buli di MRSM, IPMa
Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi telah mengarahkan agar tindakan tegas diambil ke atas pengetua terbabit, jika terdapat kes buli yang 'disorokkan'.

Ramli Mohd Nor jadi Orang Asli pertama angkat sumpah ahli MKT UMNO
Jelas beliau, Ramli menjadi Orang Asli pertama yang dilantik sebagai ahli MKT UMNO.

Jangan angkuh, bongkak dengan kemenangan di DUN Mahkota - MKT UMNO
MKT juga berpandangan kemenangan di DUN Mahkota memberikan isyarat jelas bahawa rakyat menerima baik model kerjasama Kerajaan Perpaduan.