Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA) Datuk Asyraf Wajdi Dusuki menerusi Facebook hari ini memaklumkan tawaran kemasukan itu berpandukan Ujian Kecenderungan Kemasukan MRSM (UKKM) untuk Tingkatan 1 dan 4.
"Insya-Allah MARA akan berkongsi pautan untuk pelajar-pelajar dan ibu bapa membuat semakan keputusan tawaran.
"Ya saya mendengar dan membaca semua komentar dan maklum balas ibu bapa dan orang ramai berkenaan dengan harapan supaya keputusan UKKM diumumkan lebih awal bagi memudahkan segala perancangan," katanya menerusi ruang komen Facebook beliau.
Permohonan kemasukan ke MRSM 2025 bagi Tingkatan 1 dan 4 telah dibuka pada 6 Ogos hingga 6 Sept tahun lepas dan disusuli dengan tarikh semakan panggilan UKKM pada Oktober.
-- BERNAMA