KUALA LUMPUR: Perbicaraan kes dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) membabitkan Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini telah dilapangkan selepas Mahkamah Tinggi dimaklumkan bahawa tiada saksi pendakwaan hadir untuk memberi keterangan.
Timbalan Pendakwa Raya, Ahmad Akram Gharib berkata, pihak pendakwaan telah cuba memanggil beberapa saksi untuk hadir ke mahkamah hari ini tetapi tidak berjaya kerana notis yang singkat.
"Yang Arif, seperti yang dijanjikan, saya telah cuba memanggil saksi-saksi kami. Dua daripada mereka berada di luar negara, manakala tiga lagi tidak dapat hadir ke mahkamah atas pelbagai alasan.
"Bagaimanapun, saksi pendakwaan ke-43 iaitu Pengerusi Kumpulan Media The Edge, Tan Sri Tong Kooi Ong hadir hari ini. Beliau sepatutnya disoal balas oleh peguam bela utama Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah, tetapi Muhammad Shafee sedang cuti sakit," katanya.
Sementara itu, peguam Rahmat Hazlan yang juga mewakili Najib berkata, bosnya (Muhammad Shafee) akan menjalankan pemeriksaan balas terhadap Tong pada Isnin kerana beliau sedang bercuti sakit tiga hari selepas berjumpa doktor gigi.
"Yang Arif, hanya Muhammad Shafee boleh menyoal Tong. Gusinya masih sakit akibat prosedur, dan beliau masih MC (cuti sakit)," kata peguam itu.
Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah kemudian melapangkan perbicaraan kes hari ini dan akan bersambung pada Isnin.
Najib, 69, menghadapi empat pertuduhan menggunakan kedudukannya untuk mendapatkan rasuah berjumlah RM2.3 bilion daripada dana 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan jumlah yang sama. - BERNAMA
Bernama
Thu Nov 17 2022

Perbicaraan kes dana 1MDB membabitkan Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini telah dilapangkan selepas Mahkamah Tinggi dimaklumkan bahawa tiada saksi pendakwaan hadir untuk memberi keterangan. - Gambar fail BERNAMA
Pemimpin Qatar, Iran adakan perbincangan dua hala sokong rakyat Gaza
Pemimpin Qatar, Sheikh Tamim bin Hamad Al Thani, mengadakan perbincangan dua hala dengan Presiden Iran, Masoud Pezeshkian ketika lawatannya ke Tehran pada Rabu.

Lelaki hilang ditemui mati lemas dalam kolam kelab golf
Mangsa lelaki tempatan berusia 47 tahun ditemui dalam keadaan terapung oleh orang awam pada jarak 100m dari lokasi motosikalnya diparkir.

Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator'
Presiden Amerika gesa Presiden Ukraine bertindak segera capai perdamaian atau bakal kehilangan negara.

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Najib nafi tamatkan perkhidmatan Abdul Gani kerana siasatan 1MDB
Datuk Seri Najib Tun Razak memberitahu penamatan perkhidmatan Tan Sri Abdul Gani Patail sebagai Peguam Negara pada 2015 tiada kaitan dengan siasatan terhadap 1MDB.

Najib akui guna bantuan Jho Low walaupun curiga dengan tindak-tanduknya
Najib mengakui bahawa beliau tetap menggunakan bantuan Jho Low dalam usaha mengukuhkan hubungan dengan Arab Saudi walaupun mempunyai perasaan curiga terhadap lelaki itu.

Najib tidak pasti siapa beri nombor akaun bank peribadinya kepada pihak Arab Saudi
Datuk Seri Najib Tun Razak tidak pasti siapa yang memberikan nombor akaun bank peribadinya untuk urusan kemasukan sumbangan daripada Arab Saudi.

Hakim nasihat pihak terbabit tidak bincang kes 1MDB di luar mahkamah
Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah menasihati pihak berkaitan tidak mengeluarkan sebarang kenyataan di luar mahkamah sehingga boleh menjejaskan perbicaraan.

“Sukarnya mencari sahabat sejati” – Najib Razak
Bekas Perdana Menteri yang diperintah bela diri dakwa, ramai yang hanya tunjuk muka sewaktu mencari kesenangan dan ada juga yang bermuka-muka.

Kes 1MDB: Nasib Najib diketahui esok
Mahkamah Tinggi esok akan memutuskan sama ada Najib dibebaskan atau diperintah membela diri atas pertuduhan menggunakan kedudukan beliau untuk memperolehi suapan dan tuduhan pengubahan wang haram.

Keputusan sama ada Najib perlu bela diri kes 1MDB 30 Okt ini
Keputusan sama ada Najib yang menghadapi pertuduhan menyalah guna kedudukan dan pengubahan wang dana 1MDB perlu membela diri atau tidak akan diputuskan 30 Okt ini.

Kes 1MDB: Pengambilalihan pengeluar tenaga bebas bukan idea Najib - Pembelaan
Pengambilalihan IPP bukanlah idea Najib beliau mengambil masa yang agak lama untuk memberi kelulusan selepas ia dicadangkan oleh Ahli Lembaga Pengarah 1MDB.

Kes 1MDB: Shahrol Azral desak federalisasi TIA - Peguam Najib
Bekas Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB Datuk Shahrol Azral Ibrahim Halmi "amat bersungguh-sungguh" dan mendesak langkah federalisasi Lembaga Pelaburan Terengganu (TIA).

Kes 1MDB Najib: Unsur kepentingan bukan perkara penting yang perlu dibuktikan - Pendakwaan
Pertuduhan terhadap Najib berhubung dana 1MDB jelas menyatakan tempat, masa, tarikh dan kedudukan beliau sebagai seorang pegawai awam serta kesalahannya.