TEMERLOH: Seorang lelaki maut selepas motosikal ditungganginya terbabit dalam kemalangan di Kilometer (KM) 11 di Jalan Jerantut-Temerloh berhampiran Desa Murni di sini pada Khamis.
Dalam kejadian kira-kira jam 8.54 pagi itu, mangsa berusia 50 tahun itu meninggal dunia di tempat kejadian.
Ketua Polis Daerah Temerloh, Asisten Komisioner Mohd Azhar Mohd Yusoff memberitahu, hasil siasatan yang dijalankan, penunggang motosikal itu terlanggar kenderaan utiliti sukan (SUV) jenis Proton X70 yang dalam perjalanan dari arah Temerloh menghala ke Jerantut.
"Motosikal tersebut berada di bahu jalan laluan sama mengubah haluan masuk ke laluan utama hingga terlanggar bahagian tepi SUV terbabit.
"Penunggang motosikal kemudiannya terjatuh di atas jalan dan dilanggar pula sebuah kereta dipercayai jenis Proton Saga sehingga menyebabkan mangsa meninggal dunia di tempat kejadian," katanya dalam kenyataan pada Khamis.
Tambah beliau, susulan kemalangan itu, seorang lelaki berusia 59 tahun telah hadir ke Balai Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Temerloh pada jam 4.20 petang hari sama membuat laporan dan siasatan mendapati lelaki itu pemandu kereta Proton Saga terbabit.
"Siasatan lanjut diteruskan untuk mengenal pasti punca sebenar kemalangan dan kita meminta orang ramai yang mempunyai maklumat kejadian tampil bagi membantu siasatan.
"Mereka boleh menghubungi talian 24 jam 09-2716086 atau berhubung dengan Pegawai Penyiasat Trafik IPD Temerloh, Inspektor Nadia di talian 010-5726827," ujar beliau kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987. - Sinar Harian
Sinar Harian
Thu Jan 19 2023

Keadaan motosikal mangsa yang remuk (kiri) susulan terbabit dalam kemalangan di KM11 di Jalan Jerantut-Temerloh berhampiran Desa Murni pada Khamis. - Foto Sinar Harian

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Nilai pelaburan asing diluluskan Januari-September 2024 berjumlah RM254.7 bilion
Jumlah itu melibatkan 4,753 projek dan dijangka menjana sebanyak 159,347 peluang pekerjaan baharu.

Nahas motosikal terbabas: Lelaki maut selepas 18 jam bertarung nyawa
ACP Abdul Rozak Muhammad berkata lelaki tempatan berusia 21 tahun itu meninggal dunia pada 1.10 pagi tadi ketika menerima rawatan di Hospital Pulau Pinang.

Suami isteri maut, tak sempat elak kereta hilang kawalan
Dalam kejadian petang Rabu itu, pasangan berkenaan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat cedera parah di bahagian kepala.

Remaja perempuan maut digilis bas di Kuala Terengganu
Dalam kejadian pada 8.25 malam itu, Nur Damia Umairah Amir Aswadi, 18, dari Kampung Beladau Kolam Manir, maut di lokasi kejadian.

Penunggang motosikal maut bertembung kereta di Kuala Krai
Sebuah kereta yang dalam perjalanan dari Machang menghala Kuala Krai bertembung dengan motosikal dipandu mangsa dari arah Kuala Krai ke Machang.

Wanita maut motosikal dirempuh kereta dari belakang
Mangsa, Siti Nortasha Abdullah, 30, meninggal dunia di tempat kejadian selepas parah di kepala dan badan.

Penunggang motosikal maut, polis buru pemandu lori larikan diri
Siasatan awal mendapati kemalangan dipercayai berlaku apabila motosikal yang ditunggang seorang lelaki cuba mengelak lori di lorong kanan.

Penunggang motosikal maut langgar belakang lori
Seorang penunggang motosikal maut selepas terlibat kemalangan dengan sebuah lori di Persiaran Mokhtar Dahari menghala ke Puncak Alam pada Rabu.

Penunggang motosikal maut langgar pokok kelapa tumbang
Polis Daerah Besut menerima maklumat kejadian yang menimpa mangsa Muhammad Syukri Mat Hussin, 27, kira-kira 4.30 pagi.

Penunggang motosikal maut dalam nahas tiga kenderaan di lebuh raya
Dua lelaki yang menaiki kereta Honda Civic mengalami kecederaan, dengan seorang tersepit di tempat duduk pemandu.

Pekerja kontraktor TNB maut dirempuh pemandu mabuk
Muhammad Syairazi yang menunggang motosikal jenis Yamaha 135LC meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah di kepala.