KUALA LUMPUR: Terkandas lebih 27 jam di Lapangan Terbang Antarabangsa Incheon, Korea Selatan selepas seminggu bercuti di negara itu, Nuruljannah Musatapa adalah antara 315 penumpang yang berdepan kelewatan pulang ke Malaysia akibat masalah teknikal pesawat AirAsia, Ahad lepas.
Menurutnya, penerbangan yang dijadualkan berlepas pada 6.55 pagi Sabtu tergendala hampir dua jam menyebabkan penumpang diminta keluar daripada pesawat dan menunggu di pintu pelepasan.
"Kami kemudiannya dimaklumkan yang mereka sediakan hotel berdekatan lapangan terbang dan akan kemas kini semula jadual penerbangan baharu.
"Dalam 9.30 malam kami diminta balik semula ke lapangan terbang untuk daftar masuk sekali lagi dan naik penerbangan yang sama sekitar 1.30 pagi," katanya yang bercuti bersama suami Ahmad Zuriyad Ahmad Zukiman dan anak lelaki berusia tujuh bulan, Faliq Harith Ahmad Zuriyad.
BACA: AirAsia sediakan keperluan pada penumpang terkandas di Incheon
Tidak berakhir di situ, Nuruljannah berkata kesemua penumpang sekali lagi terkandas dalam pesawat yang tidak bergerak hampir lapan jam dan hanya dimaklumkan oleh kru penerbangan yang ia disebabkan masalah teknikal selain landasan yang diselaputi salji tebal.
"Masa ini ada yang dah keluar dari pesawat sebab dah tak tahan tunggu lama, tapi kami diberitahu kalau nak keluar tak boleh naik pesawat sama dan kena beli tiket baharu. Jadi kami tunggu sampailah pesawat boleh berlepas," kata suri rumah berusia 26 tahun itu.
Beliau bagaimanapun berkata penumpang diberikan makanan dan minuman percuma oleh pihak AirAsia dan dibenarkan untuk membuat tuntutan insurans atas faktor kelewatan.
Seorang lagi penumpang, Nurul Nadia Abd Azizi, 34, dari Tanah Merah, Kelantan yang menghabiskan cuti hujung tahun bersama keluarga turut berkongsi pengalaman sama.
"Memang rasa penat, anak pula bila dah terlalu lama dalam pesawat mula tak selesa. Sepanjang lapan jam tergendala tu tak ada buat apa-apa, baring, tidur, makan sementara tunggu pesawat terbang semula.
"Walaupun ada masalah tetapi kami dapat layanan yang baik daripada pihak AirAsia, Alhamdulillah semua ok dan kami selamat sampai ke tanah air pada 4 petang Ahad," katanya yang bekerja sebagai guru.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Dec 27 2023

Nuruljannah bercuti bersama suami dan anak lelaki berusia tujuh bulan di Korea Selatan. - Gambar/ Ihsan Nuruljannah Musatapa

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Nilai pelaburan asing diluluskan Januari-September 2024 berjumlah RM254.7 bilion
Jumlah itu melibatkan 4,753 projek dan dijangka menjana sebanyak 159,347 peluang pekerjaan baharu.

AirAsia bawa 63 juta penumpang dengan faktor beban 89 peratus pada tahun kewangan 2024
Angka itu berbanding 56.99 juta penumpang yang dibawa AirAsia semasa tahun kewangan 2023.

Capital A sedang bincang pembelian pesawat, sebahagian daripada strategi pengembangan
Ditanya mengenai berapa jumlah pesawat baharu yang dirancang untuk dibeli, Fernandes berkata ia bergantung kepada keputusan lembaga pengarah.

Capital A dijangka keluar daripada status PN17 menjelang suku pertama 2025 - Fernandes
Pelan tersebut, antara lain, termasuk pengurangan modal RM6 bilion, namun tidak akan menjejaskan kekerapan penerbangan atau manfaat pekerja.

Burung langgar enjin punca pesawat AirAsia berpatah balik
AirAsia mengesahkan pesawat yang berpatah balik ke Lapangan Terbang Tawau pada Sabtu lalu adalah disebabkan amaran teknikal berkaitan salah satu enjin pesawatnya yang dilanggar burung.

AirAsia tawar 27,000 tiket tambang tetap ke Sabah, Sarawak sempena Tahun Baharu Cina
AirAsia melancarkan 27,000 tiket tambang tetap bagi perjalanan dari Semenanjung Malaysia ke Sabah dan Sarawak sempena sambutan Tahun Baharu Cina tidak lama lagi.

AirAsia bawa lebih 45 juta penumpang setakat ini - Capital A
AirAsia membawa lebih 45 juta penumpang setakat ini, mengekalkan faktor muatan yang tinggi sebanyak 90 peratus, kata Capital A Bhd.

AirAsia pacu KLIA jadi hab mega penerbangan dunia
AirAsia mengukuhkan komitmen untuk memacu keterhubungan ASEAN dan meningkatkan status rantau ini sebagai pusat transit global, setara Dubai.

76 peratus penerbangan menepati waktu yang dijadualkan - Loke
Bagi penerbangan yang menghadapi kelewatan pula sejumlah 90.2 peratus telah ditangguhkan kurang daripada dua jam manakala baki penerbangan ditangguhkan melebihi dua jam.

AirAsia tidak putus asa dapatkan lesen untuk beroperasi di Singapura
"Jangan sekat saya di Singapura," kata Tony Fernandes.

AirAsia kukuhkan rangkaian domestik, tambah 2,000 penerbangan mingguan
AirAsia akan memperluas rangkaian penerbangan domestik di seluruh Malaysia dengan menambah 2,000 penerbangan mingguan dan sejumlah 150,000 tempat duduk bagi 40 laluan utama menjelang akhir tahun ini.