KUALA LUMPUR: Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) difahamkan lebih banyak tangkapan akan dibuat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam masa terdekat berhubung tuntutan palsu bagi Program Insentif Pengambilan Pekerja (PenjanaKerjaya) melalui Op Hire 2.0.
Ketua Eksekutif Perkeso Datuk Seri Dr Mohamed Azman Aziz berkata, tangkapan yang dibuat SPRM pada Isnin merupakan kesinambungan daripada kerjasama strategik antara Perkeso dan suruhanjaya itu untuk menangani pemalsuan tuntutan PenjanaKerjaya melalui Op Hire, yang dijalankan pada Julai lepas.
"Ini merupakan usaha berterusan untuk mengesan pihak yang tidak bertanggungjawab dan Perkeso difahamkan banyak lagi tangkapan yang akan dibuat dalam masa terdekat," katanya dalam kenyataan pada Selasa.
Beliau berkata Perkeso yang melaksanakan pemantauan, penganalisisan data dan risikan berterusan mendapati terdapat majikan yang mengemukakan tuntutan palsu insentif PenjanaKerjaya dan senarai individu serta syarikat yang dikenal pasti diserahkan kepada SPRM untuk tindakan penguatkuasaan.
Katanya jika Op Hire sebelum ini lebih tertumpu di Semenanjung, tindakan penguatkuasaan dalam Op Hire 2.0 diperluaskan ke Sabah dan Sarawak.
"Op Hire dan Op Hire 2.0 yang dilaksanakan secara bersepadu antara Perkeso dan SPRM bermatlamat membanteras penyelewengan dana kerajaan. Sehingga kini, Op Hire telah menyelamatkan lebih daripada RM500 juta dana insentif PenjanaKerjaya daripada disalah guna majikan," katanya.
Selain penguatkuasaan, Mohamed Azman berkata Perkeso juga telah mengukuhkan lagi sistem dalaman, proses dan tadbir urus serta mengetatkan kawalan prosedur sedia ada untuk memastikan hanya pihak yang layak mendapat insentif tersebut.
"Perkeso juga mengambil tindakan penggantungan bayaran setelah disyaki tuntutan palsu, berdasarkan penganalisisan data dan pemantauan. Tuntutan sivil terhadap pihak terbabit juga dilaksanakan untuk mendapatkan semula dana yang disalah guna.
"Perkeso menasihatkan majikan dan penyedia latihan yang telah membuat tuntuan palsu PenjanaKerjaya supaya menyerahkan semula bantuan insentif tersebut kepada Perkeso dengan segera kerana tindakan penguatkuasaan SPRM dalam Op Hire 2.0 masih berterusan," katanya.
Menurutnya Perkeso akan terus bekerjasama dengan suruhanjaya itu dalam mengenal pasti pihak yang terlibat dalam kes tuntutan palsu program (PenjanaKerjaya) melalui Op Hire 2.0.
Semalam, SPRM menahan empat individu kerana disyaki mengemukakan borang pengesahan pekerja di bawah Pelan Jana Semula Ekonomi (PENJANA 2.0) yang mempunyai butiran palsu kepada Perkeso.
-- BERNAMA
Bernama
Tue May 16 2023

Mohamed Azman berkata, tangkapan yang dibuat merupakan kesinambungan daripada kerjasama strategik antara Perkeso dan SPRM untuk menangani pemalsuan tuntutan PenjanaKerjaya. - FB Azman Aziz

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Pemilik syarikat dituduh palsukan maklumat Penjana Kerjaya
Seorang pemilik syarikat mengaku tidak bersalah atas sembilan pertuduhan memalsukan maklumat untuk mendapatkan insentif melalui Program Penjana Kerjaya 1.0 (Penjana Kerjaya).

Pemilik syarikat didenda RM14,000 kemuka dokumen palsu tuntut insentif Penjana Kerjaya
Seorang pemilik syarikat didenda RM14,000 kerana mengemukakan dokumen palsu bagi menuntut insentif Program Penjana Kerjaya 2.0 (Penjana).

Pemilik syarikat, pekerja didakwa kemuka dokumen palsu tuntut insentif Penjana Kerjaya
Seorang pemilik syarikat mengaku tidak bersalah atas pertuduhan mengemukakan dokumen palsu kepada Perkeso bagi menuntut insentif Penjana Kerjaya.

Penjana Kerjaya: Bekas pereka dalaman didakwa beri dokuman palsu
Seorang bekas pereka dalaman mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tiga pertuduhan mengemukakan dokumen palsu bagi menuntut insentif Program Penjana Kerjaya 2.0.

Penjana Kerjaya: Pengurus syarikat didenda RM45,000 tipu Perkeso
Seorang pengurus syarikat didenda RM45,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini, selepas mengaku bersalah menipu ejen Perkeso.

Penjana Kerjaya: Kemuka dokumen palsu, pemilik syarikat didenda RM25,000
Seorang pemilik syarikat didenda RM25,000 oleh Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu atas dua pertuduhan memalsukan dokumen berkaitan Dana Insentif Program Penjana Kerjaya 1.0.

Penjana Kerjaya: Pemilik syarikat didakwa kemuka dokumen palsu
Seorang pemilik syarikat elektrik dan elektronik didakwa sekali lagi di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas lima pertuduhan mengemukakan dokumen palsu kepada Pertubuhan Keselamatan Sosial.

Tiga mengaku tidak bersalah kemuka tuntutan palsu program Penjana Kerjaya
Tiga individu mengaku tidak bersalah atas pertuduhan mengemukakan tuntutan palsu kepada Perkeso bagi menuntut insentif di bawah Program Penjana Kerjaya 2.0 dengan jumlah keseluruhan RM136,100.

Penjana Kerjaya: CEO, pengarah syarikat ditahan
Kedua-dua individu berkenaan ditahan bagi membantu siasatan penyelewangan dana RM100 juta.

PEMULIH: Pelbagai inisiatif dilaksana bantu rakyat - Perkeso
Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) berkata, majikan boleh membuat permohonan PSU 4.0 mulai 1 Ogos sehingga 31 Oktober 2021.