KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan ketua pegawai eksekutif (CEO)dan pengarah syarikat di ibu kota, semalam, bagi membantu siasatan berhubung tuntutan palsu dan penyelewengan dana Program Insentif Pengambilan Pekerja (Penjana Kerjaya) melibatkan nilai keseluruhan kira-kira RM100 juta.
Menurut sumber, kedua-dua individu berkenaan merupakan seorang wanita dan seorang lelaki masing-masing berusia 40-an ditahan pada 1.30 tengah hari itu.
"Mereka dipercayai mengemukakan invois Program Latihan Insentif Pengambilan Pekerja yang mengandungi butiran palsu kepada Pertubuhan Keselamatan Sosial bagi memperolehi bayaran di bawah peruntukan Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (Penjana) berjumlah kira-kira RM700,000 sedangkan program itu tidak dilaksanakan sepenuhnya.
"Pengarah syarikat, lelaki direman sehingga Khamis ini selepas Majistret Mohd Dinie Shazwan Ab Shukor membenarkan permohonan SPRM di Mahkamah Majistret Putrajaya pagi tadi manakala wanita itu dilepaskan dengan jaminan SPRM selepas keterangan diambil," kata sumber itu.
Sementara itu, Pengarah Kanan Siasatan SPRM, Datuk Seri Hishamuddin Hashim mengesahkan penahanan itu dan berkata kes disiasat mengikut Seksyen 18 Akta SPRM 2009.
Beliau berkata, operasi dan siasatan masih diteruskan serta tidak menolak kemungkinan beberapa tangkapan akan dibuat dalam tempoh terdekat.
Pada 14 Julai lepas, SPRM telah menahan 37 individu di beberapa buah negeri bagi membantu siasatan berkaitan isu tersebut dan tiga lagi individu ditahan di Johor dan Pulau Pinang sehari kemudian bagi membantu siasatan kes yang sama.
Setakat ini, jumlah keseluruhan suspek yang ditahan menerusi 'Ops Hire' adalah seramai 42 individu. - BERNAMA
Bernama
Mon Jul 18 2022

Kedua-dua individu berkenaan merupakan seorang wanita dan seorang lelaki masing-masing berusia 40-an ditahan SPRM bagi membantu siasatan penyelewangan dana RM100 juta.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

23 maut kebakaran kilang, CEO syarikat bateri Korea Selatan ditahan
CEO syarikat pengeluar bateri Aricell Korea Selatan, ditangkap atas dakwaan pelanggaran keselamatan berikutan kebakaran besar di satu daripada kilang syarikat itu yang meragut 23 nyawa.

Projek kerajaan: CEO syarikat swasta ditahan jadi orang tengah dana RM92.5 bilion
Suspek yang ditahan itu dipercayai telah menerima rasuah bagi menghubungkan antara kontraktor-kontraktor dan pihak atasan.

Penjana Kerjaya: CEO, pengarah syarikat ditahan
Kedua-dua individu berkenaan ditahan bagi membantu siasatan penyelewangan dana RM100 juta.