KUALA LUMPUR: Pelanjutan Program Subsidi Upah (PSU) 4.0 akan memberi manfaat kepada 242,000 majikan, meliputi lebih daripada 2.5 juta pekerja di seluruh negara.
Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) dalam satu kenyataan berkata, majikan boleh membuat permohonan PSU 4.0 mulai 1 Ogos sehingga 31 Oktober 2021.
Ketua Eksekutifnya, Datuk Seri Mohammed Azman Aziz Mohammed berkata, PSU 4.0 akan dilaksanakan dalam tempoh empat bulan bermula 1 Ogos 2021 setelah permohonan untuk PSU 3.0 ditutup pada 31 Julai 2021.
"PSU 4.0 akan terus membantu golongan majikan dalam kesinambungan perniagaan dengan mengekalkan pekerja mereka, ketika kebanyakan sektor ekonomi masih diarahkan ditutup.
"Dengan peruntukan sebanyak RM3.8 bilion, PSU 4.0 akan disalurkan kepada majikan yang layak dan terhad kepada 500 orang pekerja bagi setiap perusahaan.
"Kadar RM600 untuk setiap pekerja dikekalkan dalam PSU 4.0 ini, yang terbuka kepada semua sektor ekonomi untuk dua bulan pertama, manakala dua bulan seterusnya adalah khusus bagi sektor-sektor di dalam kategori senarai negatif," kata Mohammed Azman.
Selain itu, beliau turut memaklumkan syarat permohonan subsidi ini juga telah ditambah baik di mana tiada had gaji pekerja ditetapkan untuk PSU 4.0 berbanding had gaji RM4,000 ke bawah dalam bantuan PSU sebelum ini.
Selain itu, majikan juga disyaratkan untuk memasukkan maklumat subsidi ke dalam slip gaji pekerja.
Mengulas berkenaan PenjanaKerjaya 3.0, insentif di bawah kategori Malaysianization telah ditambah baik dengan merendahkan kadar gaji minimum daripada RM1,500 kepada RM1,200 sebulan untuk semua kumpulan pekerja yang digajikan bagi jawatan yang kebiasaannya diisi oleh pekerja asing.
"Selain itu, tempoh kontrak penggajian bagi semua kategori insentif juga dikurangkan daripada 12 bulan kepada enam bulan bagi kumpulan pencari kerja berumur 50 tahun ke atas, Orang Kelainan Upaya (OKU) dan bekas banduan.
"Di bawah PenjanaKerjaya 3.0 juga, insentif KerjayaGig ditambah baik dengan perluasan skop pengambilan pekerja meliputi pekerjaan gig ataupun sementara.
"Sebagai tambahan kepada kategori sedia ada, insentif ini juga kini dibuka kepada golongan penganggur tegar, iaitu mereka yang menganggur lebih daripada 180 hari," ujarnya.
Di samping itu, Mohammed Azman memaklumkan, insentif penempatan pekerjaan untuk Agensi Pekerjaan Swasta (APS) yang menyokong usaha pencarian pekerjaan juga ditambah baik di mana insentif sedia ada diperluaskan kepada kategori pekerja berkemahiran rendah dengan gaji di bawah RM3,000 sebulan.
Perincian lanjut berkaitan inisiatif di bawah PEMULIH akan dimuat naik ke laman web dan media sosial rasmi PERKESO dalam masa terdekat.
Untuk pertanyaan lanjut, majikan serta pekerja boleh menghubungi Careline Perkeso 1300-22-8000 atau layari laman web Perkeso di www.perkeso.gov.my.
Astro Awani
Thu Jul 01 2021
Datuk Seri Mohammed Azman Aziz Mohammed berkata, majikan boleh membuat permohonan PSU 4.0 mulai 1 Ogos sehingga 31 Oktober 2021. - Foto Perkeso
Jual saham MAHB: Langkah tidak adil, bertentangan kepentingan negara - Hamzah
MAHB merupakan aset strategik negara yang penting dan perlu kekal sebagai syarikat awam tersenarai di Bursa Malaysia.
AWANI Pagi: Penyelidikan bencana berasaskan komuniti
Diskusi 8.30 pagi Rabu bersama Editor Kanan Nazri Kahar menemubual Prof Dr Syamsidik, Profesor Kejuruteraan Hidraulik, Pusat Studi Tsunami Dan Mitigasi Bencana (TDMRC), Universitas Syiah Kuala mengenai proses pemulihan pasca tsunami 2004 menggunakan pendekatan pengurusan bencana berasaskan komuniti sehingga menjadikan Aceh sebuah makmal hidup (living lab) terbaik pernah disaksikan selepas berlakunya tsunami dua dekad lalu.
Van Nistelrooy anggap sokongan peminat Manchester United di Malaysia seperti di Old Trafford
Pengendali Leicester City itu berasa kagum melihat peminat The Red Devils di Kuala Lumpur.
Kerajaan mulakan kajian semula antilambakan ke atas import besi
Pemulaan kajian semula pentadbiran ini adalah berdasarkan permohonan daripada Mycron Steel CRC Sdn. Bhd.
Halal Business: Scaling success without sacrificing ethics
Southeast Asia's startup ecosystem is booming, but a shift is underway. While traditional models priorities rapid scaling and revenue growth, a new wave of entrepreneurs is focused on building ethical, sustainable business that align with community values, especially halal principles. Discover how startups can balance revenue pressures with ethical integrity and understanding the role of accelerator program in guiding these ventures and local dynamics that can support businesses grow sustainably with Managing Partner, HASAN.VC, Umar Munshi.
Lelaki maut kereta terbabas langgar tiang lampu
Seorang lelaki maut manakala seorang lagi cedera dalam nahas melibatkan empat kenderaan di Kilometer 12.1 Jalan Permas.
Agong, Permaisuri ucap Selamat Hari Krismas
Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah menzahirkan ucapan selamat menyambut Hari Krismas.
Lebih 5,000 pekerja Starbucks di AS mogok, libat 300 kedai
Kesatuan pekerja mendakwa lebih 290 kedai "ditutup sepenuhnya" dan lebih 300 kedai melancarkan mogok di 45 negeri.
Tinjauan 2025: Peranan aktif belia mencorak dasar ekonomi, sosial
Menurut United Nations Youth Office, 1.9 bilion belia berusia 10 hingga 24 tahun, ini merupakan generasi belia terbesar dalam sejarah, memberi peluang besar untuk mereka memimpin perubahan. Namun, suara mereka sering terpinggir, dengan kurang dari 3 peratus penggubal dasar berusia bawah 30 tahun dan kurang dari 1 peratus wanita muda dalam politik. Dalam konteks ini, bagaimana Malaysia boleh mengambil pendekatan proaktif bagi memperkasa belia untuk memainkan peranan penting dalam membentuk dasar ekonomi dan sosial negara?
AWANI Ringkas: TPM: Fahami kepentingan perpaduan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
KITA PRIHATIN: Kerajaan teruskan Program Subsidi Upah dan Geran Khas Prihatin
Kerajaan teruskan semula Program Subsidi Upah dan Geran Khas Prihatin bagi bantu syarikat dan peniaga mikro PKS yang masih belum pulih