Kerajaan mengambil maklum mengenai keadaan majikan dan pekerja dalam sektor tertentu yang masih terjejas ekoran penularan wabak COVID-19 di negara itu.
Atas sebab itu, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, kerajaan akan memperkenalkan Program Subsidi Upah 2.0 bagi membantu syarikat yang terjejas, di bawah Pakej KITA PRIHATIN.
Dalam satu perutusan khas di Putrajaya hari ini, Ahli Parlimen Pagoh itu berkata, Program Subsidi Upah 2.0 akan memberi keutamaan kepada syarikat yang menghadapi pengurangan hasil sekurang-kurangnya 30 peratus berbanding tahun lepas.
"Subsidi upah diberi sehingga 3 bulan pada kadar RM600 sebulan untuk setiap pekerja sehingga maksimum 200 pekerja; dan permohonan dibuka dari 1 Oktober sehingga 31 Disember 2020," katanya.
Dalam pada itu, Perdana Menteri berkata, beliau telah menerima pelbagai maklum balas berhubung Program Subsidi Upah, termasuk mereka yang tidak layak menerima Program Subsidi Upah kerana tidak menepati syarat kelayakan berdaftar dengan PERKESO sebelum 1 April 2020.
"Bagi memastikan golongan ini juga tidak tertinggal, Program Subsidi Upah 2.0 akan dibuka untuk syarikat yang berdaftar dengan Perkeso sehingga 31 Ogos 2020.
"Bagi permohonan baharu yang tidak pernah menerima bantuan di bawah Program Subsidi Upah, mereka akan layak menerima subsidi upah sehingga 6 bulan," katanya lagi.
Muhyiddin berkata, Pelaksanaan Program Subdisi Upah 2.0 itu dijangka memanfaatkan 1.3 juta pekerja dan melibatkan peruntukan sebanyak RM2.4 bilion.
Dalam pada itu, Perdana Menteri berkata, kerajaan sebelum ini telah menyediakan Geran Khas PRIHATIN atau GKP, khusus untuk membantu mereka meringankan beban kewangan akibat penularan wabak COVID-19.
Namun, ujarnya lagi, beliau mengambil maklum ada peniaga yang tidak sempat membuat permohonan sebelum ini, termasuk ada di kalangan mereka yang tidak menepati syarat kelayakan.
"Untuk memastikan lebih ramai peniaga mikro yang layak tetapi masih belum berkesempatan untuk mendapatkan GKP, Kerajaan bersetuju untuk membuka semula permohonan GKP mulai 1 Oktober hingga 31 Oktober 2020.
"Mengambil kira maklumbalas yang diterima, GKP akan dibuka kepada peniaga mikro yang berdaftar atau memegang lesen berniaga dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia atau Pihak Berkuasa Tempatan sehingga 31 Ogos 2020. Bayaran disasarkan akan dibuat mulai 25 November 2020," katanya lagi.
Perdana Menteri berkata, pembukaan semula inisiatif GKP untuk permohonan baharu dijangka dapat memanfaat lebih daripada 200,000 peniaga mikro dengan melibatkan peruntukan sebanyak hampir RM600 juta.
Firdaus Azil
Wed Sep 23 2020
Kerajaan teruskan semula Program Subsidi Upah dan Geran Khas Prihatin bagi bantu syarikat dan peniaga mikro PKS yang masih belum pulih
15,807 banduan di Indonesia diberikan pengurangan hukuman sempena Krismas
Pemerintah turut memberikan pengurangan hukuman kepada 166 kanak-kanak dengan tiga daripadanya dibebaskan serta-merta.
PDRM, MCMC pergiat usaha kesan individu miliki, edar bahan lucah dan CSAM
Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain berkata pihaknya juga akan terus menjalankan Op Pedo dari semasa ke semasa bagi mencegah kegiatan berkenaan.
10 Berita Pilihan - (25 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
AWANI Tonight 25 Dec 2024
#AWANITonight with @_farhanasheikh
1. Azerbaijan plane crashes in Kazakhstan leaving dozens dead
2. Top AI trends for businesses in 2025
#AWANIEnglish #AWANINews
1. Azerbaijan plane crashes in Kazakhstan leaving dozens dead
2. Top AI trends for businesses in 2025
#AWANIEnglish #AWANINews
AWANI Tonight: Azerbaijan plane crashes in Kazakhstan leaving dozens dead
A passenger plane flying from Azerbaijan to Russia has crashed near the city of Aktau in Kazakhstan with 62 passengers and five crew on board, leaving dozens dead.
AWANI Tonight: Top AI trends for businesses in 2025
Artificial intelligence, is transforming business efficiency and performance. Dickson Woo from IBM Malaysia highlights key AI trends to watch in 2025
AWANI 7:45 [25/12/2024] - Belum tahu ahli keluarga sudah tiada | Penganjur mohon maaf, bayar kompaun | Polis tingkat usaha buru | 42 terkorban tragedi pesawat terhempas
- Dua anak mangsa nahas Ayer Keroh belum tahu keluarga sudah tiada
- Terengganu berisiko mengecil akibat hakisan pantai kritikal
- Kepimpinan universiti nafi dakwaan pelajar IPTA masuk guna 'pintu belakang'
- Pesawat terhempas di Khazakhstan, 12 penumpang terselamat
- Terengganu berisiko mengecil akibat hakisan pantai kritikal
- Kepimpinan universiti nafi dakwaan pelajar IPTA masuk guna 'pintu belakang'
- Pesawat terhempas di Khazakhstan, 12 penumpang terselamat
Tindakan FAM gantung keahlian KAFA mengelirukan - Afandi
Jelas Afandi, FAM sepatutnya memberi ruang dan peluang kepada KAFA untuk mempertahankan diri menerusi surat tunjuk sebab.
Apa kata cuba perkara baharu? - Thamaraj dedah punca sertai dunia persilatan
V. Thamaraj muncul atlet silat berbangsa India pertama negara menyumbang kepada kejayaan yang menarik perhatian seluruh rakyat Malaysia.
Kilang pembuatan Tesla di Shanghai siap menjelang akhir tahun
Kemudahan itu yang mula dibina pada akhir Mei, akan dikhaskan untuk pengeluaran bateri penyimpanan tenaga syarikat berkenaan, Megapack.
Parlimen: Pemohon tidak lulus GKP, dipertimbang untuk BKM secara automatik - Menteri
Pemohon Geran Khas Prihatin (GKP) yang tidak diluluskan sebelum ini, akan dipertimbangkan untuk Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) secara automatik tanpa perlu mengemukakan permohonan baharu.
Bayaran Geran Khas Prihatin 4.0 fasa dua mulai 23 Nov - PM
Ismail Sabri berkata bayaran itu adalah lanjutan daripada bayaran fasa satu sebanyak RM500 yang telah dibuat pada September lepas dan bakal memanfaatkan lebih satu juta PKS mikro yang layak.
GKP 4.0: Kerajaan salur RM500 juta kepada PKS mikro, bayaran mulai 21 Sept
Bayaran GKP 4.0 akan dibayar dua kali iaitu pada September 2021 berjumlah RM500 dan November sebanyak RM500.
Pemohonan baharu GKP 4.0 dibuka mulai hari ini - Tengku Zafrul
Tempoh pendaftaran bagi pemohonan baharu Geran Khas Prihatin (GKP) 4.0 akan dibuka mulai 15 hingga 31 Julai, 2021 secara dalam talian, kata Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.
Pemerkasa PLUS: GKP dinaikkan dari RM1,000 kepada RM1,500
Kerajaan bersetuju memberikan Geran Khas Prihatin (GKP) sebanyak RM1,500 melalui Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi Tambahan (Pemerkasa PLUS).
GKP Tambahan: Kemas kini akaun bank jika status 'Gagal Kredit'
Penerima Geran Khas Prihatin (GKP) yang masih belum menerima bayaran GKP Tambahan di bawah Pakej Bantuan Perlindungan Ekonomi dan Rakyat Malaysia (PERMAI) disaran menyemak status pembayaran.
Pembayaran GKP 3.0 untuk PKS mikro yang lulus akan dibuat mulai Jun
Ujar Tengku Zafrul, pembayaran itu akan melibatkan peruntukan tambahan bernilai RM1.2 bilion.
Masih terlalu awal untuk menilai keberkesanan RCEP - Azmin
Masih terlalu awal untuk menilai keberkesanan RCEP dengan menyatakan bahawa ia tidak akan memberi kebaikan kepada Malaysia.
Bayaran rayuan GKP 2.0 berjumlah RM155 juta kepada 52,000 PKS mikro pada Jumaat
Sejumlah RM155 juta bayaran rayuan Geran Khas Prihatin (GKP 2.0) akan disalurkan kepada 52,000 perusahaan kecil dan sederhana (PKS) mikro melalui akaun bank yang didaftarkan pada 5 Februari.
PERMAI: Kerajaan perluas Geran Khas Prihatin kepada tujuh negeri PKP
Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata bagi 300,000 PKS di negeri selain PKP, mereka akan menerima RM500.