KUALA TERENGGANU: Seorang pemilik syarikat didenda RM14,000 oleh Mahkamah Sesyen, di sini hari ini kerana mengemukakan dokumen palsu bagi menuntut insentif Program Penjana Kerjaya 2.0 (Penjana) berjumlah RM85,500.
Hakim Mohd Azhar Othman menjatuhkan hukuman itu ke atas Burhanuddin Helmi Che Awang, 29, selepas tertuduh mengaku bersalah atas dua pertuduhan pilihan yang dihadapinya.
Tertuduh didenda RM6,000 atau penjara dua bulan jika gagal bayar bagi pertuduhan pilihan pertama, manakala RM8,000 atau penjara tiga bulan penjara untuk pertuduhan pilihan kedua. Dia membayar denda berkenaan.
Burhanuddin Helmi didakwa dengan curangnya menggunakan suatu dokumen sebagai tulen iaitu Borang Pengesahan Pekerja Program Insentif Pengambilan Pekerja kepada Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) bagi membuat tuntutan RM40,600 yang tertuduh mempunyai kepentingan terhadap dokumen itu yang mengandungi butir matan palsu iaitu nama pekerja sedangkan penama bukan kakitangan syarikatnya.
Bagi pertuduhan pilihan kedua, tertuduh didakwa menggunakan borang dengan butiran palsu untuk tujuan sama yang turut diserahkan kepada ejen Perkeso bagi membuat tuntutan insentif bernilai RM44,900.
Kedua-dua perbuatan itu dilakukan di Wisma Perkeso, di sini, masing-masing pada 18 dan 19 Jun 2021.
Pertuduhan pilihan dikemukakan mengikut Seksyen 471 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 465 kanun sama yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.
Pertuduhan asal adalah mengikut Seksyen 18 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (Akta 694) yang boleh dihukum di bawah seksyen 24(2) akta sama iaitu penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda jumlah atau nilai suapan atau RM10,000 mengikut mana yang lebih tinggi, jika sabit kesalahan.
Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Mariah Omar dan Tengku Nurul Haziqah Tuan Yacob memohon hukuman setimpal terhadap tertuduh.
Burhanuddin Helmi yang tidak diwakili peguam merayu hukuman denda minimum dengan alasan perlu menyara isteri dan empat anak termasuk dua Orang Kurang Upaya (OKU) sebelum membayar denda yang dikenakan.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Nov 09 2023

Kedua-dua perbuatan itu dilakukan di Wisma Perkeso, di sini, masing-masing pada 18 dan 19 Jun 2021. - Foto Bernama

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Pemilik syarikat didenda RM14,000 kemuka dokumen palsu tuntut insentif Penjana Kerjaya
Seorang pemilik syarikat didenda RM14,000 kerana mengemukakan dokumen palsu bagi menuntut insentif Program Penjana Kerjaya 2.0 (Penjana).

Penjana Kerjaya: Kemuka dokumen palsu, pemilik syarikat didenda RM25,000
Seorang pemilik syarikat didenda RM25,000 oleh Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu atas dua pertuduhan memalsukan dokumen berkaitan Dana Insentif Program Penjana Kerjaya 1.0.

Kemuka dokumen palsu, tiga pemilik syarikat didenda RM50,000
Ia selepas mereka mengaku bersalah mengemukakan dokumen palsu bagi mendapatkan tender daripada sebuah syarikat pembersihan, tiga tahun lalu.